Nafsu versus isi poket memang tak pernah sealiran. Memang selalu ada kontradiksi - kalau salah pertimbangan, memang bertuankan nafsu tapi bila bertunjangkan akal yang waras, mata mula menjeling ke arah dompet, nipis atau tebalkah ia?
Tu dia intro, dah machiam tazkirah pagi Jumaat!!!! Hehehehe....
Sebenaqnya, ambo la ni tengah berkira-kira nak sambaq motoq sebijik buat ulang-alik kerja. Tak tahan noooooo dok ulang alik ari-ari sejauh 180 km pergi balik guna kereta, kos minyak dah RM500 lebih sebulan + tol sekitar RM444, tu belum kira lagi kos maintenance kereta minimum RM300 kalau masuk authorised service centre. Kalau tak kerana kereta masih dalam warranty, memang masuk bengkel Ah Keong sajalah sekadar untuk tukar minyak hitam..... hehehee.
Back to issue motor, kononnya boleh cut cost minyak dan juga tol. Ada a few candidates dari sebesaq-besaq Versys 650, sederhana sikit kepada Ninja 250 dan sekecik-kecik pilihan FZ150i.
Ari tu ada singgah Welly's Sungai Buloh, ada sebijik Versys 650 seken hend plate WUW **66 harga RM29888, total lepas ding dong ding dong (insurans etc) jadik RM31769. Down payment RM5069, bulan-bulan bayaq RM563 selama 60 bulan. Guna loan BSNC interest 5.3 percent.
Rasa hati memang nak sambaq tapi bila terpikiaq balik, bulanan tu memanglah mampu tapi maintenance machiam mana pula. Kena pula la ni kewangan memang sesak sikit sebab on the way nak masuk rumah baru. Tahun depan kalau ada rezeki siap lagi satu bijik rumah sebagai pelaburan masa depan. Banyak nak kena guna duit tu der..... La ni pun dok pening congak duit nak bayaq yuran guaman dan kos renovation - renovate bukan apa pun cuma tambah plaster siling + grill + kasi besaq dapuq sikit. Koman-koman RM50k kena standby.
Dalam duk terkebil-kebil sebab takut sangkut bayaran bulanan Versys 650, semalam singgah sekejap kat satu kedai motor di TGM. Kali ni try ushar2 FZ150i pulak. Jauh giler tu der, dari 650cc downgrade terus ke 150cc. Tak apalah, bukan rezeki, lagi pun dah 14 tahun tak pulas minyak motor der, kita belajaq balik dari motoq kecik dulu.
Tanya-tanya pasal costing semua, harga hutang AEON RM9500. Down payment RM2k, bulan-bulan RM381 x 2 thn, RM275 x 3 thn @ RM222 x 4 thn.
Ini baru logik sikit dengan bajet owner baru masuk rumah. Dengaq kata minyak pun jimat Fazer 150i ni, maintenance pun opkos tak semahal Versys 650, maklumlah 150cc je pun. Cukuplah sekadar nak buat ulang alik kerja dan nak jimatkan duit tol + petrol.
![]() |
| Belum ada rezeki - sumber Online. |
![]() |
| Nampak gaya ini dululah - sumber Online. |
Sebelum keluaq motor, owner kenalah buat lesen dulu..... hehehee. Belum ada lesen der, dulu masa belajaq dok usung gelpren (la ni dah jadi binik nomboq satuq) ke hulu ke hiliq naik motor tadak lesen...... hehehehe. Ingat weken depan nak gi wat lesen L dulu, lepas tu terus buat B Full, mana tahu kot-kot ada rezeki untuk upgrade.
Roger & out.







