Friday, 4 July 2014

Lawak Jenaka - Kisah Imam dan Bakal Menantu

Alkisahnya ada 3 lelaki yang berasal dari Kodiang cuba menyunting anak dara Pak Iman Masjid Kampung Pinang Sebatang.....

Pak Imam: Anak ni namanya siapa?
Calon 1: Nama saya Yusof.
Pak Iman: Haaaaaa, cantik nama. Nama nabi tu, cuba kau baca Surah Yusuf Pak Imam nak dengar.

Lalu lelaki tersebut pun membaca surah Yusuf dengan lancar dan tenang. Maklumlah lulusan Empat Senawi dari salah sebuah sekolah pondok yang agak terkenal di Selatan Thailand. 

Alhamdulillah kata Pak Imam, kini tiba pula giliran calon ke-2.

Pak Imam: Nama kau siapa nak?
Calon 2: Nama saya Ibrahim, Pak Imam.
Pak Imam: Alhamdulillah, cantik nama. Cuba kau baca Surah Ibrahim, baca dengan betul ye.

Tanpa masalah, calon kedua pun memperdengarkan bacaan Surah Ibrahim di depan Pak Imam. Sungguh merdu suaranya, betul bacaan tajwid beserta dengan taranumnya sekali. Alhamdulillah, maklumlah calon ke-2 ini lulusan dari Universiti Al-Azhar.

Kini tibalah giliran calon ke-3. Berpeluh-peluh dahi dan tangan lelaki tersebut bila disalam oleh Pak Imam.

Pak Imam: Nak, nama kau pula siapa?
Calon 3: Errrrrrr...... nama betul ikut IC, Yassin, Pak Imam. Tapi kat rumah, mak dan ayah saya panggil saya Qulhuwallahuahad....

Nasib...... nasib!!!!

Roger and out.

No comments:

Post a Comment