Budak hyper... pernahkah atau sanggupkah anda melayan kanak2 yang hyperaktif?
Sekejap lari sana... sekejap panjat sini... contohnya macam budak cute kat bawah ni....
Siapa punya anak le ni kan.... hehehehe. Ini anak sulung salah seorang teman rapat ambo. Dah bertahun tak jumpa kerana masing2 sibuk dengan urusan seharian.
Tapi Sabtu lepas beliau berkunjung ke rumah ambo kerana kebetulan isterinya bakal bertugas di salah satu agensi kerajaan di daerah tempat ambo bermastautin.
Tapi Sabtu lepas beliau berkunjung ke rumah ambo kerana kebetulan isterinya bakal bertugas di salah satu agensi kerajaan di daerah tempat ambo bermastautin.
Budak ni memang jenis tak reti nak duduk diam.... sedang ambo dok bersembang dengan mak bapaknya.... dia sibuk dok panjat tangga nak naik ke tingkat atas.
Kesian bapaknya (tapi dia panggil ayah.... klasik benor bunyinya.... hehehehe) dah lah semput kena asthma, anaknya pula hyper bukan main. Bila dilarang panjat tangga, dia pergi panjat benda lain pula.... contohnya macam dalam pix kat bawah ni....
Tengok tu.... tak dapat tangga, panjat kerusi pun jadilah.... hehehe. Bila tengok budak ni teringat ambo akan kehyperan MHD pada usia yang sama.
Adiknya tak tahulah macam mana sebab masih berdukung lagi... silap2 sama hyper dengan abangnya. Tapi orang tua kata kalau si sulung dah hyper adiknya sama ada akan slow down atau jadi hyper kuasa dua.....
Inilah sahabat ambo tu..... bila tengok style bapaknya tak adalah hyper mana (hyper tang lain kot.... hehehehe).
Apa pun TQ sahabat kerana sudi berkunjung ke teratak ambo yang tak semenggah mana ni (tak sempat nak kemas rumah). Juga takziah atas berita pemergian ibu sahabat ke Rahmatullah.... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah
Ini masa nak balik dah......
p/s: kesian sahabat ambo, datang rumah kena jamu dengan roti canai sahaja. Kalau tahu nak datang awal2 bolehlah ambo cari hidangan yang lagi special.
No comments:
Post a Comment