Monday, 8 December 2014

RiDe To EaT : Cendol Pulut Behrang (Cawangan Hulu Bernam) | Dec 6, 2014

As-Salam & Salam Sejahtera,

Ride To Eat atau Eat To Ride?

Mana yang paling menyeronokkan?

Edisi sulung siri Ride To Eat ini kita ke Cendol Pulut Behrang, bukan kedai original tapi cawangannya di Hulu Bernam. Kedai cendol ini antara yang menjadi sebutan di Tg Malim, malahan pernah menghiasi dada2 akhbar tempatan.

Kalau anda dari pekan Tanjung Malim, sebaik sahaja melepasi Masjid Hulu Bernam dan Pusat Kesihatan Hulu Bernam (belah kanan anda), terus susur ke kiri. Simpang masuk ini sedikit tersembunyi oleh deretan kedai dan kadang kala kenderaan yang parking di tepi jalan.

Lokasi kedai cuma kurang 10 meter dari simpang tersebut.

Jika anda dari plaza tol Tg Malim pula ada dua arah yang anda boleh sampai ke Cendol Pulut Behrang cawangan Hulu Bernam. 

Jalan pertama, sebaik melepasi plaza tol Tg Malim terus susur ke kiri dan jalan terus sehingga anda nampak Pusat Kesihatan dan Masjid Hulu Bernam di sebelah kiri anda. Anda perlu belok ke kanan, pada simpang yang betul2 menghadap pusat kesihatan.

Jalan kedua dari plaza tol Tg Malim adalah, sebaik melepasi plaza tol, anda teruskan pemanduan ke hadapan sedikit dan belok kiri pada persimpangan lampu isyarat. Teruskan perjalanan sehingga tiba di satu lagi persimpangan isyarat (Taman Bahtera, Hotel Sahara). Di persimpangan tersebut anda perlu susur ke kiri, anda akan melalui kawasan perkampungan, dusun dan anak sungai. Teruskan memandu dan kedai tersebut akan berada di sebelah kiri anda.

Ini dia cendol special. Isinya ada segala rencham seperti pulut, jagung, kacang, cincau dan beberapa lagi yang ambe tidak kenal akan namanya.

Rasanya, anda kena rasa sendiri baru tahu akan kelazatannya. Tekak ambe jelas amat menyukai cendol dari kedai ini. Rasa santan dan manisannya diadun sebati dan secukup rasa.

Tidak terhad kepada cendol special, ada juga lain2 cendol seperti cendol biasa, cendol pulut, cendol kacang, cendol jagung dan cendol cincau.

Harganya, untuk semangkuk cendol di antara RM1.50 sehingga 2.50;

Ini harga cendol bungkus atau take away. Jika makan di kedai tolak saja harga di atas sebanyak 20 sen. Murah kan?

Cendol Pulut Behrang ini bukan sekadar menjual cendol semata malahan makanan dan minuman panas juga. Nasi goreng, mee goreng, mee bandung dan makanan bergoreng yang lain pada harga RM6 ke bawah.

Ambe sempat mencuba mee bandung Cendol Pulut Behrang. Sedap juga, lain 2 menu ambe belum berkesempatan untuk mencubanya.

Apa lagi, hidupkan enjin kereta atau moto anda. Cendol Pulut Behrang sedang menunggu kehadiran anda.

Selamat menunggang dan selamat menjamu selera!!!

Friday, 5 December 2014

Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu 2014 | Perpustakaan Negara Malaysia


As-Salam & Salam Sejahtera,

Anak2 sedang bercuti, mesti anda pening kepala mencari destinasi yang hendak dikunjungi sempena cuti persekolahan yang agak panjang ini. Kalau anak2 jenis yang suka tinggal dan memerap di rumah ok juga, tapi bagaimana kalau yang jenis sukakan outdoors?

###ambe dulu musim cuti sekolah bercuti kat kebun getah je pun, tolong mak bapak toreh getah###

Kadang-kala bila bawa anak2 keluar berjalan-jalan, disamping memerlukan ketelitian masa (ye la kita bukan cuti, depa saja cuti), hal ehwal kewangan pun perlu diambil-kira. Duit petrol, duit tol dan itu belum lagi makan minum serta bayaran hotel (jika bermalam atau bercuti jauh dari rumah).

###hati-hati bila berbelanja, buka sekolah nanti banyak mahu pakai duit, anak seorang tak apa tapi kalau tiga pat orang, adehhh###

Kepada yang tinggal di sekitar Lembah Klang, banyak sebenarnya destinasi yang boleh dikunjungi. Antaranya adalah;

1. Petronas Twin Tower
2. Muzium Negara
3. Petrosains
4. Planetarium Negara
5. Taman Burung Kuala Lumpur
6. Taman Rama2 Kuala Lumpur
7. Zoo Negara
8. Taman Orkid Kuala Lumpur
9. Pusat Sains Negara
10. Muzium DiRaja

Kalau dihimpun memang letih nak disenaraikan. Tapi biasanya bila musim cuti sekolah, tempat2 tersebut dikunjungi oleh mereka yang datang dari luar Lembah Klang. Manakala pemastautin Lembah Klang pula lebih memilih untuk bercuti di luar kota. Vice versa - nak tukar angin katanya.

Ambe baru2 ini ada ke IJN KL atas urusan keluarga, sementelah melintasi Perpustakaan Negara, seberang jalan je pun dengan IJN, terpampang signboard 'Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu 2014'. Menarik bunyinya tu!!!

Setelah selesai berurusan di IJN, kami sekeluarga hanya berjalan kaki ke PNM. Tujuan asal untuk lunch sebab cafe di IJN tutup pada hari tersebut. 

###pestaim makan di cafe PNM, rasa mahal sikit harganya###

Tiket masuk ke Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu 2014 adalah percuma.

Apabila melintasi meja security, anda akan diberi sticker seperti di atas dan perlu ditampal pada dada (ada bebudak sekolah tampal kat dahi, siku, pipi etc memacam bebudak ni!!!). 

Ini kira sebagai tanda pengenalan lah agaknya. Kemudian ada nombor siri kan? Untuk rekod bilangan pengunjung dan kepada pengunjung bertuah, ini yang menanti anda.....

Ni dia, sebuah basikal untuk pengunjung ke berapa entah. Sakan anak2 ambe mahukan ini basikal, walau kat rumah pun dah ada basikal sendiri. Rezeki ye anak2, kalau ada rezeki dapatlah.

Entah apa maksud kata2 yang terpampang pada replika kapal; ruang pameran ini dihiasi dengan sebuah replika kapal. Agaknya tema utama adalah manuskrip melayu berkaitan ilmu pelayaran.

Jom kita terjah apa manuskrip yang ada.

Memang betul, segmen pertama dipenuhi dengan manuskrip2 berkaitan ilmu pelayaran. Sememangnya orang Melayu dahulukala hebat dalam bergelumang dengan laut.

Ini agaknya catatan kapten kapal atau di dunia Melayu dipanggil Nakhoda.

Kemudi kapal, betapa hebatnya anak Melayu di bidang kejuruteraan perkapalan.

Pernah nampak kalendar sebegini? Agaknya zaman dahulu kala kalendar besi sebegini terpampang kat dinding2 kapal serta rumah.

Manuskrip berkaitan Kitab Bintang & Bulan. Manuskrip ada dibawah papan tanda ini tapi ambe lupa nak zoom pada manuskrip.

Ada juga manuskrip berkaitan ilmu falak. Maknanya ahli pelayaran dan akademik Melayu dahulukala telah lama menguasai cabang ilmu berkaitan peredaran matahari, koordinat dan peredaran masa serta jarak. Hebat!!!

Hukum Kanun Melaka (Hukum Syariah) diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Shah.

Satu lagi manuskrip Melayu berkaitan kesalahan jenayah terutamanya kesalahan mencuri, mencederakan, membunuh dan membicarakan juga persoalan ganti rugi kepada mangsa.

Hukum maksiat di Kelantan Darul Naim, Negeri Serambi Mekah. Agaknya apa kandungan manuskrip tersebut.

Ilmu disaat kematian pun ada, terutamanya kepada pesalah yang menunggu saat2 dihukum bunuh.

Tengah adalah contoh manuskrip lama Melayu. Ambe pasti ini cuma salinan dan bukan manuskrip original. Khabarnya masih banyak manuskrip Melayu asli masih tersimpan di arkib negara barat (hasil imperialism).

Siapa tidak kenal pahlawan terbilang, Hang Tuah. Jasa dan kesetiaan Tuah kepada Melaka dan Sultan tidak terperi. Diimbau masa kecil dulu, saat bermain tikam2 bersama rakan2; anda mahu jadi Tuah ataupun Jebat?

Kena pasung pulak dah. Ini nak tunjuk keadaan pesalah Melayu dahulu kala, kakinya dirantai dengan bebola besi, memang susah nak escape ni.

Siapa kata pahlawan Melayu hanya menyelit keris dipinggang atau hulubalang Melayu hanya gah menghayun lembing semata. Beratus tahun nan lalu pahlawan Melayu sudah handal dalam menggunapakai senjata api, malahan tukang2 cukup mahir dalam membina persenjataan moden (mengikut scenario zaman tersebut).

Persenjataan Melayu lama seperti meriam, rentaka, pemuras, terakul dan istinggar. Kehebatan ini dibuktikan dengan kehadiran manuskrip lama yang menerangkan secara terperinci berkaitan pembuatan dan penggunaan senjata api yang betul.

Senjata tradisi orang Melayu, beraneka ragam keris. Lambang kemegahan dan jati diri Melayu.

Budak kemetot ini mengadap siapa pula, ketua kampung kah, peniaga pasar malam kah, apakah?

Ini adalah gambaran bilik kepunyaan nakhoda kapal Melayu. Digambarkan bilik nakhoda dipenuhi dengan peralatan yang berkaitan dengan ilmu pelayaran.

Meja tulis kepunyaan Tuan Nakhoda. Agaknya untuk tulis surat serta menulis catatan harian sewaktu pelayaran. Siapa pandai menulis guna bulu ayam?

Dinding bilik penuh dengan carta pelayaran. Segenap pelusuk dunia mungkin telah dijelajahi oleh pelayar Melayu.

Tak menahan set munchy-munchy milik nakhoda, siap ada anggur, epal dan bun. Zaman dulu pun anggur segar boleh sampai bumi Melayu ye?

Kita zooming sikit rupa paras nakhoda. Ngeri pulak kut tetiba nakhoda kita ni terbersin. Cepat2 ambe ke sudut lain sebab tetiba rasa seram.

Kita tinjau sudut alatan muzik Melayu lama pula.

Musician Melayu lama, sape buleh teka alat music yang dimainkan oleh beliau?

Penari dengan busana klasik, bentuk badan cukup ramping.

Zooming sikit wajah wanita Melayu terakhir. Ini machiam ka?

Kusyuk brade kita ni dengar alunan music Nusantara. K-pop masih belum ada zaman tu.

Dapur yang biasa kita lihat di kampung2 jauh ke pedalaman. Kampung moden zaman kini semua guna dapur gas.

Berapa ramai dari kita yang masih handal masak nasi guna dapur kayu? Hahahahahaa rasanya buleh bilang pakai jari.

Alatan batu; lesung batu, penggiling dan alat untuk menumbuk bijiran. Kat kampung ambe, ibu ambe masih menyimpan alatan batu untuk memerah santan.

Lepak2 santai sementara menunggu Maghrib tiba. Nak keluar main sepak raga, hujan le pulak.

Apa atau siapa itu Melayu?

Melayu atau Bani Jawi adalah mereka yang bercakap dalam Bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan paling penting beragama Islam.

Itu adalah 3 syarat wajib yang perlu dipenuhi untuk seseorang bergelar Melayu ataupun Bani Jawi.

Tamat sudah menerokai ruang pameran, anak2 ajak singgah di Samsung Smart Library pula. Masih di Perpustakaan Negara Malaysia tapi ada satu sudut yang mungkin ditaja sepenuhnya oleh Samsung.

Apa yang anak2 tertarik sangat untuk ke sudut ini?

Ini dia, tablet di sana sini. Ruangan e-book, maklumat semua di hujung jari. Tapi ini untuk anak2 yang sudah agak besar dan juga orang dewasa.

Ada sudut khas untuk anak2 yang berusia di antara 5-9 tahun. 

Kusyuk nau duk belek tablet. Tengah Google apa tu nak?

Machiam mana, ok tak Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu 2014?

Kalau ada masa, berkunjunglah ke Perpustakaan Negara Malaysia. Pameran ini akan berakhir pada 31 Disember 2014, masih ada masa kira2 3 minggu.

Inshaa Allah banyak manafaat, dan membuka hati serta minta anda dalam menjawab persoalan 'siapa itu Melayu sebenarnya'.

Sekian.

Thursday, 4 December 2014

JoM MaKaN : Restoren Sukho Thai Bukit Beruntung | 30/11/2014

As-Salam & Salam Sejahtera,


Address;
No. 29, Jalan Adenium 2G/13, Pusat Perniagaan Adenium BB5, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

Reservasi;
+603-6021 7862 & +6012-232 2859

Waktu operasi;
Masakan Melayu 7.30 am - 3 pm
Masakan Thai 3 pm - 11.45 pm

Sukho Thai ini merupakan salah satu tempat makan yang menjadi sebutan di sekitar Bukit Beruntung mahu pun Rawang. Pendek kata ia menjadi tumpuan jika ada event makan2 dikalangan keluarga terdekat mahu pun bersama rakan2.

Namun begitu, ini merupakan kali pertama kami sekeluarga ke sana walau tempat tinggal kami dikira tidak jauh mana dari Sukho Thai. Singgah ini pun kerana terasa lapar selepas menemankan anak2 berenang di Bukit Beruntung Golf & Country Club.

Pertama kali menjejakkan kaki, terasa akan kelainan Sukho Thai berbanding restoren yang lain. Suasananya agak santai dan terasa privacy. Mungkin sebab masa kami tiba, pelanggan masih belum ramai.

Kami memilih sudut yang agak terpencil. Agar lebih privacy dan juga kerna anak2 yang agak nakal, silap2 waktu makan sudu garpu boleh terbang ke sana-sini.

Satu lagi yang buat Sukho Thai meyakinkan, layanannya cukup pantas. Letak saja punggung kerusi, pelayan terus tiba membawakan menu dan menunggu untuk ambil order. 

Terkebil-kebil juga kami memilih menu, maklumlah perut tengah lapar, terasa semua mahu dimakan. Fikir punya fikir kami pesan nasi puteh bersama sup cendawan dan ayam masak merah untuk anak2. Menu kami pula tomyam Sukhothai, kerabu mangga, kangkung goreng belacan beserta nasi putih dan sepinggan mihun goreng.

Sementara menunggu hidangan yang kami pesan tiba, ambe ambil kesempatan untuk mengambil beberapa shoot untuk dikongsi sama;

Anak2 suka main instrumen untuk panggil petugas restoren, nasib baik tak tertekan butang. Nakal sungguh!!!

Lukisan pada dinding, cantik.

Pemilihan warna yang tepat dan pencahayaan yang sederhana membuatkan suasana di Sukhothai cukup mendamaikan.

Eh! Baru pelayan bawa hidangan kitalah!!!

Tidak perlu menunggu lama, santapan kami telah tiba kecuali teh tarik yang sedikit lambat;

Limau asam boi Sukhothai memang marbeles kecuali sedikit manis. Anak2 ambil kesempatan untuk minum fresh orange dan sirap bandung berais. Kalau kat rumah jangan harap ais boleh disentuh.

Tomyam Sukhothai, rasanya masam2 manis walaupun pelayan yang ambil order kata ianya pedas. Isinya cendawan, ayam dan segala machiam seafood. Rasanya pada tekak ambe, cukup unik dan marbeles tak terkata. Dah rasa machiam makan kat Krabi pula.

Mihun goreng out sebab lembik. Kangkung goreng belacan biasa2 saja tapi kerabu mangga mencapai stendet tekak ambe.

Sup cendawan pun marbeles, tapi ayam masak merah just ok2 saja. Namun tetap dibedal sehingga licin pinggan.

Tak pasti tekak orang lain, tomyam Sukhothai dan sup cendawan memang marbeles, menu lain yang kami order bagi ambe biasa2 saja. Overall agak puas hati datang makan kat sini, paling penting environment Sukhothai ambe suka.

Total RM56, dengan suasana restoren, pada ambe harga ini cukup berbaloi.

Malangnya sebaik tiba di rumah kami semua ter-cherry. Tak tahu kat mana silapnya. Masa makan tadi tak pula terasa basi kat mana2. Mungkin perut kami tak tahan dengan tomyam Sukhothai kut.

Cherry pun rasanya kami tak serik untuk ke Sukhothai lagi.

Tapi sebelum itu nak cuba Restoren Mohd Chan Abdullah dulu, menu Cina Muslim juga di Bukit Beruntung.

Sampai masa ambe kongsi di sini k.bai!!!