Malam tadi pergi berwisata di AEON Rawang - untuk menonton Iron Man 3. Menyelinap keluar tanpa pengetahuan MHD dan QM.
My review - pada ambo makin lama makin lawak cerita Iron Man, dah macam nak jadi cerita komedi saja tapi tetap menghiburkan.
Kisah bermula bila Tony Stark (lakonan Robert Dawney Jr) mengimbau kenangannya di Swiss pada tahun 1999 semasa menghadiri satu persidangan saintifik.
Di sana Tony Stark berkenalan dengan seorang ahli botani wanita bernama Dr Maya Hansen lakonan Rebecca Hall. Sebaik persidangan tamat, Tony Stark dan rombongan Cik Kiah bersama-sama menuju bilik hotel Dr Maya Hansen untuk melihat hasil kerja saintifiknya - tapi tujuan utama Tony Stark adalah untuk menyental tubuh montok Dr Maya Hansen - jahiliyah sungguh Tony Stark pada waktu itu.
Sewaktu bersesak-sesak dalam lif, Tony Stark disapa oleh Aldrich Killian (lakonan Guy Pearce) yang mengajaknya untuk bersama-sama memajukan Advanced Idea Mechanics, sebuah pertubuhan penyelidikan saintifik. Namun sifat ego Tony Stark menolak pelawaan Aldrich Killian malah memalukannya - kerek sungguh Stark pada masa ini......
14 tahun kemudian - bila mana Tony Stark telah kembali ke pangkal jalan dan menjadi insan yang budiman - no more kerek2 dan berpacaran dengan Virginia Pepper Potts (lakonan Gwyneth Paltrow).... tiba muncul kembali Dr Maya Hansen dan Aldrich Killian bersama-sama dengan extremis antarabangsa bernama Mandarin.
p/s: Ambo tak puas hati betul..... asal selit cerita extremist mesti dikaitkan dengan negara2 Islam.... Allahuakhbar.
Back to Iron Man 3.... apa kaitan di antara Dr Maya Hansen, Aldrich Killian dan Mandarin?
Rupanya selepas Tony Stark ber one nite stand dengan Dr Maya Hansen, Aldrich Killian berjaya memujuk Dr Maya Hansen untuk menyertai Advanced Idea Mechanics untuk memajukan Extremis - teknologi penyembuhan dari kecederaan secara regenerasi.
Dari situ Aldrich Killian telah menyalahgunakan teknologi Extremis untuk menguasai dunia, dan juga memusnahkan Tony Stark yang pernah memalukannya dulu.
Jadi apa kesudahannnya.... sila saksikan di pawagam terdekat dengan anda ^_^ cerita lebih2 nanti potong kemaluan shetim anda pula.....
No comments:
Post a Comment