Customer-oriented staff.... thumb-up & keep-up a good work girl!!!! |
Maxis.... apa ambo buat di Maxis sedangkan ambo loyal customer Celcom?
Angin kus2 mendatang membuatkan ambo beralih kiblat kepada Maxis untuk mendapatkan data plan bagi gajet terbaru ambo - iPad Generasi Ke-4.
Staff maxis yang membantu ambo memilih plan terbaik - amatlah mesra alam dan customer oriented kata ketua kampung ambo.
Maklumat berkaitan SurfMore50. |
Di introduce ambo kepada SurfMore50 - sebabnya ambo dah bagitaw awal2 ambo hanya berminat untuk surfing internet... dan ini data plan paling murah dari Maxis.
Jadi apa itu SurfMore50 - untuk pelanggan yang lebih banyak surfing internet dan amat kurang membuat panggilan atau sms.
Setiap bulan ambo kena bayar RM50 - dapat 2GB mobile internet allocation. Lain2 seperti mana yang termaktub dalam brochure di atas.
Pendaftaran percuma tanpa kontrak - tapi kena bayar bil untuk dua bulan terawal iaitu RM100. Maknanya bil hanya tiba pada bulan ke-3 penggunaan SurfMore50.
Apa akan jadi kalau tetiba anda dapati kawasan anda tiada coverage Maxis atau anda tidak berpuas hati dengan khidmat maxis - anda boleh tamatkan SurfMore50 pada bila2 masa tanpa kos tambahan.
Cuma jika anda tamatkan dalam masa 2 bulan terawal, pendahuluan yang anda bayar (RM100) dikira hangus.... jadi suka atau tidak pada dua bulan pertama, guna sajalah sebab anda sudah bayar, bulan ke-3 baru pergi terminate.
Back to my case - coverage Maxis 3G di area rumah ambo amatlah menyakitkan hati. Kalau kat pekan atau office ambo hebat bukan main - tapi masalahnya iPad + SurfMore50 ini memang untuk kegunaan di rumah!!!!!
What should I do - ambo redha sajalah buat masa ini, mana tahu coverage di kediaman baru ambo nanti lagi bagus. Nak terminate pun rugi sebab dah bayar RM100.
Kembali ke Celcom - mungkin juga, tapi kena tunggu 2 bulan lagi....
No comments:
Post a Comment