Thursday, 4 December 2014

Karnival Bikers Shah Alam 2014 | Karnival Pertubuhan Kebangsaan 2014

As-Salam & Salam Sejahtera,

Karnival Bikers Shah Alam 2014 ini telah berlangsung pada 1 Nov 2014 yang lalu, serentak dengan Karnival Pertubuhan Kebangsaan 2014. 

Antara pengisian yang ada adalah;

1. Moto show dan auto show
2. Himpunan kelab2 kereta
3. Pameran pertubuhan 
4. dan lain2 lagi seperti yang tertera dalam bunting di bawah.

Kiranya Karnival Bikers Shah Alam 2014 merupakan salah satu pengisian Karnival Pertubuhan Kebangsaan 2014. 

Ambe tak adalah pusing keseluruhan kawasan, sekadar tertumpu pada moto show dan auto show sahaja. Lain2 pengisian ambe cuma jeling dari jauh saja. Tiba pun dah hampir lewat petang, kebanyakkan bikers dan jentera ada yang sudah beransur pulang.

Karnival bikers kita mesti associated dengan big bike, motor2 berkuasa tinggi. Tapi jangan tak tahu, lately kapchai pun meriah dia punya events. Nanti ambe cerita event kapchai yang pernah ambe sertai.

Entri ini kita jamu mata dengan bik bike;

Ketam memang tak perlu diperkenalkan dah. Memang raja di jalanan terutamanya urban rider. Mantap cilok sana cilok sini.

Teknikal data Ketam 690. Nampak tak?

Victory; model atau jenama? Memang rare ini moto, jika rare dijalanan faham2 sendirilah kos untuk memiliki dan kos untuk memeliharanya. Tiada masalah le kut kalau isi poket dah tak tahu nak lebur kat mana.

 Shiver 750 dengan tanda harga RM45k++. Mampu beli, hutang AEON tapi mampu ke ambe nak pelihara? Harga tayar pun dah buat poket ambe gegel, adehhhhhh!!!!

Nikmatilah susuk tubuh Shiver 750, bikin leleh ayor tut tut!!!

Ini pun salah satu ahli keluarga Aprilia, apa nama dia ye? Kasi zoom sikit dia punya sisi!!!

Aprilia Tuono V4 rupanya nama dia. Harganya, entahlah lupa nak jeling sebab mata masih tertumpu pada yang kat bawah ni.

Memang Tuovo V4 cukup cun tapi mata ambe masih berkenan dengan Shiver 750. Kaler dia merah menyala kut!!!

Model turing pun ada, bikin penasaran deh. Aprilia Coponord 1200, kaki turing memang berbuih mulut tengok model sebegini. Ambe dapat Versys 650 pun sudah cukup syukur.

Aprilia Coponord 1200 keluaran tahun 2013. Harga asal RM95k++ dikurangkan kepada RM82k++. Diskaun sekitar RM13k++ tapi ambe masih tak mampu ekekekeke.

Ini kira climax kata orang melayu, tahap tinggi mesti layan Hale-Devitshen. Macho sakan la sape yang dapat tunggang H-Devitshen, nyamuk pun takut nak geget kah kah kah (ketawa orang tak mampu nak beli H-Devitshen tapi mampu tengok saja).

Ahli keluarga Devitshen le jugak ni, kaler hitam gini memang sinonim dengan chopper.

Devitshen bila dah dicalet dengan kaler kuning sebegini dah laen pulak jadinya. Nampak dari jauh ingatkan Modenas Jaguh rupanya H-Devitshen hehehehe. Eh ampun penunggu gua!!!

Berdentum-dentum dia punya ekzoz. Asal lalu saja semua pakat pandang, owner pun siap tiga pat kali duk pusing tempat sama. Moto show le katakan hehehehe.

Kuda besi tunggangan traffic PDRM. 

Aksi apa pula ni bang? 

Aksi wikang rupanya. Lupa la dia punya bayaran berapa tapi kena bayar le kan. Buleh buat aksi camgini, moto ER6 Bogel.

Eh! Bat Man pun ada kat Karnival Bikers Shah Alam 2014. 

Hahahahaha moto Bat Man saja, Bat Man tak datang sebab tak dapat visa nak masuk Malaysia. Kita nak tengok moto kan, Bat Man kita biarkan pada bebudak bawah umur. 

Moto Bat Man tersebut sebenarnya hasil tangan anak2 tempatan, Hungry Ghost Custom. Mereka ini memang pakar mengubahsuai moto chopper. Opis depa di Saujana Puchong. Kira OCC versi Puchong le ni.

Ini antara hasil tangan Hungry Ghost Custom le kut. Dah moto ni parking depan booth depa, kira antara product depa le kut. Cantek dan kemas pada pandangan amateur seperti ambe.

Chopper juga hasil sentuhan Hungry Ghost. Tengah baek punya zooming ada awex melintas, kan dah kena shoot bahagian 'tut' hehehehe. 

Geng2 chopper memang ramai turun dan lepak dengan Hungry Ghost. Kira depa ni memang pelanggan Hungry Ghost le kut.

Nak tunjuk moto Bimmer dan juga riding gear kat belakang nun. Kita zoom sikit nak bagi jelas.

Berkenan pula riding jacket yang jenis terang benderang. Ambe punya kaler hitam legam, kalau ride waktu gelap dah kena sarung reflector jacket selapis lagi.


Toleh belakang, eh Azura!!! Ini superbike zaman Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud. ZX-10 memang raja roket di jalan raya Malaysia (Karak le kut, Plus dah ada ke?) pada zaman tersebut. Kalau tak silap owner pasangan suami isteri kut. Hubby pacu ZX-10, wife tunggang Suzuki.


Ini le rider moto retro di atas, kecil molek je saiz badan tapi moto 500 cc. Nampak gaya moto walau retro masih running dengan baik, bunyi ekzoz pun masih sedap.


Tak dapat Versys 650, dapat ini pun jadilah!!! Kah kah kah matik berangan. Angan2 Mat Jenin tapi bijak pandai kata, cita2 mesti bermula dengan angan2. Bila ada angan2 jadi cita2, kemudian kita berusaha supaya jadi realiti.

Moto je ke bang?

Kereta tak de?

Ade, tapi masa ambe datang group kereta kebanyakkan dah balik rumah makan nasik. 

Masih setia menunggu cuma group kereta retro;


Pemanduan belah kiri, nampak tak? Plate number DG, Kelantan Darul Naim. Agaknya dulu kereta ini menjalar saentero Kota Bharu. Cuba teka kereta model apa ni?


Kita zoom sikit dia punya lambang, dapat teka tak model apa ni?


Lincoln Continental, ini kereta United State nih. Amareka sungguh owner asal!!!


Retro yang cukup terserlah. Agak2 berapa la kos nak bela kereta sebegini.


Ini kalau filem2 melayu tahun 70an banyak orang kaya guna. Lepas tu owner kereta tersebut mesti tak bagi anak pompuan dia kapel dengan mamat kerja biasa2. Imaginasi lebih la pulak!!!


Familiar kan lambang sebegini. Agak2 machiam mana dia punya body?


Ini dia, bagak betul saiz body tapi pasti selesa yang amat. Kita ni selesa naik tapi sesak kalau nak membelanya.


Jentera bomba pun ado. Masuk auto show juga ke?

Stand-by le tu kut2 ada kecemasan. Tapi kalau tak silap bomba pun turut serta, dah namanya Karnival Pertubuhan Kebangsaan.


Antara pertubuhan/agensi/kementerian yang turut serta. Ambe tak jelajah mana sebab lebih tertumpu kepada moto/auto show.


Tapak karnival, agaknya kat sinilah kelab2 kereta melepak pagi tadi. Ambe sampai petang semua sudah yillek!!!

Apa seronoknya datang moto/auto show sebegini?

Tengok kereta, tengok moto. Best tang mana tu?

Hehehehe, kalau dah minat, semua nampak seronok. Belum cuba belum tahu. Cubalah kunjungi mana2 auto/moto show, baru terasa akan keseronokkan dan kemeriahannya.

Sehingga ketemu lagi, Assalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment