Friday, 6 March 2015

JoM BeRCuTi Ke TaiPiNG 2015 : 01. ReVieW HoTeL TaiPiNG PeRDaNa | 28 Feb - 1 Mac 2015



Jom kita ke Taiping!!!

Ini kali ke-3 ambe dan keluarga berpeluang untuk santai ria ke Taiping. Trip kali ini kami berpeluang untuk menginap di Hotel Taiping Perdana, bilik superior dengan kadar RM150++ termasuk sarapan untuk dua orang.

Kita mulakan review dengan liku-liku untuk sampai ke Hotel Taiping Perdana dari Lebuhraya Plus. Anda boleh exit sama ada dari Changkat Jering ataupun Taiping Utara.

In my case, ambe tak guna GPS tapi on GPOS (GuNa PaLeR oTaK SeNDiRi). Akibatnya tersasar dari Changkat Jering, terpaksa masuk ke Taiping melalui susur Taiping Utara.

Lepas plaza tol baru off GPOS dan on GPS PapaGo serta Waze!!! 

Dan masalah pun bermula, bukan masalah besar mana pun sebenarnya. Data PapaGo sebab sudah 2 tahun lebih tidak update, lokasi tepat Hotel Taiping Perdana langsung tiada dalam carta navigasi.

Manakala plot Waze pula jelas membawa kami ke segenap ceruk perumahan dan kawasan industri. Jalan pintas dan kurang sibuk, tapi agak kurang selesa sebab perlu melalui banyak kawasan perumahan dan perkampungan.

Nak on GPOS, takut nanti ke mana-mana lagi terbabas!!!

Rupanya Hotel Taiping Perdana tidak jauh mana pun dari pusat bandar. Malahan kalau drive, tak sampai 5 minit. Tapi Waze punya bidaah, entah mana-mana dibawanya kami sebelum tiba ke destinasi.

Lupakan Waze sekejap, jom kita check in.

Lobi hotel, lengang pada waktu ini. Mat Salleh ini rasanya tengah cari teksi untuk ke Bukit Larut. Ambe tinggalkan sekejap family kat sini untuk parkir kereta. Barang-barang semua bell boy telah usung dalam trolly.

Basement parking. Outdoor parking pun ada tapi tak banyak. Baik parking di basement la der, kereta tak berpanas dan tak berembun. Cuma kalau parking di basement, kena menapak naik ke lobi. Tak jauh mana pun, satu level je tapi kalau barang banyak naya gak. Jadi drop barang dulu pada bell boy, kemudian baru bawa kereta turun ke basement.

Dalam pada ambe menapak dari basement parking, urusan check-in sudah selesai. Family semua sudah naik ke bilik. Jom kita terjah bilik superior di Hotel Taiping Perdana.

Dari luar bilik sudah dengar suara riuh rendah anak-anak. Maklumlah, sudah lama tidak berpeluang untuk bermalam di hotel.

Terbuka saja pintu Mashaa Allah. Abaikan budak yang sedang tayang montot. Bilik tak besar mana pun kan tapi kira ok lah dengan harganya.

Paling penting TV ada chanel Asteruk. Boleh lah setakat nak layan movie yang sering diulang tayang.

Ada beranda tapi view tak berapa nak cun sangat.

Bilik mandi dan tandas. Tiada bath tub kata anak-anak, terus jerit nak turun mandi kolam. Bilik mandi dan tandas, lepas ISO.

Ada yang minat nak angkut bagi dibuat collection?

Foto penuh unsur seni ini nak tunjuk lantai bilik dilapisi karpet. Jadi tak adalah kaki sejuk sangat.

Alamat dan contact number Hotel Taiping Perdana. Nampak kan?

Nampak sempoi laluan ke hotel bila tengok map. Tapi Waze punya kerja entah mana-mana dibawanya kami.

Ok... anak-anak sudah mula merenyam untuk mandi kolam. Jom kita terjah swimming pool Hotel Taiping Perdana.

Swimming pool di Tingkat 2. Buka jam 7 pagi dan tutup jam 7 malam. Sempat lagi ni kata anak-anak!!!

Mandilah puas-puas, sebelah untuk dewasa dan sebelah lagi untuk kanak-kanak.

Indoor swimming pool. Hatta tidak besar mana tapi anak-anak tetap happy.

WIFI memang ada tapi signal agak lemah. Ni signal dalam bilik kami lah. Tak tahu pula kalau kat bilik lain signal dia terang benderang.

Info yang tertampal di dalam lif. Masa ini anak-anak masih belum puas mandi kolam tapi paksa naik sebab lepas ni nak jalan-jalan cari makan.

Esok paginya kami sempat bersarapan di coffee house hotel. Complimentary coupons hanya untuk dua orang, lain-lain kenalah bayar kalau nak bersarapan di hotel.

Harga agak berpatutan, dewasa RM20 dan kanak-kanak sekitar RM10. Mungkin lebih murah jika bersarapan di luar. Tapi sesekali bagi peluang anak-anak merasa makanan hotel.

Suasana di dalam coffee house, agak tenang dan santai. Pilihan makanan agak terhad tapi tidaklah mengecewakan. Bolehlah untuk mengalas perut sambil santai menghirup kopi panas.

Final verdict; pilihan yang tepat untuk dijadikan tempat menginap jika anda berpeluang untuk bercuti ke Taiping bersama keluarga. Hotel yang selesa, dan bersih, kakitangan yang peramah serta pada harga yang cukup berpatutan.

Jika anda berminat untuk menginap di sini, terus contact pihak hotel untuk dapatkan kadar bilik yang terbaik. Mungkin harganya jauh lebih murah berbanding online.

Sekian.

Thursday, 5 March 2015

JoM BeRCuTi Ke PoRT DiCKsON 2015 : ReVieW GLoRY BeaCH ReSoRT, 3 BeDRooMS APaRTMeNT | 24 Feb 2015

As-Salam & Salam Sejahtera,


Lama tak menulis, dan lama juga tak berkongsi kisah-kisah percutian. Alasan paling mudah, tiada masa untuk menulis dan kekeringan modal untuk bercuti ngeeeeee!!!

Tapi bila terlalu lama fokus pada kerja, amatlah perlu untuk kita merehatkan minda. Solusinya, pergilah bercuti hatta tak berapa jauh dari rumah. 

Paling kurang pun, bercuti sambil bekerja. Apa maksudnya?

Maksudnya jika kebetulan kompeni hantar anda untuk bertugas di luar kawasan yang secara kebetulan kawasan peranginan, cuba curi masa untuk berehat dan bercuti. Tapi dengan syarat, selesaikan dulu segala amanah yang kompeni letak di bahu anda. Kemudian barulah layak untuk curi masa untuk bersantai.

Sekali lagi pada tahun ini, kompeni hantar ambe untuk bertugas ke Port Dickson. Tidak seperti tahun-tahun lepas, penginapan untuk staf telah di down grade kan dari Grand Lexis ke Glory Beach Resort.

Nak berjimat kata boss. Tak apalah boss, janji penginapan ditanggung sepenuhnya. Kuli mu ini sedia menurut arahan hehehehe. Tugasan yang boss berikan Alhamdulillah diselesaikan sebaik mungkin dan sepantas yang boleh. Jadi adalah sedikit waktu yang terluang untuk ambe beristirehat bak pelancong.

Inilah dia Glory Beach Resort, Port Dickson. Terima kasih boss hatta penginapan kuli mu ini telah diturun taraf dari Grand Lexis. Janji kulimu ini tidak perlu mengeluarkan hatta satu sen pun untuk kos penginapan hehehehe.

Disebabkan hari bekerja dan baru sahaja Chinese New Year berlangsung, keadaan resort agak lengang. Ruang parkir pun banyak, nak parking depan pintu lobi pun boleh. Tapi katanya kalau tiba musim cuti sekolah hatta hujung minggu biasa pun, resort ini akan dipenuhi pengunjung dari segala pelusuk tempat.


Jom kita check-in, tapi snap pics dulu dalam dua tiga keping. Lobi dihias rapi dengan motip Tahun Baru Cina. Disebabkan tidak ramai orang, urusan check in cukup cepat dan pantas. Cuma daftar nama dan terus diberi kunci.

Apartment yang kami tempah letaknya di Blok C, sama blok dengan lobi resort. Tak perlu jalan jauh, ambil kunci dengan reception terus terjah lif untuk naik ke bilik. Tapi kalau anda tempah bilik di Blok A atau B, kena menapak la sikit dari lobi hotel. Sebelum lupa, rate korporat yang kami dapat adalah RM390 semalaman untuk apartment 3 bilik.


Dah sampai pun depan pintu. Apartment 1 di tingkat 6. Assalamualaikum, siapa di dalam, kami di luar!!! 


Masuk saja, ini yang akan kita nampak. Ruang tamu apartment. Ada meja makan, meja tamu dan TV flat screen. Check lantai, lulus ISO sebab tak ada butiran pasir pantai. Maknanya housekeeping department menjalankan tanggungjawab mereka dengan sewajarnya.


Bilik utama dan bilik kedua, hampir sama saiz. Ada satu katil queen/king. Bilik utama ada toilet sendiri. Bilik kedua dan ketiga kena kongsi toilet.


Bilik ketiga, agak kecil kira-kira 6x7 kaki. Ngam-ngam untuk memuatkan satu katil single dan satu meja kecil. Bilik ini cuma ada kipas tanpa aircond. Bilik lain semua ada aircond.


Ruang dapur, kalau rajin bawalah periuk elektrik untuk memasak. Tapi jangan pula siap usung dapur dan tong gas, sememangnya dilarang keras.


Menghilangkan haus dan rasa mengantuk - ada drinking water and set teh kopi. Hari-hari akan di top-up oleh housekeeping department. 


Tandas guna sama untuk bilik kedua dan ketiga. Tak mahu kongsi tandas sila masuk master bedroom. Ada hot shower dan secara relatifnya bersih. Bath tub memang tak ada, apa perlu bath tub, swimming pool kan ada kat bawah nun.


Dulu suka sangat collect toiletries dan usung bawa balik rumah, susun cantik-cantik kat bilik air. La ni dah malas, guna pun tak kekadang. Guna toiletries sendiri bawa dari rumah.

Atas coffee table adan pamplet ini semua, room service untuk makan-makan. Nak massage pun ada, nak karok pun buleh. 


Jom kita jenguk ke luar beranda, sea view. Boleh nampak water chalet Grand Lexis. Boss, tahun depan kita pindah Grand Lexis ye!!!


Bebudak kalau datang memang suka sangat lah, swimming pool. Sebelah swimming pool ada tapak penetasan telur penyu. Glory Beach Resort memang sinonim dengan pelestarian penyu karah. Siap ada patung penyu kaler hijau di area lobi. Kalau nasib baik, dan kena pada masanya, pengunjung boleh sertai acara melepaskan anak penyu ke laut. Sila hubungi pihak resort untuk mengetahui tarikh yang tepat.


Pemandangan ruang parking dari tingkat 6 Glory Beach Resort. Masih banyak ruang kosong sebab hari bekerja. Jangan harap ianya sebegini pada hujung minggu dan peak season.


Bersarapan di Karah Cafe tidak mengecewakan. Banyak juga pilihan untuk menjamu selera. Mungkin bukan yang terbaik tapi sudah tentu anda akan berpuas hati dengan hasil tangan para chef di Karah Cafe, Glory Beach Resort.

Final verdict, penginapan di Glory Beach Resort tidak mengecewakan. Kebanyakkan apartment walau pun agak berusia, tapi baru dinaik taraf untuk keselesaan pengunjung.

Jika anda berminat, boleh berhubung dengan pihak resort;

Glory Beach Resort
Batu 2 Jalan Seremban
Tanjung Gemok
71000 Port Dickson 
Negeri Sembilan
Tel: +606-6516 888
Fax: +606-6516 737
Website: www.glorybeachresort.com

Thursday, 5 February 2015

JoM MaKaN : ReSToRaN BaRRa SeKSYeN 7 SHaH aLaM | 5/2/15


Area Seksyen 7, Shah Alam - bila mana student UiTM cuti semester barulah boleh nampak kerusi meja dalam kedai makan. Kalau tak, penuh dengan umat. Tapi member kata, kalau makan di Seksyen 7 tak best kalau time student UiTM bercuti, sebab awek UiTM semua balik kampung. Tak boleh cuci mata de!!!

Ok, lepas renew lesen pagi tadi di JPJ Padang Jawa, terus hinggap Barra (Jalan Plumbum V/7V) untuk brunch. Macha, kasi teh tarik sama itu mee goreng biasa satuuuuuuuuuuu!!!!


Ini bukan mee goreng mamak, mee goreng melayu dah ni. Basah dan ada rasa pedas tapi sedappppppp juga. Slurpsssss burpsssss Alhamdulillah.

Barra ni kira dah jadi hibrid - mamak ada, masakan melayu ada, tomyam je tak nampak. Bila baca review di internet, ramai yang rekomen nasi goreng, ayam goreng dan roti nan cheese. Marbeles katanya. 

Tapi ada juga komen negatip terbaca kat internet - waiter ketiak bau semerbak, dan peluh merencik kat dahi. Chetttttt, hilang selera aku nak ripit.

Ariyos!!!!

Monday, 2 February 2015

JoM MaKaN : Cendol Abdul Rahim, Tanjong Malim | 1/2/15


Anak2 sudah ketagih dengan cendol, petang semalam minta makan cendol lagi. Ok, kita ke A. Rahim Cendol pula, kat pekan Tg Malim. Sebelah saja dengan KFC. Tepinya rel keretapi, menikmati cendol sambil bunyi geseran rel keretapi sebagai halwa telinga.

As usual, anak sulung akan minta cendol jagung. Anak bongsu kali ni nak cuba ABC pula. Ambe order ABC special, ada tambahan pulut.


Nampak tu, ABC special. Ada jagung, kacang merah, jelly dan di dasarnya ada pulut. Slurpsssss hilang dahaga, sedap jugalah.

Tambahan lagi, order pula rojak mee sepinggan. Nak cuba kununnya si kecik, tapi habis sepingga dibedalnya. Ambe order lagi sepinggan sebab tadi dapat rasa sikit je. Baru dua tiga mulut, dah si kecik minta makan lagi sampai licin baq ang.


Kome pun dah suka rojak mee ye?

Kuah rojak dia memang sedap, ada rasa2 manis pedas gitu. Tengah tulis ni pun ayor liur dah meleleh. Moh kita makan dulu.

Yoshhhhh!!!

JoM SaNTai : Tasik Embayu Proton City | 1/2/15

Misi mengempiskan perut dan menambah stamina le kunun. Set bersama jejiran tetangga, hujung minggu pakat2 beriadah di Tasik Proton. Maklumlah semua perut pakat memboyot ke depan. 

Alhamdulillah track sepanjang kira-kira 1 km lebih, kami dapat pusing 3-4 kali. Kira ok le tu kut. Banyak terbakar lelemak badan, berpeluh jangan ceritalah.

Tapi yang tak ok, lepas beriadah terus lepak mamak pekena teh tarik. Kemudia ada pula yang rajin siap buat benda ni.....


Hehehehe, tadi buang kalori. Lepas tu tambah kalori balik. Seimbang sungguh kehidupan.

Adiyos!!!

JoM SaNTai : Karaoke Bintang Gemilang, Tanjong Malim | 10/1/15


Karok la kaw, jom kita karok. Sesekali menyumbangkan suara dan menyumbangkan lagu. Berhibur bersama keluarga dan teman rapat. 

Bintang Gemilang ni ada banyak cawangan, tapi kalau di Tanjong Malim letaknya di No. 33-34, Jalan Intan Setia 1, Taman Intan Setia. No tepon: 05-458 2089. Kalau lalu Jalan Slim Baru, kepompem nampak dia punya banner. 

Dibuka setiap hari, Isnin-Jumaat (1 pm hingga 12 am) manakala Sabtu-Ahad (12 pm hingga 12 am).


Itu dia punya boss manyak sinyum sebab duit sudah mari. Mari kau duit katanya. Hehehehe, manyak bagus ini olang, manyak ceria dan manyak customer oriented.

Pestaim masuk kena tanya harga dululah.....


Ini masih harga promosi sebab masih baru lagi dibuka. Kami ambil bilik paling murah, RM25 sejam harga hujung minggu. Nak lama2 pun tak boleh sebab kami pergi hampir lewat petang, karang terbabas Maghrib.

Seleksi lagu kira ok le. Sebab kami bukan follow sangat lagu baru. Membesar zaman rock kapak, melalak pun kepompem lagu rock kapak. Pendek kata semua lagu yang ambe nak ada kat sini.

Bilik pun ok, bersih dan aircond berfungsi baik.

Apalagi.....

Karok la kaw, sampai hilang suara!!!

Adiyos!!!

JoM MaKaN : Shahira Tomyam Tanjung Malim | 2/1/15


Ini antara kedai makan yang kerap ambe kunjungi jika berada di Tg Malim. Tapi sebelah sianglah, untuk makan tengah hari. Hidangan tengah hari di Shahira memang marbeles, pada tekak ambe lah.

Cuma belah malam, untuk hidangan panas, ambe belum cuba sehinggalah pada cuti New Year yang lalu. Merdeka masak sempena New Year, jadi kita makan luar.

Kalau ke kedai tomyam, kami wajib order kangkung goreng belacan, tomyam campur kesukaan anak sulung, ikan kembung masak kicap dan telur dadar. Tambahan satu lagi, meehun goreng.

Kangkung goreng belacan.

Tomyam campur.

Kembung masak kicap.

Telur dadar - hangit kat tepi.

Meehun goreng.

Jemput makan, Bismillah.....

Licin baq ang!!!

Sedap ke tak?

Kalau dah licin tu kepompem sedap le kan. Tapi bukanlah yang paling sedap. Ada tempat lain yang lagi sedap.

Pendek kata hidangan makan malam di Shahira Tomyam tidak lah mengecewakan. Boleh diterima oleh selera tekak ambo.

Harga masih berpatutan, harga biasa kedai makan tomyam di Lembah Klang. Tak mahal dan tak juga murah.

Adiyos!!!