Kini segala machiam teori muncul susulan pesawat milik Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh di zon konflik Ukraine. Punca dan musabab masih hangat diperdebatkan. Malahan pihak yang bersengketa pula masing2 saling menudingkan jari. Russia tuding Ukraine, Ukraine pula tuding jari pada pemberontak Ukraine yang pro-Russia. Jadi, milik siapakah sebenarnya peluru berpandu darat ke udara BUK-M1 tersebut?
BUK-M1. |
Menurut seorang jeneral bersara tentera US, bukan mudah untuk mengoperasikan senjata secanggih BUK-M1. Sekadar pemberontak atau tentera pemisah tempatan tidak akan mampu mengoperasikan BUK-M1. Ini kerana ia memerlukan latihan yang berterusan dan berpanjangan. Sudah pastilah senjata tersebut dioperasikan oleh tentera profesional dari Russia atau Ukraine, bukan sekadar pemisah tempatan.
Kemudian ada pula sumber perisikan yang dapat memintas perbualan telefon di antara komander tentera pemisah yang mengesahkan pemberontak tersilap menembak MH17. Namun kesahihan rakaman perbualan tersebut masih belum dipastikan.
Ada teori yang menyatakan, MH17 bukanlah sasaran sebenar tetapi pesawat yang membawa Presiden Russia. Ini kerana livery pesawat keduanya amatlah hampir sama. Tidak pasti pula jika benar pesawat milik Russia tersebut terbang pada masa yang sama dan berada di ruang udara yang sama. Sementelah pula, dua tiga hari sebelum kejadian MH17 ditembak jatuh, 2 buah pesawat tentera Ukraine juga mengalami nasib yang sama.
Pesawat VVIP milik Russia. |
Pesawat Boeing 777 milik MAS. |
Pada ketika punca sebenar masih disiasat, ada pula segelintir pihak yang sewenangnya menyalahkan juruterbang dan MAS kerana masih berdegil untuk menggunakan laluan yang telah diisytiharkan oleh pemberontak sebagai 'restricted zone'.
Namun laluan tersebut sebenarnya telah disahkan selamat oleh pihak berkuasa penerbangan antarabangsa. Juruterbang dan MAS hanya akan menggunakan laluan tersebut setelah carta penerbangan mereka disahkan selamat oleh pihak berkuasa negara-negara yang akan mereka tempuhi sepanjang penerbangan.
Malahan bukan pesawat MH17 sahaja yang menggunakan laluan tersebut. Pesawat milik Singapore Airlines (B777) dan Air India (B787) cuma berada kira-kira 25 km di belakang MH17. Namun telah ditakdirkan MH17 yang tertewas.
Sehingga bukti kukuh diperolehi, diharap tiada masayarakt awam dan pihak2 berkepentingan mengeluarkan kenyataan yang mungkin boleh mengganggu siasatan, dan juga emosi para waris mangsa. Semoga mereka yang terlibat sehingga tercetusnya tragedi malang ini akan dibawa ke muka pengadilan dan mendapat hukuman yang sewajarnya. Sama-samalah kita berdoa.
Al Fatihah buat mangsa yang beragama Islam, tafakur untuk yang bukan beragama Islam.

No comments:
Post a Comment