Tuesday, 22 July 2014

MH4 (Airbus A380) Penerbangan Malaysia Kuala Lumpur Menuju London Terbang Melintasi Ruang Udara Syria

Sumber : Flightradar24 & Forum Cari.


Belum reda isu kehilangan MH370 dan terhempasnya MH17 di Ukraine akibat tertembak oleh misil darat ke udara yang sehingga kini belum ada pihak yang mengaku untuk bertanggungjawab, sekali lagi dunia penerbangan dikejutkan pula dengan twitter oleh Flightradar24 yang melaporkan penerbangan MH4 milik Penerbangan Malaysia menggunakan pesawat Airbus380 terbang melintasi ruang udara Syria yang sedang bergolak.

Flightradar24 mendakwa pesawat Penerbangan Malaysia tersebut satu-satunya penerbangan 'transcontinental' yang melintasi ruang udara Syria yang masih bergolak. Manakala pesawat milik lain-lain syarikat penerbangan memilih untuk terbang jauh ke utara atau selatan bagi mengelak ruang udara Syria dan Iraq. 

Ramai yang mempersoalkan tujuan Flighradar24 mengeluarkan kenyataan twitter tersebut. Adakah sekadar menangguk di air keruh atau benar-benar ikhlas dalam mengawalselia keselamatan penumpang? Tidak kurang juga yang mempersoalkan kewajaran pengurusan Penerbangan Malaysia yang masih membenarkan pesawatnya melalui ruang udara negara yang masih bergolak. Seolah-olah masih belum belajar dari insiden MH370 dan MH17.

Pendek kata komen adalah bercampur aduk.....

Ini adalah ulasan oleh pihak Penerbangan Malaysia;

Sumber: Forum Cari.

Pada pendapat orang awam seperti den, yang agak cetek dengan ilmu penerbangan, sudah pasti pihak yang bertanggungjawab meluluskan carta penerbangan telah melakukan tugas mereka sebaik mungkin. Menurut salah seorang juruterbang berpengalaman yang sering memberi pendapat di Forum Cari, setiap syarikat penerbangan mempunyai team masing-masing untuk menganalisis risiko setiap penerbangan sebelum pesawat dibenarkan terbang. Adalah mustahil untuk mereka merisikokan nyawa penumpang dan juga krew penerbangan kerana akhirnya ini akan merosakkan reputasi syarikat penerbangan itu juga.

Jadi apa pendapat anda? Adakah anda masih berani menggunakan perkhidmatan Penerbangan Malaysia?

Bagi diri den, Inshaa Allah terbang bersama pesawat Penerbangan Malaysia masih selamat. Kalau sudah ajal, itu semua ketentuan Ilahi. Kalau diikutkan, jalan raya yang kita gunakan seharian jauh lebih berisiko. Lebih ramai rakyat Malaysia yang maut di jalan raya berbanding yang maut akibat terhempasnya pesawat udara.

Semalam pun masa balik dari kerja, depan mata den sebuah motosikal melanggar belakang teksi di simpang masuk ke Rawang dari Lebuhraya Plus. Entah hidup entah mati penunggang tersebut sebab beliau langsung tak bergerak. Tak berani den nak masuk dekat, ngeri dong!!!! 

Harap-harap nyawanya masih panjang, tapi penunggang-penunggang lain hanya berkerumun tanpa berbuat apa-apa. Adakah maksudnya riwayat penunggang tersebut berakhir di situ? Naudzubillah......

No comments:

Post a Comment