Tuesday, 21 April 2015

JoM MaNCiNG : KoLaM MaNCiNG SuNGai PaGi, BeHRaNG

As-Salam & Salam Sejahtera,

Jom kita mancing?

Petikan seorang jiran pada pagi Ahad yang hening. Ambe bukan kaki mancing, pancing pun tadak. 

Tapi jiran dah ajak, apa salahnya follow. Lagipun tak ada apa yang nak dibuat sangat. Lokasi mancing pun tak jauh dari rumah, kolam mancing di Kg Sungai Api, Behrang.

Tukar baju dan lompat masuk ke dalam kereta.

Singgah sekejap di pekan Behrang, sebab jiran ambe nak beli roti katanya. Berbondong-bondong dibelinya. Ingatkan nak buat makan, rupanya nak dibuat umpan mancing.

Beli juga minuman sikit, kut la haus masa mancing.

Nampak tenang dan sunyi, sebab kaki pancing masih belum membangau. Apa maksud membangau? Hehehehehe, kaki pancing sekitar Behrang mesti hadam maksud membangau.

Bayaran masuk ke kolam pancing di Sg Api, RM17 untuk satu pancing selama 4 jam. Konsep catch and release. Nak bawa balik ikan boleh, tapi kena bayar ikut berat ikan.

Mahaguru sedang menyediakan umpan. Roti dipotong kecil, masuk pandan sesedap rasa, yeast sekadar ada dan sos istimewa. Mahaguru masih belum bersedia untuk mendedahkan rahsia sos istimewa tersebut. Tunggu katanya.

Disebabkan ambe masih baru, pestaim guna joran, terpaksa mahaguru tunjuk ajar dari awal. Cara nak sedia umpan, cara nak letak umpan pada mata kail dan cara nak campak joran. Basic sungguh, welcome to Manching 101 practical training!!!

Mahaguru bermurah hati untuk pinjamkan joran. Joran ini cukup legend katanya, asal campak pasti ada ikan yang menyambar. OK, kita lihat dan tunggu.

Eh betul la kata mahaguru. Kejap saja kekili dah berbunyi. Terus layan kerenah ikan pertama yang dapat ambe pancing. Pestaimer le katakan, nak tarik ikan naik pun terkial-kial hehehehe.

Dia dah merapat dah, ikan apa le agaknya. Dup dap dup dap kut la ikan jaws yang sangkut kat pancing.

Ikan pacu rupanya, secara rasmi inilah pacu pertama yang dapat ambe pancing. Kecik-kecik dulu sekadar pancing lampam, keli dan baung. Disebabkan konsep di sini adalah catch and release, selepas bergambar, pacu ini dilepaskan kembali ke kolam. Beli pun tak berbaloi kata mahaguru, pacu banyak tulang dan dagingnya tawar.

Mahaguru sedang beraksi!!!

Dah namanya mahaguru, patin aje yang menyambar!!! Masak ikan patin gulai tempoyak pun sodap ni.

Tapi anak murid sampai ke sudah, pacu je yang berjaya kena ngorat. Patin buat jual mahal dengan ambe. Teknik memikat patin belum mantap lagi kata mahaguru.

Tak rasa masa berjalan, layan kerenah ikan sehingga habis umpan. Buat umpan sekali lagi tapi guna roti jenama yang lain pula. Rupanya ikan pun pandai memilih, kali ini joran mahaguru pun tak mengena. Kata mahaguru, roti yang digunakan sedikit liat, ikan lebih suka umpan roti yang lembut dan gebu hehehehe.

Dalam duk membangau, hujan rintik-rintik turun. Nasib baik ada bangsal untuk berteduh, tapi mata masih melirik pada joran dengan harapan jackpot yang menyambar.

Tapi nan-hado, umpan tak sedap jadi ikan pun semua buat bolayan. Masa pun dah cukup, maka beransur lah kami bak bangau pulang ke sarang.

p/s: Bangau ada sarang ke?

1 comment:

  1. Assalam ketam,
    ooooooooooooooooooo
    ada resipi khas unuk umpan yer :)

    ReplyDelete