Friday, 12 October 2018

AFTER FOOTBALL MATCH (LIGA BPM 2018)

Petang semalam lepas match, anak aku mengadu lapar. Paling last makan heavy jam 10.30 pagi di kantin sekolah. Lepas dari itu cuma minum dan makan chocolate sebab game jam 3.30 petang. Nak lunch nasi jam 1 petang dia takut jadi lemau, termuntah pulak kat padang nanti. Habis match bawa dia pergi makan kat kedai tom yam. Lupa aku nama kedai, masakan chef kat sini sedap-sedap juga. Btw, game semalam team anak aku tewas 2-4. Kena cuba lebih kuat lagi selepas ini, good luck !

Teh Ais & Coconut Shake


Nasi Goreng Kampung & Tom Yam Campur

Menulis kat blog sebelum balik rumah. Lama tak menulis, bahan ada, masa yang tak berapa betul nak manage. Ini pun sebab pics semua dah ada dalam phone, sebelum delete baik parking kat blog dulu.

Last but not least, selamat berhujung minggu semua, regards.

- Ketam Batu -

Wednesday, 12 September 2018

BERCUTI KE PULAU PINANG (OGOS 2018) : 03 - TAMAN BOTANI PULAU PINANG (PENANG BOTANIC GARDEN)


Hari ke-3 di Pulau Pinang, kami berjalan-jalan di sekitar Taman Botani Pulau Pinang. Pada hari ini, crowd agak ramai dengan trafik yang agak sesak kerana Pesta Orkid sedang berlangsung. Mengeruhkan keadaan, pengunjung meletakkan kenderaan ditempat yang tidak sepatutnya, lalu menyempitkan laluan keluar masuk ke taman. 

Masuk adalah percuma, jadi ini antara destinasi yang wajib kunjung di Pulau Pinang, tanpa memokaikan poket. Sebelum kita explore keindahan taman, kita selusuri terlebih dahulu sejarah Taman Botani Pulau Pinang;

"Penang Botanic Gardens (Taman Botani Pulau Pinang) atau dikenali juga sebagai Waterfall Gardens mempunyai susur galur sejarah bermula dari tahun 1884 (diasaskan oleh Nathaniel Cantley yang juga penguasa Singapore Botanic Gardens, beliau melantik Charles Curtis sebagai pembantu penguasa)."

"Pernah melalui beberapa kesulitan. Antaranya pernah direncanakan untuk ditukar menjadi reservoir atau kawasan takungan air pada tahun 1910.  Nasib menyebelahinya apabila rancangan ini diabaikan oleh pihak penguasa majlis tempatan. Kemudian sewaktu perang dunia ke-2, tempat ini pernah dijadikan tempat simpanan peluru oleh tentera Jepun."

"Rakyat Malaysia pertama yang mengetuai Penang Botanic Gardens adalah En Cheang Kok Choy yang bersara pada tahun 1976. Kini taman ini ditadbir oleh kerajaan Pulau Pinang melalui Penang Botanic Gardens Department."

Apa yang menarik...? Sudah tentulah keindahan flora dan fauna. Antaranya adalah cannon ball tree dan monyet-monyet liar yang tidaklah berbahaya melainkan mereka terasa terancam. Penduduk tempatan sememangnya menjadikan taman ini sebagai tempat beriadah, kerana tempat ini cukup nyaman dan redup. Ada laluan untuk beriadah atau menikmati keindahan taman.

Pada mulanya kami mahu bersama penduduk tempatan menyusuri taman dengan cara berjalan santai. Tetapi baru beberapa langkah, sudah ada yang sengal-sengal tulang dan lenguh lutut, aduan biasa apabila travel bersama warga emas. Jadi kami kembali ke pintu masuk taman dengan niat ingin beredar.

Sehinggalah kami nampak kiosk tram service. Tinjau harga, eh ! murah banget. Cuma 3 ringgit untuk dewasa dan 2 ringgit untuk kanak-kanak. Terus ambil satu tram, cukup-cukup untuk kami satu family.


Tram service yang dikendalikan oleh operator swasta


Contoh tram, sebenarnya golf cart

Pemandu tram akan bawa kita mengelilingi taman. Bagusnya selain daripada tidak perlu sengal-sengal lutut, pemandu akan menerangkan info-info penting berkenaan taman. Contohnya nama-nama pokok, kegunaan dan usia pokok (ada yang menjangkau ratusan tahun). Apabila tiba di rumah orkid, kita akan diminta turun seketika untuk menyusuri laluan hutan hujan khatulistiwa. Jangan panik jika pemandu tram terus berlalu, memang dia tak akan tunggu pun. Lepas kita turun, dia akan angkut kumpulan sebelumnya balik. 

Dihujung laluan menyusuri hutan tersebut, kita akan jumpa kolam penuh dengan pokok teratai. Kami juga jumpa seorang nenek tua yang sedang bersenam. Bukan nenek kebayan, ini betul-betul nenek. Tua tapi masih sihat dan bertenaga, saban minggu katanya datang untuk beriadah. Memang udara di sini cukup fresh, boleh rasa dan bau hutan dengan bunyi burung, monyet dan serangga berpadu.


Jalan-jalan di hutam rimba, hujungnya ada kolam penuh dengan teratai


Teratai 


Tram dah sampai untuk kita balik

Sebenarnya ada banyak lagi lokasi menarik untuk dikunjungi di Taman Botani Pulau Pinang. Antaranya adalah;

1. Rumah Orchidarium
2. Rumah Bromeliad
3. Rumah Begonia
4. The Fern Rockery
5. Rumah Kaktus
6. Rumah Paku Pakis
7. Jungle Trekking

Paling molek jika dapat menyusuri semua ini dengan hanya berjalan kaki. Jadi dinasihatkan datang awal, sewaktu hari masih belum terlalu panas. Tapi bagi orang muda, hatta di siang hari pun tak ada masalah.

Lawatan kami berakhir di kolam teratai dan rumah orkid. Lain-lain tempat tidak sempat kami lawati lantaran kekangan kudrat (warga emas plus anak kecil). Ok dah rasanya, janji kami dah sampai. Kalau nak repeat, agak-agak macam lambat lagilah.

Juga berakhirnya percutian kami ke Pulau Pinang. Keluar sahaja dari taman, semua sudah surrender dan hanya mahu pulang ke rumah. Selamat tinggal Penang, selamat tinggal Penangite !

Review Luxfort118 Service Suites Bercuti Ke Pulau Pinang Bhgn 01
Jalan-jalan ke Bukit Bendera Bercuti Ke Pulau Pinang Bhgn 02

Regards: Ketam Batu

Friday, 7 September 2018

BERCUTI KE PULAU PINANG (OGOS 2018) : 02 - BUKIT BENDERA (PENANG HILL)


Orang kata Pulau Pinang adalah destinasi pelancongan syurga makanan. Pendek kata semua makanan berasaskan rempah boleh dapat kalau berkunjung ke Pulau Pinang. Pelbagai jenis dan sedap-sedap belaka. Tapi percutian aku sekeluarga baru-baru ini bukan versi jalan-jalan cari makan. Jadi kami tak explore sangat tempat makan best seperti yang viral di muka buku mahupun media sosial yang lain. Sepanjang kami di sana, dapur bilik hotel (Luxfort118 Service Suites) sentiasa berasap, kami hari-hari masak sendiri. 

Cuma dua kali kami makan di luar, sekali sewaktu sarapan dan sekali lagi makan tengah hari. Itu pun tempat yang sama iaitu Jaya Restaurant di Gottlieb Road. Restoran nasi kandar, sesuai dengan selera anak-anak yang suka akan roti canai dan masakan mamak (terutamanya anak kedua aku). Apa yang boleh dikatakan, rasa nasi kandar Penang jauh berbeda dengan masakan mamak di luar Penang. Jauh lebih terasa dan lebih sedap, mungkin rempah yang digunakan berbeza menzahirkan rasa yang berbeda. Malahan nasi goreng kampung yang kami makan sewaktu sarapan pagi pun terasa sedap. Mungkin penangan angin bercuti agaknya.

Destinasi pelancongan yang menjadi target kami bila bercuti ke Pulau Pinang sudah tentulah Bukit Bendera. Orang kata, kalau tidak ke Bukit Bendera, bukan bercuti ke Pulau Pinang namanya. Jadi selesai kami bersarapan di Jaya Restaurant Gottlieb Road, kami terus menuju ke Bukit Bendera. Berpandukan Waze, lokasi Bukit Bendera tidak jauh dari Gottlieb Road dan Tanjong Tokong. Tapi entah kat mana peningnya, Waze membawa kami ke pinggir hutan berhampiran Taman Botani Pulau Pinang. Kebetulan pada hari tersebut ada Pesta Orkid di Taman Botani, laluan trafik agak perlahan kerana bilangan kereta yang banyak dan juga laluan menjadi sempit disebabkan pemandu yang memarkir kereta di bahu jalan. 

Apabila tiba di parkir Taman Botani Pulau Pinang, aku cuba reset kembali Waze tapi masih membawa kami ke lokasi yang salah. Jadi aku bertukar kepada Google Map dan zuppp ! kami dipandu ke lokasi yang tepat, Bukit Bendera Pulau Pinang. Setibanya kami di sana, anggota RELA yang bertugas terus mengarahkan pengunjung untuk meletakkan kenderaan di bangunan parkir bertingkat. Dari satu aras ke satu aras yang lain, full house sehinggalah aku tiba ke aras yang paling atas. Duga aku, memang ramai pelancong, jenuhlah nak tunggu turn naik keretapi nanti.

 Parkir bertingkat Penang Hill (lower station)

Diruang bawah bangunan parkir bertingkat ada lot-lot kedai termasuklah kedai makan. Jadi kami bersarapan dulu buat kali kedua, nasi lemak kat situ sedap juga. Sambil yang lain bersarapan, aku keluar sekejap untuk meninjau harga tiket dan keadaan di sekitar stesen keretapi Bukit Bendera (lower station). Memang orang penuh sesak, baik yang sedang membeli tiket mahupun yang sedang menunggu turn untuk menaiki keretapi. Aku sempat sembang-sembang dengan security yang menjaga laluan masuk ke stesen. Katanya dalam keadaan tersebut, paling kurang setengah jam beratur baru dapat turn untuk naik keretapi. Aku termenung seketika kerana ahli rombongan ada yang terdiri dari warga emas plus kurang sihat, dan juga anak kecil.

Harga tiket keretapi Bukit Bendera

Melihatkan keadaan semasa dan juga kewangan semasa, aku memutuskan untuk membeli tiket Fast Lane, sedikit mahal tetapi tidak perlu beratur panjang dan diberi keutamaan untuk naik keretapi terlebih dahulu berbanding penumpang yang membeli tiket biasa. Kira ok jugalah untuk 2x dewasa, 2x warga emas, 2x kanak-kanak dan 1x bayi. Anak-anak yang berusia bawah 4 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran. Keretapi Bukit Bendera beroperasi dari jam 6.30 pagi sehingga 11 malam dengan kekerapan di antara 15 hingga 30 minit.

Jika memegang tiket Fast Lane, kita tak perlu beratur panjang, sebaliknya ada bilik menunggu khas. Ada kerusi untuk duduk-duduk. Sesuai untuk mereka yang datang dengan orang tua, anak-anak kecil mahupun yang sedang berbadan dua. Tetapi jika anda sihat fizikal, apa salahnya ambil saja tiket biasa dan bersesak-sesak, baru adventure namanya. Apabila keretapi tiba, pemegang tiket Fast Lane akan dibenarkan untuk menaiki keretapi terlebih dahulu. Jadi ada peluang untuk memilih gerabak dan dapatkan tempat duduk terutamanya untuk yang tidak berupaya. Sebab di waktu puncak, setiap gerabak akan penuh sesak dengan para pengunjung.

Mula mendaki

Penuh sesak dowh !

Perjalanan agak singkat dari lower ke upper station. Tak puas kata anak aku. Memang singkat sangat tapi sepanjang perjalanan disajikan dengan pemandangan hutan yang segar malar hijau. Ok kalau dah sampai upper station apa kita boleh buat...? Banyak juga tarikan kat atas sana tetapi tak pula semua aku jenguk. Just jalan-jalan santai cuci mata disebabkan kekangan bersama warga emas yang tak seberapa sihat dan kuat kudratnya. Antara yang boleh dibuat atau dilawat;

1. Owl Museum
2. Camera Museum
3. Little Village
4. Love Lock
5. Elevated Walkaway
6. Astaka dan Dataran Bukit Bendera
7. Viewing Deck
8. Meriam (berusia 250 tahun)
9. Masjid dan Kuil
10. Buggy Car (bersiar-siar di laluan sejauh 4 km pergi balik)

Itu antara info yang aku dapat hasil pembacaan dan rujukan tapi tak semua aku buat. Paling banyak kami buat adalah lepak-lepak sambil menghirup udara segar. Jalan sekejap, lepak. Jalan depan sikit, lepak lagi. Lepak lama masa buat karikatur dan lepak-lepak di Dataran Bukit Bendera. Ada jugalah kami masuk menjenguk Owl Museum dan Camera Museum (dengan sedikit bayaran). Owl atau burung hantu tak banyak mana tapi kalau minat sejarah kamera kira ok jugalah. Banyak koleksi kamera-kamera lama dipamerkan.

Viewing deck, boleh nampak bandar Georgetown dan Jambatan Pulau Pinang

Lintang pukang anak aku lari, takut badut

Meneropong Butterworth dari viewing area, seringgit untuk 2 minit

Strawberry Hill, dulu zaman penjajah ada banyak strawberry di Bukit Bendera

Fotostat wajah ke dalam bentuk karikatur !

Power suara uncle kita ni !

Owl Museum

Camera Museum

Nature walk pada sesiapa yang minat menyusuri denai hutan

Lepas sampai di dataran, warga emas dalam rombongan dah surrender tak larat nak jalan. Lama juga lepak kat atas sana nun, sempat makan banana split bagai. Kemudian beransur turun dan tiba di Upper Station untuk tunggu keretapi. Waiting room untuk pemegang tiket Fast Lane di Upper Station jauh lebih baik dari Lower Station.

Next destination untuk hari tersebut...? Balik tempat penginapan untuk berehat sekejap dan lewat petangnya kami keluar ke Batu Ferringhi cuci mata. Disebabkan sudah lewat petang, kesemua tarikan pelancongan di Batu Ferringhi telah ditutup. Plan nak lepak-lepak pantai pun tak jadi sebab terlalu ramai orang, begitu juga pasar malam. Tak sesuai untuk warga emas dan anak kecil. 

Satu dua destinasi untuk satu hari.... macam tak berbaloi tetapi ok lah. Percutian santai nak rehat-rehat, bukan nak berjalan sakan pun. Next entri berkaitan Taman Botani Pulau Pinang, minggu depan Inshaa Allah akan ditulis.

Sehingga itu, selamat bercuti panjang lagi pada hujung minggu ini.

Entri penginapan kami di Penang, sila klik Bercuti Ke Pulau Pinang Bhgn 01
Jalan-jalan ke Taman Botani Pulau Pinang, sila klik Bercuti Ke Pulau Pinang Bhgn 03

Regards: Ketam Batu.

Wednesday, 5 September 2018

BERCUTI KE PULAU PINANG (OGOS 2018) : 01 - LUXFORT 118 SERVICE SUITES, ISLAND PLAZA


Luxfort 118 Service Suites
118 Island Plaza
Jalan Tanjong Tokong
10470 Pulau Pinang

Phone: +604-890 0381
Email: enquiry@luxfort118.com
Web: Luxfort118

Entri ini aku buat khusus untuk review dan berkongsi pengalaman menginap di Luxfort118 Service Suites, Tanjong Tokong. Aku sekeluarga menginap di sini sewaktu bercuti 3H2M ke Pulau Pinang baru-baru ini.

Asas pemilihan hotel pada kali ini, try and error. Tetapi rujuk juga TripAdvisor jika ada apa-apa komen negative berkaitan Luxfort118, namun semuanya baik-baik belaka. Malahan tersenarai sebagai penerima 2017 Certificate of Excellence oleh TripAdvisor.

Follow sahaja arahan oleh GPS, mudah sahaja kami temui Luxfort118 yang terletak di dalam bangunan komersial Island Plaza. Tetapi nak parking sedikit puzzle, sebab di luar tiada parking khusus untuk pelanggan Luxfort118. Jadi kami terus ke parking awam bersebelahan Island Plaza dan bertemu dengan Mr Balan, penjaga parking. Kami dikenakan caj parking RM5, untuk sehari semalam kata Mr Balan. Agak mesra orangnya, dan dari penampilan kami beliau sudah mengagak yang kami orang luar dan juga pelanggan Luxfort118.

Tanpa disuruh, beliau menunjukkan arah dan membawa kami ke dalam Island Plaza, lalu meninggalkan kami di receptionist desk Island Plaza. Sebelum berlalu, sempat pula dia berpesan supaya call owner dan tunggu owner datang. Kami hanya mengangguk kepala dalam keadaan masih pening lalat kerana kepenatan dalam pemanduan.

Blur seketika, kenapa receptionist desk tiada orang dan macam mana kami nak check-in. Kalau baca review atau blog pun ramai yang menyatakan receptionist desk Luxfort118 agak sukar untuk ditemui. Jadi kami cuba call pihak hotel, sebelum tamat perbualan, dua orang security warga Nepal muncul dan memperkenalkan diri. Lalu bertanya adakah kami customer Luxfort118... ?

Barulah kami sedar, Mr Balan tinggalkan kami di receptionist desk Island Plaza (atau sebenarnya security station Island Plaza), dan untuk check-in kami perlu ke receptionist desk Luxfort118 yang tak jauh dari situ. Tanpa diminta, security tersebut terus menunjukkan arah bagi memudahkan kami check-in. Mudah kata macam ni lah, kita masuk ke Island Plaza melalui pintu yang ada kaunter security Island Plaza (berhampiran dengan lif), kemudian ke kanan lima atau enam langkah, akan nampak receptionist area Luxfort118 di sebelah kiri.

Kami disambut mesra oleh Mr TAQ. Kalau dalam gambar di atas, yang bertopi dan sedang menerangkan sesuatu kepada wife aku. Mesra dan baik orangnya. Check-in mudah sahaja dan cukup cepat. Mr TAQ beri kami 2 security card (nak guna lif perlu swipe card) dan satu card untuk masuk ke basement parking. Rupanya parking untuk pelanggan Luxfort118 terletak di basement. 

Jadi untuk menjimatkan duit parking, jika anda tiba di Island Plaza jangan terus ke public parking. Tetapi park sahaja kereta di mana-mana ruang kosong (pastikan ada pemandu dan tidak mengganggu lalu-lintas), minta ahli keluarga untuk check-in dan dapatkan card untuk basement parking. Kemudian parking kereta di basement, barang-barang tak perlu risau sebab dari basement boleh terus naik ke bilik menggunakan lif. Lagi mudah kami lite travel, memang tak bawa banyak barang.


Selesai check-in, Mr TAQ iringi kami ke bilik untuk menerangkan beberapa perkara. Cara nak guna lif, kat mana letaknya swimming pool dan juga terangkan segala kemudahan di bilik penginapan. Penerangan yang diberi cukup jelas dan berinformasi. Di sini aku nak cerita betapa berpuas-hatinya kami dengan penginapan di Luxfort118.

Bilik penginapan kami adalah Family Suite iaitu apartment satu bilik (2 katil saiz queen) lengkap dengan ruang tamu dan dapur untuk memasak (termasuk peralatan untuk memasak). Sesuai untuk keluarga besar, ruang yang luas boleh menempatkan ramai ahli rombongan dan bila memasak sendiri boleh menjimatkan masa dan juga perbelanjaan. Tambahan pula, washing machine dan dryer turut disediakan, memudahkan kami yang tidak membawa banyak pakaian. 

Kepada yang suka memasak tidak perlu risau, kerana di Island Plaza sendiri ada supermarket Cold Storage, boleh turun untuk dapatkan barangan dapur. Tidak jauh dari Island Plaza, terdapat pasaraya Tesco untuk kita membeli sebarang barang keperluan. Pendek kata kepada siapa yang lebih gemar memasak berbanding makan luar, Luxfort118 sememangnya amat bersesuaian untuk anda jadikan sebagai lokasi penginapan.

Selain daripada itu, di Island Plaza juga ada Guardian dan Japanese Restaurant. Kepada kaki ngopi, boleh lepak-lepak di The Coffee Bean and Tea Leaf sambil menghirup kopi atau teh. Lepas lepak-lepak minum kopi, kalau nak berenang boleh ke tingkat 5. Ini anak-anak aku cukup suka, tidur hotel mesti yang ada kolam.

Paling aku suka, kebersihan bilik, memang tip top ! Lantai langsung tak rasa ada habuk atau pasir halus. Nak baring-baring kat lantai pun tak ada rasa geli, sebab bersih. Tapi jika menginap, housekeeping tidak datang hari-hari, bergantung kepada permintaan pelanggan. Kena call dahulu baru housekeeping akan datang kemaskan apa yang patut. Satu lagi penginapan adalah tanpa breakfast. Untuk mengetahui harga bilik, boleh terus ke laman web Luxfort118. Menurut Mr TAQ, akan ada harga istimewa untuk customer yang datang menginap untuk beberapa kali. Kira itu cara mereka menzahirkan penghargaan untuk para pelanggan setia.



Bonus untuk kami, dapat bilik seaview. Pagi nampak laut dan sunrise. Cuma tak sedapnya, seaview adalah laut yang sedang ditambak. Latarbelakang aku dengan sedikit pendidikan dalam pelestarian alam, keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa bimbang. Tetapi aku rasa pihak berwajib lebih tahu dan lebih arif akan keadaan ini. Pemandangan dari bilik kami juga menampilkan pembangunan hartanah di kawasan sekitar, banyak perumahan mewah yang baru didirikan. Tersepit di antaranya aku kira perumahan rakyat untuk golongan berpendapatan rendah.

Tiap kali bangun pagi dan sebelum tidur, itu yang aku tengok dalu. Pandang laut dan jenguk perumahan rakyat. Tertanya-tanya bagaimana mereka hidup dalam rumah yang aku kira agak kecil juga untuk mereka yang besar ahli keluarga.

Ok, avoid overthinking !

TQ Mr TAQ di atas hospitality anda, dan TQ Luxfort118 di atas kemudahan yang tip-top ! Kami pasti akan kembali jika berpeluang.

Lokasi: 9/10 (berhampiran dengan banyak lokasi menarik) 
Kebersihan: 8/10 (tip-top, cuma housekeeping atas permintaan) 
Servis: 9/10 (Mr TAQ memang superb!)
Nilai: 8/10 (kadar bilik yang berpatutan)

Jalan-jalan ke Bukit Bendera, sila klik Bercuti Ke Pulau Pinang Bhgn 02
Jalan-jalan ke Taman Botani, sila klik Bercuti Ke Pulau Pinang Bhgn 03 

Regards: Ketam Batu.

Tuesday, 4 September 2018

MEE UDANG KAK ZAI SUNGKAI, PERAK


Kebetulan minggu lepas aku dan juniors ke Sungkai untuk sertai kejohanan sempena minggu kemerdekaan. Kami di sana dari awal pagi hingga lewat tengah hari. Adat bertanding, makan berat memang dielakkan demi menjaga stamina dan prestasi. Sesudah kejohanan selesai baru perut membuat signal menandakan sedang kelaparan.

Port terdekat yang terlintas di kepala untuk mengisi perut adalah warung Mee Udang Kak Zai. Kira special treat untuk juniors selepas berhempas pulas memerah keringat di dalam gelanggang. Lokasi warung ini betul-betul di tepi jalan lama yang menghubungkan KL-Ipoh. Kalau guna Waze boleh set Masjid Jamek Kariah Sungkai, sebab masjid dan warung mee udang adalah bersebelahan. Kalau guna highway Plus, exit tol Sungkai dan ke kanan menuju jalan kampung. Pandu hingga jumpa simpang empat traffic light, ngam-ngam sebelah simpang akan jelas nampak warung Mee Udang Kak Zai.

Warung Mee Udang Kak Zai bagi aku cukup instafamous, sebab senantiasa penuh dengan pelanggan. Aku merupakan pengguna regular jalan kampung jika ke Ipoh, dan kerap singgah solat di Masjid Jamek Kariah Sungkai. Tetapi tidak pernah berpeluang untuk menikmati mee udang Kak Zai. Niat di hati memang mahu mencuba tetapi melihatkan jumlah pelanggan yang ramai, aku jadi malas. Malas untuk menunggu !

Berbeza pula pada kali ini, pelanggan tidak ramai, jadi tanpa ragu-ragu aku dan juniors melangkah masuk. Mata terus tertancap pada kain rentang yang memaparkan menu serta dengan harga sekali. Menu utama adalah cendol dan pelbagai jenis mee dengan harga yang pada aku cukup berpatutan. Atas dasar ingin mencuba, kami order cendol jagung, cendol special, mee bandung dan juga mee kari udang. Servis cukup pantas, dan pesanan kami cepat sahaja tiba.

Mula-mula yang terhidang di depan kami adalah cendol jagung dan cendol special. Kaya dengan ramu-ramuan, kami hirup buat penghilang dahaga. Rasanya ok, cuma mungkin sebab kami dah terbiasa dengan cendol santan sawit Hj Pozi Tanjong Malim, rasa cendol Kak Zai kurang menyerlah. Lagipun ketulan ais agak kasar dan besar, selera aku lebih kepada cendol dengan ais yang dikisar halus.

Kemudian giliran mee bandung dan mee kari udang pula yang terhidang di hadapan kami. I tell you, baunya saja sudah merangsang kalenjar liur, tangkap leleh you ! Kuah mee kari aku hirup dengan rakus, cukup pekat dan likat. In fact, dihujung hidangan, sampai licin aku hirup kuah mee kari, memang lazat. Mee bandung pun sama, licin licau kuahnya kena hirup slurps ! Udang pun besar-besar dan agak fresh juga. 

Next time aku dah set nak datang lagi. Nak repeat mee kari dan mencuba pula menu-menu yang lain seperti laksa ikan seekor, nasi goreng udang dan opkoz mee udang Kak Zai.

Regards: Ketam Batu. 

Monday, 27 August 2018

Monday, 20 August 2018

JADUAL PENYELENGGARAAN BERKALA TOYOTA FORTUNER SRZ 2.7

Toyota Fortuner

BASIC MAXCHECK

Bacaan Odometer: 1000, 5000, 15000, 25000, 35000, 45000, 55000, 65000, 75000, 85000, 95000 dan seterusnya setiap 10000 km.

Servis yang perlu: Engine oil dan drain plug gasket.

Anggaran kos servis: RM200++


MAXCHECK ADVANCE

Bacaan odometer: 10000, 20000, 30000, 50000, 60000, 70000, 90000, 100000, 110000 dan seterusnya setiap 10000 km.

Servis yang perlu: Engine oil, engine oil filter, drain plug gasket dan spark plug (jika perlu sahaja).

Anggaran kos servis: RM500++


MAXCHECK ADVANCE PLUS

Bacaan odometer: 40000, 80000 dan seterusnya setiap 40000 km.

Servis yang perlu: Engine oil, transmission fluid, power steering fluid, brake fluid, coolant, engine oil filter, drain plug gasket, air filter dan spark plug.

Anggaran kos servis: RM1000 ke atas.

Entri ini bersumberkan Maxcheck Periodic Maintenance Service by Toyota Service Centre. Mungkin ada khilaf dimana-mana, jadi sila rujuk service advisor masing-masing sebelum membuat keputusan.

- Ketam Batu - 

Thursday, 16 August 2018

SHELL ADVANTAGE REWARDS (SHARE)


Aku sendiri sebenarnya tak pernah tahu, dan tak pernah cakna pun dengan kempen Shell Advantage Rewards atau kependekkannya 'SHARE'. Bukan kempen yang baru, malahan sudah lama. Mungkin sebab aku bukan pengguna setia Shell. Untuk petrol aku lebih suka Petronas (advantages untuk pemegang kad Mesra Petronas dan kad kredit CIMB-Petronas), manakala bila service kereta biasanya aku akan guna engine oil Toyota ataupun Castrol.

Jadi tahu bila semalam hantar kereta (Toyota Vios) untuk regular service di salah satu bengkel berhampiran rumah. Bengkel tersebut hanya menggunakan minyak hitam jenama Shell untuk para pelanggan mereka. Daripada situlah owner bengkel terangkan kepada aku berkenaan Shell Advantage Rewards.

Antara benefits Shell Advantage Rewards adalah 3+1 untuk Shell Helix Ultra 5W-40. Maksudnya guna 3 kali Shell Helix Ultra 5W-40, customer akan dapat botol ke-4 secara percuma. Manakala untuk lain-lain produk seperti Shell Helix High Mileage, adalah 4+1, guna 4 botol maka botol ke-5 adalah percuma.

Hampir sama dengan Castrol Auto Service Loyalty Program yang aku join sebelum ini. Guna 4 botol Castrol Magnetic, percuma botol ke-5. Guna 3 botol Castrol Edge, percuma botol ke-4.

Lebihnya Shell siap bagi voucher petrol RM10 untuk setiap pembelian produk terpilih Shell Helix. Aku semalam pun dapat, nanti akan ke petrol station Shell untuk redeem. Selain daripada itu, dapatlah juga tuala mandi saiz dewasa sehelai. Ok la kan daripada tak dapat apa.

Maklumat lanjut boleh layari laman web Shell Advantage Rewards



- Ketam Batu -

Tuesday, 14 August 2018

TEBUS MATA GANJARAN KAD MESRA PETRONAS


Setiap kali mengisi minyak di Petronas, aku tak pernah lupa swipe kad Mesra. Jika tidak, rasa tak lengkap pula. Pernah ada sekali lupa bawa, sanggup aku balik semula ke rumah untuk ambil kad Mesra (dengan syarat minyak dalam tangki masih cukuplah).

Kelebihan kad Mesra sekarang, mata ganjaran akan digandakan sebanyak 3x untuk setiap liter minyak petrol atau diesel. Setiap 100 mata ganjaran pula bernilai RM1 yang boleh ditebus di lebih 1000 stesen Petronas seluruh negara.

Aku pula memang tak pernah tebus mata ganjaran sehinggalah mata ganjaran kad Mesra milik aku mencecah 11k lebih. Maknanya ada tunai RM100 lebih yang boleh ditebus. Perlu diingat, sebahagian mata ganjaran akan luput setiap 3 tahun (atau setiap 6 bulan jika tiada transaksi aktif selama 6 bulan berturut-turut). Jadi kira ada banyak jugalah mata ganjaran kad Mesra aku yang telah lebur sebelum ini. 

Nak tebus mudah saja, tunjuk je kad Mesra pada cashier stesen Petronas dan cakap nak tebus mata ganjaran. Nanti dia akan check jumlah mata ganjaran yang ada. Aku masa ke Bidor hujung minggu lepas tebus mata ganjaran untuk beli minuman dan jajan anak-anak. Since masih ada lebihan, guna untuk isi minyak juga, pun masih ada lagi lebihan sekitar RM40++

Selamat duit dalam poket, lebih-lebih lagi tengah bulan dompet penuh dengan duit kecil !

Jadi kepada yang memiliki kad Mesra Petronas tapi tak pernah tebus mata ganjaran, cepat-cepatlah berbuat demikian. Rugi kalau mata ganjaran luput begitu sahaja. Nilainya mungkin kecil, tapi duit tetap duit !

Sekian.

Monday, 13 August 2018

TOYOTA FORTUNER 2.7 SRZ : KOS PENYELENGGARAAN BERKALA (TOYOTA SERVICE CENTRE)


Aku mula menggunakan Toyota Fortuner 2.7 SRZ mulai Mac 2018, maknanya sudah 6 bulan dengan jarak pemanduan menghampiri 15,000 km. 

Sepanjang tempoh itu, Fortuner tersebut telah tiga kali diselenggara di Toyota Service Centre (1000, 5000 dan 10,000 km). Entri ini aku buat khusus untuk merekod kos penyelenggaraan Fortuner (simpanan sendiri dan juga rujukan untuk pengguna Fortuner yang lain jika perlu).

Compulsary 1st Service (1000 km)
Penyelenggaraan pertama dibuat setelah jarak pemanduan mencapai 1000 km. Antara kerja-kerja yang dibuat hanyalah penukaran minyak hitam (6L) dan pemeriksaan rutin dengan kos sekitar RM150++

Compulsary 2nd Service (5000 km)
Penyelenggaraan kali kedua ini pun hampir sama dengan penyelenggaraan kali pertama.

Maxcheck Advance (10,000 km)
Penyelenggaraan kali ke-3 ini aku dah agak mesti akan naik kos sebab tiada lagi free labour charges. Maxcheck Advance ini khusus untuk kenderaan yang telah mencapai jarak pemanduan setiap 10000 km. Antara kerja-kerja yang dibuat adalah penukaran minyak hitam (6L), engine oil filter, drain plug gasket dan spark plug (jika ada keperluan untuk menukar spark plug, jika masih baik tak perlu tukar). 

1. Toyota Genuine Engine Oil (4L) : RM104.29

2. Toyota Genuine Engine Oil (2 x 1L) : 2 x RM28.69 = RM57.38

Nota: Semi synthetic. Setiap kali penukaran perlu sekitar 5L lebih. Jadi botol kecil kedua ada lebihan, boleh simpan untuk next service.

3. Drain plug gasket : RM1.81

4. Engine oil filter : RM32.40

5. Window washer : RM2.38

6. Petrol injector cleaner : RM96.34

7. Wheel balancing : RM43.23

8. Wheel alignment : RM30.88

Nota: Item 5-8 adalah optional. Kita boleh tolak, tiada masalah dan tidak mengganggu warranty.

9. Maxcheck Advance labour charges : RM123.50

TOTAL : RM492.21

Kemudian dapat complimentary carwash dan free gift (water tumbler).

Penyelenggaraan berikutnya apabila Fortuner telah mencapai jarak pemanduan 15,000 km. Jika diikutkan manual penyelenggaraan Toyota, Maxcheck Basic dengan kos dianggarkan sekitar RM205.25 (engine oil + drain plug gasket + labour charges). Kos mungkin bertambah jika main angguk sahaja dengan cadangan service advisor (injector cleaner (RM96.34) + cleverin (RM55.45) + etc). Cleverin bila aku Google-ed, merupakan produk mencegah bau dan pembasmi kuman serta kulat. Perlu sangat ke.... tepuk dahi tanya poket !

Sekian buat masa ini, akan update untuk penyelenggaraan yang berikutnya.


UPDATE 1/10/2018

Maxcheck Basic (15,000 km)

Fortuner kami sudah mencapai jarak perjalanan sejauh 15,000 km. Jadi pada hari Sabtu yang lepas telah dihantar sekali lagi ke service centre bertauliah untuk penyelenggaraan berkala. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat adalah penukaran;

1. Toyota Genuine Engine Oil (semi-synthetic)
          *1 x 4L : RM104.27
          *2 x 1L : 2 x RM 29.17 = RM58.34

2. Window washer : RM2.38

3. Gasket : RM1.90

4. Petrol injector cleaner : RM96.34

5. Wheel alignment : RM32.73
         *Wheel alignment setiap 5000 km
         *Wheel balancing setiap 10,000 km

6. Maxcheck Basic labour charges : RM39.00
    *Engine Inspection:
          *Inspect drive belt
          *Inspect cooling system, hoses and connections
          *Inspect exhaust, pipes and mountings
          *Inspect engine compartment area for fluid leakage
          *Inspect engine coolant level
          *Clean air cleaner element
    *Brakes and clutches Inspection:
          *Inspect brake pedal
          *Inspect parking brake
    *Chassis Inspection:
          *Inspect steering wheel
          *Inspect tyre condition and inflation pressure
          *Inspect front and rear suspension leakage
          *Inspect undercarriage for fluid leakage
    *Electrical Inspection:
          *Inspect horn, wiper and washer
          *Inspect all lights
          *Inspect seat belt operations
          *Inspect battery terminals and electrolyte

TOTAL : RM335.25

Akan datang, Maxcheck Advance apabila kenderaan telah mencapai jarak perjalanan sejauh 20,000 km. Kos selenggaraan dianggarkan sekitar RM570.30 !

Regards


UPDATE 26/03/2019

Maxcheck Advance (20,000 km)

Kali ini lambat sikit kami update. Fortuner kami mencapai perbatuan 20,000 km pada awal bulan 12, 2018. Sebagai penutup tahun 2018, kami ke Toyota Service Centre pada 8/12/2018 untuk kerja-kerja penukaran berikut;

1. Toyota Genuine Engine Oil (semi-synthetic)
          *1 x 4L : RM102.32
          *2 x 1L : 2 x RM29.17 = RM58.34

2. Oil filter : RM33.82

3. Gasket : RM1.90

4. Window washer : RM2.38

5. Petrol injector cleaner : RM48.17

6. Petrol engine flush additive : RM40.11 + RM13.09 (labour charge)

7. 4 wheels balancing : RM45.82

8. 2 wheels alignment : RM32.73

9. Maxcheck Advance labour charges : RM130.91

TOTAL : RM509.60

Sepatutnya Fortuner kami perlu diselenggara semasa mencapai perbatuan 25,000 km (Maxcheck Basic) dengan anggaran kos RM291.35. Tetapi sehingga kini kami masih belum ke Service Centre, perancangannya dah dekat2 30,000 km baru nak hantar service.

Regards


Update 05/08/2019

Maxcheck Basic (25,000 km)

Penyelenggaraan berkala pada perbatuan 25,000 km (Maxcheck Basic) kami lakukan apabila perbatuan mencapai 27,368 km (30/03/2019). Sedikit tersasar tapi masih dalam syarat2 untuk warranty kenderaan (5 tahun tanpa had perbatuan).

1. Toyota Genuine Engine Oil (semi-synthetic)
          *1 x 4L : RM109.35
          *2 x 1L : 2 x RM29.17 = RM58.34

2. Oil filter : N/A : RM0

3. Gasket : RM1.90

4. Window washer : RM2.38

5. Petrol injector cleaner : RM48.17

6. 2 wheels alignment : RM32.73

7. Maxcheck Basic labour charges : RM39.27

TOTAL : RM292.15


Maxcheck Advanve (30,000 km)

Disebabkan penyelenggaraan Maxcheck Basic terdahulu kami lakukan agak lewat iaitu pada perbatuan 27,368 km (sepatutnya 25,000 km), Fortuner kami hanya diselenggara untuk Maxcheck Advance pada perbatuan 34,014 km (sepatutnya semasa mencapai perbatuan 30,000 km).

1. Toyota Genuine Engine Oil (semi-synthetic)
          *1 x 4L : RM102.32
          *2 x 1L : 2 x RM29.17 = RM58.34

2. Oil filter : RM33.82

3. Gasket : RM1.90

4. Window washer : RM2.38

5. Petrol injector cleaner : RM51.30

6. Petrol engine flush additive : Additive, RM42.96 + Labour, RM13.09 = RM56.05

7. 4 wheels balancing : RM45.82

8. 2 wheels alignment : RM32.73

9. Maxcheck Advance labour charges : RM130.91

Apabila mencapai perbatuan 30,000 km, mengikut manual perlu buat penyelenggaraan sistem penghawa dingin. Boleh tolak jika mahu, tak meyebabkan hilang warranty kenderaan. Air-cond pun masih sejuk dan ok, tapi aku service juga ! Berikut apa yang dibuat atau ditukar.

10. Ventilator : Ventilator, RM51.97 + Labour, RM6.55 = RM 58.52

11. GASR134A/NO8 : RM61.75

12. Evaporator detergent : RM42.75

13. Basic aircond service : RM98.19

TOTAL : RM776.80

Regards