Friday, 18 July 2014

MH17 Penerbangan Malaysia Amsterdam Ke Kuala Lumpur Ditembak Jatuh Di Ukraine - Galeri Gambar & Video

Pesawat MH17 sejurus berlepas dari Amsterdam.

Pesawat Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia (9M-MRD) yang dikatakan terlibat dengan tragedi tersebut. Pesawat ini mula terbang pada 17/7/1997 dan terhempas akibat ditembak jatuh di Ukraine pada 17/7/2014, genap 17 tahun ia berkhidmat!!!

Rentetan kejadian malang tersebut. Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam tepat jam 12.15 tengah hari waktu Amsterdam. Pesawat terbang melepasi negara Jerman dan Poland sebelum memasuki ruang udara Ukraine. Tepat jam 1.25 petang GMT pada ketinggian 33000 kaki pesawat malang tersebut ditembak jatuh oleh pembrontak Ukraine yang pro-Russia.

Peluru berpandu darat ke udara BUK-M yang digunakan oleh pemberontak Ukraine untuk menembak jatuh pesawat MH17 menyebabkan 280 penumpang dan 15 anak kapal terbunuh.

Komander pemberontak Ukraine, Igor Strelkov telah melaungkan kata-kata amaran berkaitan larangan terbang di ruang udara wilayah yang dikuasai pemberontak Ukraine yang pro-Russia.

Dikatakan ruang udara yang dikuasai pemberontak Ukraine masih selamat untuk dilalui pesawat-pesawat komersial sepertimana yang dinyatakan oleh pihak berkuasa penerbangan antarabangsa. Malahan dikatakan pesawat penumpang milik Singapore Airlines (B777 - SQ351) dan Air India (B787 - AI113) terbang 25 km di belakang MH17 pada laluan yang sama.

Namun 14 Julai, 3 hari sebelum MH17 ditembak jatuh, sebuah pesawat pengangkut AN-26 milik tentera Ukraine telah ditembak jatuh dalam ruang udara berhampiran. Manakala sebuah lagi pesawat pejuang SU-25 milik Ukraine juga telah ditembak jatuh pada 16 Julai, sehari sebelum tragedi yang menimpa MH17.

Sususlan daripada tragedi ini, laluan udara tersebut telah ditutup untuk semua penerbangan pesawat komersial. Malahan penerbangan milik US dan UK telah mula tidak menggunakan laluan tersebut semenjak tercetusnya krisis pemberontakan di Ukraine.

Antara pasport milik krew dan penumpang termasuklah pasport Malaysia!!!

Beg-beg milik penumpang pesawat malang MH17 yang ditemui oleh para penyelamat.

Serpihan pesawat malang, MH17. 

Para penyelamat bertungkus lumus cuba memadamkan kebakaran pada bangkai MH17 dan kerja-kerja cari selamat.

Umpama padang jarak padang tekukur. Saksi menyatakan jasad mangsa dan serpihan pesawat bertaburan dalam lingkungan 15 km menunjukkan pesawat ini meletup di udara sebelum terjunam.

Pesawat Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia #MH17.

Perdana Menteri wilayah pemisah 'Donetsk People's Republic, Alexander Borodai tiba ke tempat kejadian diiringi pegawai-pegawai kanan dan tentera.

Wajah pilu waris-waris krew dan penumpang MH17.

Tanda ingatan dan perhormatan awam buat krew dan penumpang pesawat malang MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine yang mengorbankan kesemua 280 penumpang dan 15 krew.

MH17 dijangka mendarat di KLIA jam 6.10 pagi ini tapi takdir telah menentukan yang MH17 pasti tidak akan kembali lagi ke bumi Malaysia.

Suasana hening dan pilu turut dirasai oleh petugas di KLIA dan Schiphol Airport's.

Sumber: dailymail.co.uk

No comments:

Post a Comment