Jika diimbau balik zaman sebelum wujudnya email dan smart phone, surat merupakan medium perantara utama untuk saling berhubung. Masa itu, kena tulis surat atas kertas kaler biru atau merah (putih tak romantik ekekeke!!!), kemudian masuk kat sampul surat, jilat tepi surat nak bagi lekat dan jilat setem hehehehe. Lepas itu kena pergi pejabat pos atau wakil pos kepada sesiapa yang duduk di kawasan pedalaman.
Kemudian jenuh pula tunggu posmen datang, mengharap ada orang reply surat kah kah kah!!! Pantang dengar bunyi ekzoz moto cepat saja terjah. Ku sangka moto posmen rupanya moto pak cik penjual ikan.
Masihkah anda ingat memori ini semua?
Jadi bila kali terakhir anda pos surat untuk dihantar kepada marka sahabat handai rakan taulan serta keluarga?
Mesti dah lama tak buat kan? Kali terakhir ambe pos surat rasanya zaman sekolah dulu kut. Masa tu setem cuma 30 sen untuk sekeping surat biasa.
La ni rupanya untuk sekeping surat biasa, setem 30 sen dah tak laku, kene tempek setem 60 sen!!!
Machiam mana buleh timbul kisah setem dan pos surat? Al-kisahnya selepas beberapa tahun, semalam ambe terpaksa ke pejabat pos untuk pos surat (ini kes urgent dan PAR pula cuti panjang sempena akhir tahun).
Minta setem 30 sen dan terjadilah perbualan ini;
Ambe : Dik, setem 30 sen 2 keping
Kerani pos: Setem 30 sen dah tak ada, 60 sen boleh?
Ambe: Saya ada dua surat nak kena hantar ni. Setem 30 sen untuk satu surat kan?
Kerani pos: Hukallohhhh encik, setem 30 zaman 90an dulu. La ni satu surat biasa kena tempek setem 60 sen.
Ambe: Hehehehehe, ye ke dah naik harga?
Ambe dan kerani pos: bla bla bla bla hehehehe ekekekeke!!!!
Tu dia lama bebenor tak pos surat sampai tak tahu kos nak hantar surat melalui Pos Malaysia dah naik harga.
Jadi, bila kali terakhir anda guna Pos Malaysia untuk hantar warkah chenta buat marka?
Lama sudahhhhh....since 15 tahun yg sudah...skrg pun stem 0.30 dah wujud maaa....sila tepek setem 0.60....hihihihi
ReplyDeletehehehehe..... maklumlah ni wasap telegram semua ada. surat hampir dilupai.
Delete