Tuesday, 28 April 2015

JoM JaLaN-JaLaN Ke TeLuK iNTaN 2015 | BaHGN 2 : HoMeSTaY TaMaN SeRi SeTia, TeLuK iNTaN

As-Salam & Salam Sejahtera,


Sewaktu kunjungan kami ke Teluk Intan baru-baru ini, kami menginap di salah sebuah homestay yang terletak di Taman Seri Setia. Jarak taman perumahan ini ke pekan Teluk Intan tidaklah jauh, kira-kira 10 minit pemanduan sahaja.


Sekitar kejiranan Taman Seri Setia. Jauh dari hiruk pikuk, malahan suara kanak-kanak pun tidak kedengaran. Sesuai untuk mereka yang gemarkan suasana santai dan sunyi.


Nombor rumah yang dijadikan homestay dan juga nombor telefon yang boleh dihubungi.


Laman rumah meriah dengan aneka bunga-bungaan.


Anda peminat kaktus?


Melangkah masuk ke homestay, seolah berada di kediaman milik sebuah keluarga. Barangan milik tuan punya homestay masih dikekalkan seperti mana ia masih dihuni oleh mereka.


Ruangan dalam dari sudut yang lain. Macam kediaman yang masih dihuni sebuah keluarga kan?


Ada ASTRO, tapi channel agak terhad. Anak-anak terus ON cerita kungfu, Celestrial Classic Channel.


Homestay ini ada 4 bilik, tapi 1 bilik dikunci. Mungkin untuk kegunaan peribadi pemilik. Setiap bilik ada kipas dan aircond. Katil dan tilam agak lama, empuk atau tidak kami tidak tahu. Semua pakat-pakat tidur di ruang tamu, hampar TOTO dan sleeping bag.


Ruang dapur, tiada dapur gas jadi kami berpendapat memasak tidak dibenarkan. Tapi ada rice cooker, boleh masak nasi, lauk kena beli dari luar.


Bilik air, ada 2. Kebersihan, NO KOMPLEN!!! Tidaklah kotor tapi jangan pula mengharapkan seperti bilik air hotel bertaraf berbintang-bintang.


Antara barangan peribadi milik tuan tanah kedaung!!!


Mengingatkan ambe akan rumah sendiri. Bila terlalu banyak suis, sticker berwarna-warna mula memainkan peranan.

Mesti anda tertanya-tanya kadar semalaman untuk menginap di homestay sebegini kan?

Kira-kira RM200 semalaman, agak murah jika anda datang secara berkumpulan dan mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Senang-senang 20 orang boleh masuk, tapi tidur melata kat lantai.

Sesekali seronok juga kan?

Mengingatkan memori balik kampung rumah opah dan atuk, semua pakat-pakat tidur kat lantai beramai-ramai.

Jika anda berminat, hubungi sahaja tuan empunya homestay, Pn Zaiton jika tak silap namanya. Nombor telefon Pn Zaiton 013-6283510.

Sekian.

2 comments:

  1. Assalam ketam batu,
    iols tak pernah berkesempatan tido kat homestay
    ater family iols kecik sajork
    ghaser macam tak berbaloi tido homestay he3

    ReplyDelete
  2. Kepada sesiapa, yang berminat nak tinggal kat homestay ini. Ini sedikit nasihat dan pengalaman saya dan sekeluarga saya.

    Baru-baru ini, Kita book homestay ini. Satu kesalah besar saya buat adalah book homestay ini.

    Apa yang tunjuk gambar-gambar ini betul tapi kedudukan barang-barang berlainan dan banyak ada barang -barang yang lama.

    Satu-satunya, Rumah ini memang luas tapi..

    Habuk dan kotor. Setiap ruang celah ada sesawang. Ini bermakna lama orang tak book homestay ini. Bilik air sumbat. Lagi-lagi simpan barang-barang lama kan, ada binatang-binatang singgah sekejab. Contohnya, Lipan.

    Tolong berfikir, bila nak book Homestay ini. Kita memang kesal.

    Terima kasih.

    ReplyDelete