Tuesday, 28 April 2015

JoM JaLaN-JaLaN Ke LuMuT 2015

As-Salam & Salam Sejahtera,

Alang-alang sudah sampai ke Teluk Intan, kami terus sahaja shoot naik ke Lumut. Jika ada kelapangan mahu saja maju ke Pulau Pangkor.

Tapi apakan daya, kami cuma ada masa sepetang dan esoknya pula hari Isnin, hari bekerja.

Jika dari Teluk Intan, tidaklah jauh untuk ke Lumut. Kira-kira 1 jam pemanduan. Jika yang telah biasa dengan keadaan jalan raya setempat, mungkin kurang dari itu.

Tidak pasti akan lokasi dan nama jambatan ini, tapi dipertengahan jalan di antara Teluk Intan dan Lumut. Jambatan ini menyeberangi Sungai Perak.

Pemandangan Sungai Perak dari aras jambatan. Ada buaya tak, tanya si bambam!!!

Ini masih dalam jajahan takluk Teluk Intan jika tidak silap. Kami temui kawasan penanaman padi yang luas terbentang.

Akhirnya ada kira-kira 18 km untuk tiba ke Lumut. Si bambam sudah berkali-kali bertanya bila akan sampai. Haus dan lapar katanya.

Sabar si bambam, dekat sudah kita ini!!!

Akhirnya, Lumut Waterfront!!! Lepak-lepak sambil ambil angin laut.

Kadang kala bot kecil yang melintas, di lain masa feri ke Pangkor pula meluncur deras.

Binaan pemecah ombak barangkali.

Nun jauh di sana, seseorang sedang tekun mengimbau kenangan lama. 

Kembali merenung laut. Eh! kapal kecil tarik kapal besar kata si bambam.

Antara hotel yang betul-betul menghadap Lumut Waterfront dan hampir dengan terminal feri, Hotel Indah dan Hotel Putra.

Bazar Lumut dari kejauhan, meriah dengan kiosk-kiosk menjual cenderamata. Cawangan jeruk madu Pak Ali pun ada.

Jom kita jalan-jalan ke terminal feri pula.

Tidak sesak mana, tidak seperti terminal feri di Kuala Perlis. Mungkin sebab telah lewat petang, atau mungkin juga Pulau Pangkor pembangunannya tidak sehebat Pulau Langkawi. 

Tumpang bergambar, walau bukan rezeki kami untuk ke Pangkor.

Eh! ambe masuk gambar, nampak tak?

Tidak lupa cenderamata untuk kenang-kenangan. Sehelai T-shirt untuk si bambam, sehelai lagi untuk si kurus. Juga keychain, si bambam nak bawa ke sekolah katanya. Bertudung biru, itu adalah tuan tanah kedaung pemilik kedai.

Aneka bentuk aneka ragam aneka warna. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati.

Milik siapakah?

Replika perahu ni kan?

Kemudian kami singgah pula mamak untuk minum-minum sebelum beransur pulang. Si bambam bedal nasi lemak sampai 3 bungkus, lapar agaknya. Tapi nasi lemak tersebut memang sedap. 10 bungkus atas meja, habis kami lahap.

Rezeki juga untuk ambe kenal 'purri'. Lebih nipis dari capati, digoreng tanpa minyak yang banyak. Ini kali pertama ambe nampak 'purri' walau empunya kedai kata, itu hidangan biasa dimana-mana kedai mamak. Memang sedap!!!

Sekitar 6 petang kami beransur dari Lumut untuk pulang ke TM. 

Tapi angkara GPS, kami tersasar ke Gopeng. Sepatutnya laluan kami adalah Lumut-Teluk Intan-Bidor dan tiba ke TM. Tapi GPS membawa kami ke laluan Lumut-Gopeng dan masuk ke lebuhraya Plus.

Agak jauh juga terpesong.

Ada ahli rombongan terpaksa re-fueled kerana hampir kekeringan petrol. Hampir waktu Maghrib tapi kami masih di Gopeng.

Berhadapan Petron adalah Masjid Jamek Baru Gopeng, tapi kami sepakat untuk jamaa' sahaja.

Semasa tersasar arah tersebut, secara tidak sengaja kami pandu lalu Kellie's Castle, berhampiran Batu Gajah dan Taman Herba Perak di Kg Kepayang. Jika tidak kerana hampir Maghrib, pasti kami singgah. Inshaa Allah mungkin lain masa ada rezeki kami.

Lega, bila melepasi Gopeng, kami masuk ke lebuhraya Plus. Jika terpaksa melalui jalan persekutuan, agak sukar dibuatnya dengan masalah penglihatan ambe di waktu malam.

Bila dihitung-hitung, sekitar 3 jam diperlukan untuk tiba ke TM jika menggunakan laluan Lumut-Gopeng-TM. Boleh tahan, dan lebih kurang 3 jam juga jika menggunakan laluan Lumut-Teluk Intan-Bidor-TM.

Masing-masing kepenatan bila kaki menjejak rumah. Home sweet home. Mandi, makan dan zzzzzZZZZZZZ. Jangan terlajak esok pagi sudahlah!!!

Sekian.

2 comments:

  1. Assalam ketam,
    ish3
    jeruk madu pak ali sampai ke lumut ada yer :)

    ReplyDelete
  2. bila nk dtg lumut lg? hehehe

    ReplyDelete