Showing posts with label Kawasaki. Show all posts
Showing posts with label Kawasaki. Show all posts

Monday, 10 October 2016

NeW SuPeRNaKeD - KaWaSaKi Z650 & Z900

Kawasaki recently revealed images of two new supernaked, Z650 and Z900.

Kawasaki Z650

Z650 will be the replacement for the ER6N. The replacement will share the 649 cc parallel twin engine with the 2017 Ninja 650. The Z650 weight is at 187 kg with a seat height of 790 mm. 

It also features the assisted slipper clutch, underbody exhaust, banana-shaped swingarm, Tokico brakes, restyled headlamp, dashboard and side panels.

Four colour options - pearl flat stardust white/metallic spark black, candy lime green/metallic spark black, metallic flat spark black/metallic spark black and metallic raw titanium/metallic spark black.

Kawasaki Z900

The Z900 all new steel trellis frame housing a 948 cc in-line four. The plant's based on 1043 cc in-line four from the Z1000. Kawasaki has developed an assist and slipper clutch to make action at the lever lighter and assist with excessive engine braking.

The overall 210.5 kg weight of the bike and a seat height of 794 mm should make the Z900 pretty nimble and manageable. Aesthetically, Z900 looks even meaner, with chunky curves and pointy surfaces fighting over territory at the front end. 

Z900 will be available in - pearl mystic gray/metallic flat spark black, candy lime green/metallic spark black, metallic flat spark black/metallic spark black and candy plasma blue/metallic graphite grey (special edition).

Ketam Batu

Saturday, 5 April 2014

Kalkulator Bayaran Bulanan Kawasaki Ninja 250

Ini ada sedikit panduan bayaran bulanan buat sesiapa yang berminat untuk beli Kawasaki Ninja 250SE dan Ninja 250L.

Tapi kalkulator ini cuma mengambil kira down payment RM2000 dan RM5000 sahaja. Loan oleh AEON, sila rujuk rajah di bawah untuk bayaran bulanan, tempoh bayaran dan kadar interest.

Ini kalau bayaq down payment RM2000.....



Ini pula kalau bayaq RM5000 sebagai duit muka.....


Pasai apa ambo up kalkulator bayaran bulanan Kawasaki Ninja 250? 

Ada hati nak sambaq satu ka?

Kompem nehiiiiiiiiiiiiiii..... mana ambo mampu nak bayaq RM400 lebih sebulan semata-mata untuk sebiji Ninja. Nak bayaq RM5000 sebagai duit muka pun terkial-kial.

Ada la satu hari tu, ambo gi Bank Rakyat untuk keluarkan duit sikit. Nak bayaq kontraktor yang sedang renovate rumah baru ambo. Tak jauh dari Bank Rakyat tersebut ada satu showroom Kawasaki. Jadi si Bongsu yang sememangnya minat motor ajak ambo tengok2 motor besaq. Tengok je taw...... hehehehe.

Alang2 dah masuk showroom Kawasaki ambo sembang2 dengan salesperson. Kendian dibuatnya sedikit kalkulasi Ninja 250 buat ambo yang tak berapa nak mampu ni. Tapi masa tu memang buat muka kompiden habeh. My water face kena jaga bro...... hehehehe.

Tapi sekali pandang leleh juga dengan Ninja 250 ni, tapi kena sedor diri akan kemampuan diri...... huhuhu. Ikut napsu binasa, ikut hati mati kutu nak bayaq ansuran bulan-bulan. Setakat minat saja tak cukup, tak guna ada moto besaq kalau soru pun boleh miss.

Kawasaki Ninja 250L - Sumber Online.

Kawasaki Ninja 250SE - Sumber Online.

Dah kemampuan buat masa ini pakai motor machai saja. Inshaa Allah nanti2 ada la rezeki Allah nak bagi. Kalau dah jodoh memang tak kemana ye dok?

Roger & out.

Thursday, 4 April 2013

GTmax Shah Alam ~ Versys, ER6N & XJ6

Tadi sempat menyelinap keluar opis sekejap untuk servis kereta.... menyelinap pun bila dah nak masuk waktu lunch hour. Molek saja kereta masuk bengkel, saya terus chow untuk lunch terus.... kemudian jalan-jalan cuci mata kat kedai motor GTmax Shah Alam branch. 

GTmax Shah Alam

Makin besar GTmax Shah Alam sekarang.... sudah konkeq konker dua kedai..... satu untuk brand Yamaha manakala satu lagi Kawasaki. Satu bangunan lagi khusus untuk lelong motor seken hend.

Yamaha XJ6

Mula2 saya jejak kaki di GTmax bahagian Yamaha.... nampak XJ6 cantik tengah landing kat tepi kedai. Saya usha2 sekejap sambil say hello kat apek & amoi salesman/girl..... Lama juga saya kat situ..... lama tak lama pun 10 minit juga dok ayat XJ6. Tapi apek & amoi sales buat nampak tak nampak saya dok usha XJ6.... ingat saya tak berduit le tu..... huhuhuhu

Yamaha XJ6

Terus saya angkat kaki pergi bahagian sebelah.... GTmax juga tapi section Kawasaki. Kat sini baru ok sikit layanan salesman/lady dia.... baru semangat nak angkat motor satu.... customer datang kena la layan elok2 maaaa......

Mula2 usha Z250.... masih model lama.... model baru semua kena rembat dengan geng2 URB polis. Kemudian jeling sekejap Naza Blade kat sebelah.... 250cc tapi besar body dia berbanding Z250.

Kawasaki Versys

Last sekali jeling2 kat Versys dan ER6N.... jeling Versys.... jeling ER6N.... Versys..... ER6N.... mana satu pojaan lobang hidung hati.......

Kawasaki ER6N

Sembang2 dengan salesgirl melayu GTmax.... sikit2 saja sebab dia mcm kemalu2an nak entertain saya.... aisehhhh!!! Sudahnya saya sendirian layan perasaan dengan Versys dan ER6N.

Terkedu memilih pojaan hati.... tiba2 bahu saya ditepuk dari belakang. Nyaris saya nak tepuk kepala dia balik.... kan itu petua orang2 tua untuk elakkan pukau.

Rupanya Bro Amin salesman kat situ nampak saya termanggu-manggu..... sembang2 lebih kurang dia ajak masuk opis untuk buat kira2 bayaran bulanan.

Info ringkas....
Pilihan loan ada dua untuk motor 500 cc ke bawah.... sama ada guna loan kedai (interest rate 10% a year) atau guna AEON (9% a year). Kalau lebih 500 cc boleh cuba loan bank. Tapi loan bank kena ada lesen B full, paling koman L pun boleh cuba.... kalau macam saya yang belum ada lesen moto terpaksalah buat loan AEON.


Ini contoh kira2 yang disediakan oleh Bro Amin untuk saya. Loan dengan CIMB, kena ada B full boleh tarik maksimum 60 bulan tempoh bayaran ansuran.... kalau guna AEON boleh tarik sehingga 84 bulan. 

Kena congak untung rugi.... maknanya kena bertanya kepada yang lebih ahli berkaitan untung rugi guna loan AEON atau loan bank.

Lagipun penerangan Bro Amin masih belum menyeluruh dan memuaskan hati saya.... akan saya susuli bila berkelapangan nanti.

Yoshhhhhhhh!!!!!!