Showing posts with label Koyoko. Show all posts
Showing posts with label Koyoko. Show all posts

Saturday, 22 April 2017

BATERI KOYOKO YTZ5S-BS UNTUK YAMAHA FZ150i

Tiga tahun menjadi pengguna FZ150i, ini kali ketiga aku tukar bateri.

Bateri standard kilang, GS GTZ5S hanya bertahan selama 1 tahun 8 bulan dengan mileage 38,000 km lebih kurang.

Jahanam bila aku lupa nak turn off ignition switch. Lampu menyala semalaman dan terus bateri dried-out.

Ada aku ceritakan kat sini KLIK

Bateri asal tersebut aku gantikan pula dengan bateri Koyoko YTZ5S-BS Nano-Gel Technology.

Uniknya bateri ini, ada indicator 'TEST' untuk kita kenal pasti kondisi bateri. Inovasi ini dikenali sebagai intelligent capacity detector indicator.

Orang kata dengan teknologi Nano-Gel, hayat bateri akan lebih lama.

Tapi bateri Koyoko YTZ5S-BS Nano Gel Technology pada moto aku hanya mampu bertahan selama 1 tahun 4 bulan dengan mileage lebih kurang 26,000 km.

Untuk  makluman, aku berulang-alik setiap hari ke tempat kerja, 5 hari seminggu dengan jarak hampir 180 km. 

Sepanjang tempoh aku berulang alik setiap hari, Alhamdulillah langsung tiada masalah yang timbul.

Cuma sepanjang 4 bulan yang lalu, moto lebih banyak parkir di halaman rumah atas sebab-sebab tertentu. Setiap 3-4 hari aku panaskan enjin dan ride very short distance.

Mungkin sebab itu jangka hanyat bateri aku tak panjang, jarang guna menyebabkan bateri tak boleh charging completely. Lama-lama kong !

Bila aku baca manual, rupanya jika moto jarang digunakan, bateri sepatutnya kena re-charge setiap 4-6 bulan, selama 5-8 jam. 


Antara simptom awal bateri hampir kong, adalah starter automatik gagal berfungsi. Bila aku tekan starter, bunyi cranking pun tak ada.

Aku sangkakan masalah starter, langsung aku tak terfikir nak check bateri. Lagi pula, kick starter masih boleh digunakan.

Berbulan jugalah aku guna kick starter tanpa masalah. Sehinggalah pada suatu ketika, moto aku gagal untuk dihidupkan. 

Naik lenguh kaki aku tekan kick starter. Masa itu baru terfikir nak check bateri.

Tekan butang "TEST', lampu merah menyala menunjukkan bateri dah lemah sangat dan perlu re-charge secepat mungkin. Terus hantar bengkel untuk re-charge bateri, dengan kos cuma RM3.

Lepas re-charge, sudah boleh guna kick starter tapi starter automatik masih gagal berfungsi.

Seminggu selepas itu, bateri kembali weak menyebabkan aku mengambil keputusan untuk beli saja bateri baru.


Aku masih lagi memilih Koyoko tapi kali ini tanpa Nano Gel Technology, harganya RM78. 

Bateri ini juga tanpa intelligent capacity detector indicator walaupun nombor model adalah sama dengan Nano Gel Technology. 

Lepas tukar bateri baru, starter automatik kembali berfungsi. 

Lega ! bukan masalah starter tetapi bateri yang sudah weak. Syukur juga bukan masalah coil atau rectifier !

Harap-harap betullah telahan aku ini.

- Ketam batu -

Friday, 18 December 2015

BaTeRi PiLiHaN uNTuK YaMaHa FZ150i

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Setelah berkhidmat dengan penuh cemerlang selama 1 tahun 8 bulan, mileage lebih kurang 38,000 km, tamatlah riwayat GS Battery iaitu bateri asal yang dibekalkan oleh Yamaha untuk melengkapi FZ150i ambe.

Kisah penamatan riwayat ini agak sadis juga, ini semua berpunca dari kelalaian sendiri yang lupa untuk turn off ignition switch. Agaknya lampu menyala sepanjang malam, tenaga dari bateri diperah sampai kering.

Esok pagi baru perasan ignition switch belum turn off, itu pun sebab ternampak kunci motor masih melekat cantik pada ignition switch. Cuba turn off kemudian turn on balik, semua indicator light tak menyala, hon pun tak ada bunyi, sah2 bateri sudah kong !

GS GTZ5S iaitu bateri asal FZ150i yang baru keluar dari kilang.

Nak bawa bateri ke bengkel untuk charging masih awal pagi, mana ada bengkel buka seawal jam 7 pagi. Terpaksa bawa kereta ke tempat kerja, dan angkut bateri yang kong tadi sekali. Cadangnya petang nanti singgah bengkel untuk charge bateri.

Petangnya, sembang2 dengan mekanik, dia advise tukar sahaja bateri baru, sebabnya dah nak masuk 2 tahun usia bateri asal. Lagi pun dikhuatiri bateri asal gagal untuk menyimpan tenaga walaupun selepas proses charging dilakukan.

Time to choose : Yuasa atau Koyoko?

Kalau tinjau di forum atau group, jenama bateri ini sahaja yang sering disebut oleh pengguna FZ150i. Berkualiti dan berdaya tahan.

Secara peribadi, ambe lebih berminat dengan Koyoko atas dua sebab - teknologi nanogel dan intelligent capacity detector indicator pada setiap bateri Koyoko.

Koyoko Nano-Gel YTZ5S-BS.

Kelebihan teknologi nano-gel secara teorinya, mampu memanjangkan hayat bateri dan membekalkan tenaga dengan lebih konsisten. Tambahan pula free maintenance, maksudnya tak perlu check dan tambah air bateri.

Manakala inovasi capacity detector pada bateri memudahkan kita sebagai pengguna untuk mengetahui hayat atau prestasi bateri dengan lebih mudah. Tekan sahaja butang 'TEST' pada bateri, indicator tertentu akan menyala.

Inovasi capacity detector pada bateri keluaran Koyoko.

Jika lampu hijau yang menyala selepas butang 'TEST' ditekan, ini bermaksud bateri dalam keadaan baik. Tetapi jika lampu kuning atau merah yang menyala, ini menunjukkan tenaga bateri berkurangan dan pengguna perlu charge bateri secepat yang mungkin.

Mudah bukan, dan ini juga satu inovasi yang cukup bijak dari pihak Koyoko !

Harga Koyoko nano-gel untuk FZ bergantung kepada bengkel dan lokasi. Ada pengguna FZ yang dapat harga serendah RM60, ada yang kena sembelih sehingga RM90. 

Kalau dapat harga dalam range RM65 ke RM75 kira ok dah tu. Ambe pun dapat dengan harga RM68, ngam2 ! Tak murah dan tak juga mahal.

Sekian.