Showing posts with label HVM Bikers. Show all posts
Showing posts with label HVM Bikers. Show all posts

Thursday, 18 September 2014

Cover Cowling (Sampan/Bajak/Under Cowl) & Hand Guard Untuk Yamaha FZ150i

As-Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Kalau hang pa stress apa yang hang pa suka buat?

Kaum ibu shopping la kut nak bagi hilang stress, tapi kaum bapak pulak apa kaedah yang paling sesuai? Ada petua jum kita pakat2 kongsi nohhhhhh!!!!!

Pesanan buat hang pa, juga pesanan buat diri sendiri;

Kalau buleh, jangan stress sesangat noh. Ada rasa berdengung kepala terus tarik napas panjang2. Kalau dilayan sangat buleh dapat darah tinggi, nak malang lagi stroke mai melawat, kes naya nohhhhh!!!!

Minggu ni dan minggu lepas saja sudah 3 orang yang ambo kenal sangat down sebab stroke. 

Hat pertama senior satu tempat kerja, kena kat rumah. Tengah serunuk2 tengok tibi sekali koleps. Tengah2 malam buta kena tepon ambulans bawak pigi IJN. La ni masih kena tahan dalam ward.

Kes kedua, ini ambo punya big boss. Lepaih saja abes meeting tetiba dia lari masuk opis, sebab rasa loya nak muntah. Badan rasa seram sejuk katanya, duk lama kemudian terus duduk terdiam ataih kerusi mata dah naek ke atas. Tepon ambulans bawak pi PPUM, pun doktor kata serangan stroke.

Terbaru petang semalam, kali ni boss nombor 2 pulak kena. Tengah duk hadap laptop tetiba muka tersembam ke keyboard. Kecoh nohhhh satu opis, tetiba kena serangan jantung. Umuq baru masuk 4series nohhhhh. La ni masih kena tahan kat Hospital Klang.

Ketaq kepala lutut ambo dengaq, maklumlah diri sendiri pun dah di penghujung 3series nak masuk 4series.

Mulai la ni kena lebih hati2. Rasa nak2 stress saja terus tutup laptop. Lupakan keje sekejap dan buat benda laen yang buleh buat hati gumbira. 

Machiam tadi, kepala dah jem habeh nak siapkan kertas keje. Rasa nyut2 terkemut-kemut salur darah belah kiri. Teghuih ambo tutup laptop, start enjin muto dan bawak pi bengkel. Dah sampai masa muto kena serbis la nohhhhh!!!!!

Serbis muto pun buleh kasi hepi dan elakkan stress ke nohhhhh?

Buleh..... buleh nohhhh!!!!

Maknanya kita buat apa yang kita suka atau minat. Kalau minat muto, apa2 pasai muto memang buleh buat kita hepi. 

Kalau minat benda laen buatlah hat lain, jangan pi serbis muto plak. Karang makin stress tengok pomen buat keje chacha merba.

Muto tadi ambo serbis di HVM Bikers Shah Alam. Buleh juga usha2 barang sikit, nak modi muto FZ ambo ke mode touring.

Pomen tengah buang darah kotoq FZ, kemudian kasi masuk darah baru yang lagi fresh, Motul 5100. Harga Motul 5100 RM49 campur oil filter RM8.

Antara barang yang ambo nak usha sebenarnya sampan/bajak atau under cowl dan juga hand guard/protector.

Apa fungsi sampan/bajak/under cowl?

Fungsinya untuk lindungi bawah enjin dari tergaret, tercalar, terlanggar atau omputeh kata prevent any physical contact with hard materials hehehehe. Selain itu forumer Indonesia kata untuk meningkatkan aerodinamik serta menambah aliran angin bagi tujuan penyejukkan enjin.

Hand guard atau hand protector pula untuk melindungi jemari ambo yang mulus ini sewaktu menungggang. Maklumlah kat highway kan banyak lori hantu dan lori tak berapa nak hantu. 

Kekadang kalau lori pasir dan lori batu melintas, naek pedih tangan dan muka kalau tetiba pasirun dan batuan tersebut berterbangan.

Memang pasir dan batu tak besaq mana, tapi kalau terbang dengan kelajuan lebih 100 km/j, kena jari kelingking mo rasa nak patah nohhhh!!!!


Nampak, dah pasang under cowl. Jenama MSC, ari tu nak pasang under cowl transformers tapi tak jadi.

Harga undercowl RM55, semua pasang siap. Lain2 kedai ada yang lagi murah kut. Jenama MSC, entah short form untuk hape.

Kemudian pasang hand guard/protector. Ini tricky sebab tak jumpa hand guard khusus untuk FZ150i. Terpaksa guna hat scrambler punya.


Pomen tengah kelebek, ukur sana ukur sini nak chari jalan supaya hand guard scrambler buleh masuk pada FZ.


Naek risau ambo, habeh dikelebeknya. Kilas sana kilas sini baru buleh masuk. Tapi calar balar le sikit meter FZ kena bracket hand guard/protector.


Belah kanan tadi punya la bertungkuih lumuih, sampai berpeluh nak pasang. Belah kiri pasang sambil kunyah kacang hijau sebab dah tahu teknik yang betui.

Harga hand guard/protector RM190, pasang siap. Jenama Racing Boy. Next time ada rezeki kasi pasang windshield yang tinggi sikit, nanti2 lah kalau ada duet lebih.

Last, minta pomen kasi check coolant;

Masih ok kata pomen, tak perlu tambah. Selamat duet ambo!!!

Ini kira sesi terapi buat diri ambo la nohhhh!!!!

Kasi chantek muto, bukan apa, kita duk lenjan ari2 buat pi kerja. Kenalah jaga betui2.

Lepas serbis muto pi makan tengah hari jap. Balik opis solat dan ni duk tercongok depan laptop balik.

Otak dah segar moh kita sambung buat kerja.

Kita Rider Tiada Beza, Rock n Ride Nohhhhh!!!

Wednesday, 2 July 2014

HVM Bikers Seksyen 7 Shah Alam

Bikers sekitar Kelantan dan Jerteh memang dah familiar sakan dengan HVM Bikers. Dulu kalau balik kampung den memang selalu jenguk2 HVM tapi masa tu masih belum ada motor, jadi cuma ushar2 line saja.

Kini setelah kembali on the bike, HVM pula dah buka cawangan di Seksyen 7 Shah Alam, mudahlah dan mungkin makin keraplah den ke HVM untuk menambah aksesori mana yang patut.

Tadi pun sempat singgah di HVM Seksyen 7 Shah Alam, sebab desperated nak cari glove baru dan riding boot. Nak turun Pertama Complex @ KL bulan2 puasa ni memang idok le teman, tak daya nak layan arus trafik. Lagipun ari ni turun dari rumah naik kereta. Bila tiba bulan puasa jalan makin sesak pula, agaknya ramai yang rehatkan motor sepanjang Ramadhan.

Cari-cari punya cari, dapatlah sepasang riding boot, Hex Probiker Speed. Last kopek punya saiz, tak dapat tawar menawar pun sebab katanya dah bagi harga paling murah, RM240. Murah ka geng? Malas nak banding2 dengan harga di Pertama Complex sebab kalau murah mana pun di Pertama Complex, lepas campur duit minyak tol penat segala, baik beli di Shah Alam saja.

Kemudian sambar juga MSC Icon Glove, RM100 sepasang. Kat rumah memang dah ada sepasang tapi bila hari2 pakai, belum sempat peluh kering dah kena sarung balik. Bila ada dua tiga glove, harapnya tak adalah masam sangat tangan nanti bila dah sampai opis.

Belanja gambar sikit.....


Ada yang nak jadi model percuma la pulop!!!

MSC Icon Glove - RM100.

Probiker Speed - RM240.

Ini alamat HVM Bikers Shah Alam kepada yang berminat;

Ground Floor No. YG-2
Jalan Plumbum Y7/Y
Pusat Komersial Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: +603-5512 3530
Fax: +603-5512 3580

Memang ada banyak aksesori dan barangan motor - tunggu pilih yang mana berkenan di hati dan pada poket saja. Ingat kalau ada bajet lepas raya mahu borong barang sikit di HVM, mahu kasi motor chantek bah!!!!

Kita Rider Tiada Beza - Utamakan Keselamatan 

Pin-pin..... Roger & Out.