Sunday, 12 May 2013

Mesin air terawat - trend masa kini

Pix ini hanya hiasan dan vendor Smart tiada kena mengena dengan artikel ini.

Tidak kira ceruk mana sekalipun... pekan kecil @ bandar besar hatta blok2 komersial di kawasan perumahan - akan ada mesin vendor air terawat setia menunggu pelanggan.

Famili ambo sendiri pun sememangnya pelanggan setia mesin air terawat ini. Kehadiran produk ini memudahkan hidup ambo - tidak perlu pasang filter air sendiri di rumah, juga tak perlu rebus air perabiskan elektrik atau gas.

Hanya perlu sedikit usaha menapak... atau kalau jauh sedikit kena berkereta untuk mengangkut air dari mesin. Dari segi kos rasanya jauh lebih murah beli air dari mesin vendor berbanding rebus sendiri di rumah.... pada pendapat ambolah.

Dalam pada itu, ada juga ambo tertanya-tanya akan kualiti air terawat ini. Kalau ikutkan kata2 pemilik mesin, memanglah selamat dan bermutu aje kekdahnya... cuma ambo tidak pasti ada atau tidak badan2 yang memantau kualiti air yang dibekalkan oleh pihak mesin vendor ini...

Sekurang-kurangnya ada tak pihak kesihatan misalnya mengutip sampel air dari mesin vendor ini dan mengujinya di makmal?

Satu lagi yang sering ambo fikirkan.... bila agaknya kualiti air minum kita mampu mencapai standard piawai negara2 maju. Buka saja paip terus boleh minum tanpa khuatir akan apa2 jangkitan bawaan air. Kalau pengguna mampu menanggung kos untuk membeli air terawat dari mesin vendor, sudah pasti mereka juga mampu menanggung sedikit kenaikkan dalam bil air bulanan mereka jika kualiti air menepati piawai negara maju....

No comments:

Post a Comment