Bikers sekitar Kelantan dan Jerteh memang dah familiar sakan dengan HVM Bikers. Dulu kalau balik kampung den memang selalu jenguk2 HVM tapi masa tu masih belum ada motor, jadi cuma ushar2 line saja.
Kini setelah kembali on the bike, HVM pula dah buka cawangan di Seksyen 7 Shah Alam, mudahlah dan mungkin makin keraplah den ke HVM untuk menambah aksesori mana yang patut.
Tadi pun sempat singgah di HVM Seksyen 7 Shah Alam, sebab desperated nak cari glove baru dan riding boot. Nak turun Pertama Complex @ KL bulan2 puasa ni memang idok le teman, tak daya nak layan arus trafik. Lagipun ari ni turun dari rumah naik kereta. Bila tiba bulan puasa jalan makin sesak pula, agaknya ramai yang rehatkan motor sepanjang Ramadhan.
Cari-cari punya cari, dapatlah sepasang riding boot, Hex Probiker Speed. Last kopek punya saiz, tak dapat tawar menawar pun sebab katanya dah bagi harga paling murah, RM240. Murah ka geng? Malas nak banding2 dengan harga di Pertama Complex sebab kalau murah mana pun di Pertama Complex, lepas campur duit minyak tol penat segala, baik beli di Shah Alam saja.
Kemudian sambar juga MSC Icon Glove, RM100 sepasang. Kat rumah memang dah ada sepasang tapi bila hari2 pakai, belum sempat peluh kering dah kena sarung balik. Bila ada dua tiga glove, harapnya tak adalah masam sangat tangan nanti bila dah sampai opis.
Ground Floor No. YG-2
Jalan Plumbum Y7/Y
Pusat Komersial Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: +603-5512 3530
Fax: +603-5512 3580
Memang ada banyak aksesori dan barangan motor - tunggu pilih yang mana berkenan di hati dan pada poket saja. Ingat kalau ada bajet lepas raya mahu borong barang sikit di HVM, mahu kasi motor chantek bah!!!!
Kita Rider Tiada Beza - Utamakan Keselamatan
Pin-pin..... Roger & Out.
No comments:
Post a Comment