Saturday, 5 April 2014

Kenapa Kini Baru Beralih Arah?

Apa yang berlaku?
Adakah ambo sudah berubah hati, cinta kah...... politik kah?
Itu semua NEHiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!

Inilah maksud ambo.....

Sumber Online.


Bakal tunggangan ambo ke tempat kerja, Inshaa Allah akan ambo namakan sebagai Ketam Besi.

Kenapa tetiba boleh teralih arah? Bukan kah lebih selesa memandu Vios menjelajah highway 180 km setiap hari. Panas tak berpeluh kerana beraircond, hujan pasti tak basah.

Ini semua pastinya gara-gara tidak tertahan dengan bebanan petrol, tol dan juga maintenance bulanan. Tiap-tiap bulan sekitar 1.3k lebur kerana travelling menggunakan kereta ke tempat kerja. Makin terasa bila rumah pun sudah siap dan kena renovate sana sini. Itu semua bermaksud uang ringgit.

Maka gaya hidup perlu diubah, termasuklah mekanisme ke tempat kerja.

Tapi pasti timbul persoalan, kenapa baru kini? 

Kenapa tidak dari dulu lagi?

Pasti banyak uang yang dapat dijimatkan jika dari dulu lagi telah bermotosikal ke tempat kerja.

Ya..... jika dan jika........

Okied, sebetulnya ambo bukanlah rider yang tegar. Sudah 13 tahun ambo tidak menunggang. Dari dulu ambo bukanlah rider yang berhati kering. Ambo cuma rider yang hatinya penuh dengan taman..... hehehehe. Maknanya nak mencilok pun takut. Apatah lagi kini dunia motosikal sudah lama ambo lupakan. 

Tapi agaknya memang jodoh ambo dengan motosikal bakal kembali bertaut. Senario kewangan semasa mendorong ambo untuk kembali bermotosikal. Lagi pula, setelah sekian lama menjadi pengikut bisu blog Tayar Golek, timbul pula minat untuk mencuba sukan turing. Mengembara ke segenap pelusuk kota hanya dengan bermotosikal.

Menarik sekali bunyinya kan?

Kita tunggu saja episod yang mendatang. Adakah jodoh ambo bersama Ketam Besi akan berpanjangan, atau akan ada Ketam Besi lain jika ambo makin serius dengan sukan turing?

Biar masa saja yang menentukannya.

Roger & out.

Yamaha FZ150i - Kalau Loan AEON Lulus Minggu Depan Ketam Besi Keluar Kedai!!!

Bakal tunggangan ulang alik TGM-SA. Sumber Online.

Akhirnya setelah dipikiaq masak2 dan selepas asyik dok keluaq ayaq masuk kedai, petang tadi ambo telah meleburkan RM2000 sebagai deposit Yamaha FZ150i. Memang nekad sungguh dah nawaitu di hati, memang FZ150i jadi sandaran hati.

Nak bayaq cash tak cukup duit sebab tengah renovate rumah, terpaksa minta tolong emcek AEON kasi hutang, bulan-bulan ambo janji bayaq ansuran. Bayaq deposit 2k, bulan-bulan kena bayaq RM275 selama 3 tahun. Harga motor kalau hutang AEON RM9500.

Kalau loan AEON lulus, minggu depan dah boleh reg motor, dan hangkut balik rumah..... hehehehe.

Nak zero down payment pun boleh, tapi sakitlah sikit bayaran bulanan.

Apa-apa pun sebelum dapat motor kena kompem balik dengan driving school, bila lesen ambo siap. Petang tadi follow up katanya belum siap sebab JPJ punya sistem ada sedikit gangguan. Ini sudah delay 2 minggu, JPJ punya sistem yang down ka driving school yang lupa buat ambo punya lesen? Janji Isnin atau Selasa depa call kasi kompem.

Lagi satu nak carik riding gear. Helmet fullface, gloves, armour jacket dan knee/shin guard. Lawak ka naik FZ150i dengan full riding gear? Lawak kot sebab machiam bagus je naik motor kecik tapi riding gear mengalahkan penunggang superbike.

Tapiiiiiiiiiii........ ambo tak peduli itu semua, safety first brader. Keselamatan semasa menunggang amatlah mustahak. Biar apa orang nak kata, janji kita jaga keselamatan tubuh badan sendiri. Kalau bukan diri sendiri sape lagi ye dok?

Roger & out.

Kalkulator Bayaran Bulanan Kawasaki Ninja 250

Ini ada sedikit panduan bayaran bulanan buat sesiapa yang berminat untuk beli Kawasaki Ninja 250SE dan Ninja 250L.

Tapi kalkulator ini cuma mengambil kira down payment RM2000 dan RM5000 sahaja. Loan oleh AEON, sila rujuk rajah di bawah untuk bayaran bulanan, tempoh bayaran dan kadar interest.

Ini kalau bayaq down payment RM2000.....



Ini pula kalau bayaq RM5000 sebagai duit muka.....


Pasai apa ambo up kalkulator bayaran bulanan Kawasaki Ninja 250? 

Ada hati nak sambaq satu ka?

Kompem nehiiiiiiiiiiiiiii..... mana ambo mampu nak bayaq RM400 lebih sebulan semata-mata untuk sebiji Ninja. Nak bayaq RM5000 sebagai duit muka pun terkial-kial.

Ada la satu hari tu, ambo gi Bank Rakyat untuk keluarkan duit sikit. Nak bayaq kontraktor yang sedang renovate rumah baru ambo. Tak jauh dari Bank Rakyat tersebut ada satu showroom Kawasaki. Jadi si Bongsu yang sememangnya minat motor ajak ambo tengok2 motor besaq. Tengok je taw...... hehehehe.

Alang2 dah masuk showroom Kawasaki ambo sembang2 dengan salesperson. Kendian dibuatnya sedikit kalkulasi Ninja 250 buat ambo yang tak berapa nak mampu ni. Tapi masa tu memang buat muka kompiden habeh. My water face kena jaga bro...... hehehehe.

Tapi sekali pandang leleh juga dengan Ninja 250 ni, tapi kena sedor diri akan kemampuan diri...... huhuhu. Ikut napsu binasa, ikut hati mati kutu nak bayaq ansuran bulan-bulan. Setakat minat saja tak cukup, tak guna ada moto besaq kalau soru pun boleh miss.

Kawasaki Ninja 250L - Sumber Online.

Kawasaki Ninja 250SE - Sumber Online.

Dah kemampuan buat masa ini pakai motor machai saja. Inshaa Allah nanti2 ada la rezeki Allah nak bagi. Kalau dah jodoh memang tak kemana ye dok?

Roger & out.

Alhamdulillah Hujan Kembali Menyirami Bumi Nan Gersang

Buat kesekian bulannya kita menderita panas yang amat, hutan gambut terbakaq sana sini disusuli jerebu dan ada yang sampai kena catuan ayaq. Nak ceboq lepas berak pun berkira. Kini hujan rahmat telah kembali, agak lebat juga di beberapa lokasi. Syukur atas nikmat Mu Yang Maha Esa.

Bukan main lebat lagi hujan, lega rasa sejuk badan.

Nyaman rasa badan. Ambo memang suka bunyi dan bau hujan. Ada semachiam satu energy bila hujan turun. Hati rasa damai dan tenteram. Lebih-lebih lagi kalau balik kampung, bunyi ayaq hujan menitik di atas atap zink seakan alunan muzik.

Tapi kalau hujan lebat turun sewaktu memandu ada rasa goyang juga pada kepala lutut. Bukan apa, penglihatan jadi terhad dan jalan raya agak licin.

Pengalaman ambo yang saban hari berulang alik TGM-SA menggunakan highway Plus, kemalangan kerap berlaku sewaktu hujan, terutamanya di laluan antara Bukit Beruntung dan Bukit Tagar. Memang kerap sangat kereta terbabas terutamanya sewaktu hujan lebat.

Untuk makluman laluan Bukit Beruntung-Bukit Tagar juga sering berlaku kemalangan maut. Nasihat ambo, berhati-hatilah sewaktu memandu di laluan ini. Nak kata jalan tak berapa elok, rasanya machiam ok saja, berminyak pun tak. Ada juga cerita berunsur mistik berkaitan laluan tersebut tapi Wallahuallam.

Lokasi berhampiran kediaman elit tempat tinggal Kapten Zahari, juruterbang MH370.

Satu benda yang ambo perasan bila lebatnya hujan, pemandu Malaysia suka memasang hazard light, lampu signal yang menyala kiri dan kanan tu...... memang bidaah sungguh. Ia sepatutnya dipasang jika ada kecemasan dan kereta telah berhenti. Tapi seakan sudah sebati dikalangan sesetengah pemandu untuk menyalakan hazard light sewaktu hujan.

Machiam mana mahu beza kereta berhenti kerna kecemasan atau kerana takut ayaq hujan?

Sapa yang duk Shah Alam atau KL, hujan lebat juga kadang kala mai bersama banjir kilat. Naya nooo, silap-silap kereta tenggelam kat basement machiam tahun2 sudah. Tahun ni tak dengaq lagi. Ayaq yang naik pun setakat atas sikit dari buku lali.  

Itu pun risau juga kot2 enjin mati tengah jalan, maklumlah kekadang ulang alik guna kereta tua. Tapi setakat ni masih Alhamdulillah.

Ari ni mendung je tu kat luar, tak sabaq nak nunggu hujan turun. Rindu dengan bunyi dan bau hujan...... hehehehe.

Roger & out.

Tuesday, 25 March 2014

Kos Tukar Starter Kia Rio Model 2005

Masuk tahun ke-9 bersama kami, enjin Kia Rio buat perangai pertama kali. Nak start machiam semput sangat, pendek kata enjin susah nak hidup. Kena cuba dua tiga kali, kemudian rehat sekejap, cuba lagi dua tiga kali baru nak hidup.

Memang sepanjang 9 tahun lepas, Kia Rio kami tak pernah buat hal. Setakat bateri kong, plug tak berapa nak masuk api tu adalah. Lain-lain cuma maintenance sekadar tukar minyak hitam, oil filter, air filter etc. 

Bila dah banyak kali susah nak hidupkan enjin hatta di waktu siang hari, kami bawa ke bengkel untuk tanya duduk perkara. Ada yang kata alternator, ada yang kata komputer box, ada pula yang kata starter ada masalah. 

Disebabkan kami pun harem tak tahu sangat pasal enjin, kami pakat2 ambil keputusan majoriti. Ramai mekanik yang kata ini masalah starter, kena tukar...... okied.

Bila sudah kompem apa masalahnya, kena cari spare part. Masalah utama bagi pengguna kenderaan Kia Rio adalah untuk mendapatkan spare part lebih-lebih lagi kami yang duduk di luar Lembah Klang. Spare part kena order dari Petaling Jaya atau KL. Kedai spare part sekitar tempat kami di TGM memang tak simpan stok, sebab tak ramai yang guna Kia Rio katanya.

Maksud tersiratnya, kalau duk luar Lembah Klang jangan memiang nak pakai Kia Rio...... hehehehe.

Inilah bendanya dinamakan starter.

Dua tiga kedai spare part di TGM kami rayau semua tak ada spare part, kecuali ada satu kedai nak jual starter Kia Rio recond @ second hand. Murah memang murah, RM120 sahaja dia mahu tolak. Pikiaq punya pikiaq, baik cari yang baru terus, memang kompem mahal tapi biaq puas hati. 

Bila tanya mekanik, dia pun tak sure ok ke tak masuk starter Kia Rio recond, jadi kami ambil keputusan nak turun Shah Alam. Nak baiki di TGM pun boleh tapi kena tunggu sehari untuk spare part sampai.

Kenapa Shah Alam?

Ada satu dua kedai di Seksyen 25 memang selalu jadi tempat kami service Kia Rio. Spare part kompem ada on the dot...... paling lama pun kena tunggu dalam sejam dua dan bukannya berhari-hari. 

Mekanik tengah godek nak masukkan starter yang baru.

Bila tanya-tanya harga, original starter Kia Rio RM500 lebih. Kalau tak ori tapi masih Made in Korea dalam RM400 lebih. Upah pasang RM65. Total memang kopak juga dibuatnya. Tapi nak tak nak memang kena tukar juga. Kami amik yang tak berapa nak ori, mekanik pun kata ok, biasanya tahan lima nam tahun..... tawakkal sajalah.

Minta-minta lepas ini Kia Rio akan kembali well behave..... Inshaa Allah.

Roger and out.

Takdir MH370.....

Setelah 17 hari kehilangan pesawat MH370 dari Kuala Lumpur menuju Beijing, berita terkini mengesahkan pesawat malang tersebut terhempas di Lautan Hindi, barat daya Perth.

Isyarat 'ping' dianalisa oleh satelit Inmarsat milik Britain menggunakan alat pengesan gelombang kurun ke-19 menunjukkan destinasi akhir MH370 adalah ditengah-tengah Lautan Hindi. Dipercayai semua penumpang dan anak kapal telah terkorban.

Berita terkini ini semestinya cukup menyayat hati terutamanya kepada keluarga mangsa. Tapi sekurang-kurangnya dengan terungkainya misteri kehilangan MH370 ini, dapat memberi sedikit kelegaan kepada semua akan takdir sebenar MH370.

Cuma yang masih kekal menjadi tanda tanya adalah, apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat sehingga membawanya jauh ke Lautan Hindi?

Semuanya bakal terjawab, Inshaa Allah jika kotak hitam berjaya ditemui. Paling utama, nama baik juruterbang MH370 dapat dibersihkan dari sebarang palitan akibat tragedi malang ini.

Inshaa Allah.

Moga roh yang terlibat dicucuri rahmat oleh-Nya.

Amin.


Friday, 21 March 2014

Rider FZ150i Down @ Lebuhraya Guthrie

Kejadian berlaku seawal pagi tadi, sekitar jam 7, sebuah motosikal sama ada dilanggar@terlanggar@digilis oleh sebuah kereta@lori di Lebuhraya Guthrie (banyak sangat @ sebab masih belum tahu kejadian sebenar). Ngam-ngam selepas plaza tol kedua kalau tak silap. 

Sejurus keluar dari plaza tol ambo ternampak mangsa sudah terbaring di lorong tengah, bersama-sama motosikal. Itu pun nasib baik ambo sempat mengelak dari turut sama menggilis mangsa. Dari jauh memang tak berapa nampak sebab keadaan masih kelam.

Memang baru sangat berlakunya, pemandu lori dan kereta pun baru berhenti di tepi jalan dan berlari ke arah mangsa untuk memberikan pertolongan. Ambo berharap sangat mangsa masih selamat, tapi masa ambo lalu memang mangsa langsung tak bergerak. 

Kalau masa muda-mudi dulu memang ambo akan berhenti tepi jalan kalau ada kemalangan (lebih kepada sibuk nak menengok), tapi la ni semangat tak berapa nak ada (takut trauma aka lemah semangat). Jadi tanpa berhenti ambo teruskan perjalanan ke tempat kerja.

Agaknya memang mangsa dalam perjalanan menuju ke tempat kerja. Kalau tak silap memang ada berselisih dengan motor mangsa sebelum masuk ke Lebuhraya Guthrie tadi. Memang dah ditakdirkan mangsa bertemu musibahnya di situ.

Lebuhraya Guthrie sememangnya tidak sibuk tapi kalau awal pagi memang lori dan kereta seperti akan berlumba-lumba untuk masuk ke laluan utama selepas membayar tol. Jadi machiam bottle neck, dari selebar-lebar plaza tol (mungkin 6 lorong), masing-masing akan memecut ke arah lebuhraya 2 lorong (boleh korang imagine dia punya scenario, tak reti ambo nak explain detail).

Ambo perhatikan juga, penggguna motosikal pun turut sama berkongsi laluan tol, malah mencilok di celah-celah kenderaan lain semasa melintasi plaza tol kemudian memecut sakan ke arah lebuhraya. Tak sayang nyawa namanya tu.....

Memang malang tak ada bau, tapi pihak penyelenggara lebuhraya memang menyediakan laluan untuk motosikal di sepanjang lebuhraya (Lebuhraya Guthrie dah ada, Federal pun ada laluan motosikal, bila agaknya Plus pun nak buat laluan motosikal demi keselamatan riders). Memanglah laluan motosikal tak berapa nak selesa dan tak berapa nak luas, tapi demi keselamatan, gunakanlah kemudahan yang telah disediakan.

Sampai la ni ambo berharap sangat mangsa masih selamat. Kalau mangsa maut, entah machiam mana perasaan keluarga beliau menerima perkhabaran tersebut. Pagi keluar untuk pergi kerja, cium anak bini tup tup terkorban di jalan raya. 

Nauzubillah, berhati-hatilah di jalan raya.