Monday, 11 August 2014

Bercuti Ke Port Dickson 2014 | Hari 01 : Muzium Tentera Darat, Tanjung Tuan & Pantai Tanjung Biru

As-Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Kalau dihitung-hitung, dicongak-congak dan didarab bahagi bagai, sudah lama bebenor ambo sekeluarga tidak berchuti. Maksud ambo, betul2 berchuti, menggunakan duit poket sendiri, dan bukannya tidur hotel jalan2 disebabkan tuntutan kerja. Ini semua gara-gara projek rinoveshen rumah yang baru ambo duduki pertengahan tahun ini. Kondishen kewangan tahun ini memang tak berapa memihak kepada ambo, jadi segala aktivitas perwisataan terpaksa ditangguhkan.

Kalau ada keluar pun atas urusan out steshen. Tumpang bawa keluarga jalan2 jika boss suruh out steshen. Tapi tak berapa nak syiok sebab kalau out steshen hari bekerja, ada masanya keluarga tak boleh ikut sebab anak2 ambo telah bersekolah. Jadi anak2 pun sudah mula meroyan sebab agak lama tak mandi manda di kolam hotel huhuhu!!!

Maka berpikior lah ambo dan binik machiam mana nak menyelesaikan dilemma sudah lama tak bawa keluarga untuk berchuti. Nak dijadikan kejadian, BFF kami sewaktu belajar di obersea dulu bertandang ke Port Dickson kerana menyertai Port Dickson International Triathlon 2014. Kunun2 nya nak bersua muka peluk chiumlah, jadi binik pun sakjes pakej perchutian ke PD, perchutian keluarga sambil2 jumpa BFF lama.

Disebabkan perchutian ini agak ad-hoc, ambo tak tempah pun bilik penginapan. Kira main terjah ala koboi, lagipun bukan musim cuti sekolah, kepompem bilik masih banyak. Ada juga skodeng Agoda.com dan Booking.com tapi berat rasa naluri & jemari ambo yang meruncing ni nak buking bilik. Rasa nak jadik koboi kejap, main terjah dan main hentam saja hehehehe. 

Lagipun ahli rombongan kali ini agak ramai; ambo + binik + anak 2 orang + mertua = total 4 dewasa + 2 kanak-kanak. Nak buking apartment 2 bilik di Agoda.com dan Booking.com machiam tak berapa nak berbaloi dan harga sedikit tinggi. Kendian terbaca beberapa pengalaman rakan2 bloggers yang ambil apartment milik persendirian di Corus Paradise/Paradise Lagoon Port Dickson. Khabarnya masuk saja gate Corus Paradise/Paradise Lagoon maka berhamburan ulat/ejen2 apartment persendirian mengejar kamurang untuk menawarkan penginapan. Bunyi machiam best je kan hehehehe (ambo ketawa ada sebab ni..... hehehe).

Maka kepompem lah perchutian ke PD kali ini tanpa persiapan bilik, lalalalalalala!!!! Bungkus2 pakaian apa yang patut, sepersalinan je pun kecuali baju bebudak berdua tu yang ambo sediakan 3 pasang, kami bertolak dari rumah ke PD sekitar jam 9 pagi. Perjalanan memang lancar, kereta banyak pun bila dah hampir ke susur KLIA, lain2 memang sodap menekan minyak & meluncur laju.

Lupa nak habaq mai juga, misi ke PD ini juga ada tujuan khas selain berjumpa BFF, misi untuk main ATV, go cart dan buggy di PD Extreme Park. Bukan ambo yang nak main tapi si kenit berdua tu, tak henti2 duk bebel pasal ATV hehehehe.

Sekitar tengah hari kami selamat tiba ke Bandar Tentera Darat, Port Dickson. Memandang mertua ambo askar penchen dan dia teringin sakan nak tengok balik tempat beliyau berkursus semasa dalam sojar dulu, ambo singgah dulu di Muzium Tentera Darat yang mana letaknya cuma bersebelahan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat. 

Amik syarat posing depan pintu gerbang.

Ambo sendiri pun pestaim singgah di Muzium Tentera Darat, Port Dickson. Banyak informasi berkaitan Tentera Darat Malaysia yang boleh kita perolehi di sini; ada pameran kenderaan tentera, kapal terbang, model terowong komunis, galeri perkembangan tentera darat dari zaman British sehinggalah ke zaman kini dan paling menchuit perasaan adalah tugu2 yang menchatitkan nama2 perajurit kita yang terqurban sewaktu mempertahankan tanah air. Al-Fatihah buat perajurit2 yang beragama Islam, demi keamanan negara nyawa mereka menjadi galang ganti.

Melangkah masuk ke Muzium Tentera Darat.

Meriam peninggalan tentera Jepun, ditemui di Pulau Pinang pada 1992.

Tebuan & Caribou.

Kereta perisai milik TDM.

Motosikal polis tentera.

A4-PTM Skyhawk - Teringat kisah Lt Wahid yang hilang di Laut China Selatan.

Terowong komunis.

Tugu tercatat jiwa2 yang terqurban demi tanah air terchenta.

Ini baru sebahagian, kalau diikutkan ada banyak lagi tapi ambo dah tak daya nak upload kat sini. Jari memang tak henti2 tekan punat kamera, rasa semua sudut nak diamek gambar. Memang berbaloi singgah, banyak yang boleh dipelajari dan dihayati.

Nak masuk Muzium Tentera Darat adalah percuma, FOC. Ambo ingat kena bayar sebab pernah terbaca dalam blog, dewasa RM10 dan kanak2 RM5 tapi masa kami sampai tak ada pun dikenakan bayaran, Alhamdulillah. Mungkin sekarang dah tak perlu bayaq kut.

Tinjau punya tinjau dah masuk waktu Zuhur, jadi kami singgah dulu ke Masjid Rejimen Askar Melayu DiRaja untuk menunaikan kewajipan kepada Ilahi.

Masjid RAMD.

Sebelah Masjid RAMD ini juga letaknya PUSASDA, tengah panas terik ada ternampak bakal sojar yang kusyuk berkawad sambil pikul tangga ekekekeke, kena denda le tu kut kata mertua. Tapi ambo respek bakal2 perajurit ini semua, bukan sebarangan manusia yang sanggup menempuhi latihan lasak sedemikian. Kulit hangus hitam legam tak pa, janji semangat chentakan negara dalam jiwa mereka. Thumb up!!!

PUSASDA.

Kemudian ada rasa mahu makan pula, bab makan memang failed sebab walau ada banyak tempat makan, nak pilih lokasi yang sedap dan memenuhi selera tekak semua memang hazab. Ada ahli rombongan yang tak boleh makan pedas, tak boleh makan berminyak, tak boleh makan daging, tak boleh minum manis, tak boleh minum ais.....

***slurps, pedassssshhh sangat lah 

***buatmukamonyokbanyakminyak

***uhukuhukuhukbatuksebabminumais

***etcetctecdanberanekaragamlagi

Kes-kes sebegini akan merenchatkan sedikit sesi perchutian, jadi kalau kes2 sebegini ada seeloknya bawa bekalan makanan dari rumah, atau pilih penginapan yang membolehkan aktiviti masak memasak diadakan. Selera kena ada, tak ada tenaga machiam mana mahu jalan2 ye dok?

Tempat yang kami singgah untuk makan tengah hari adalah sebuah warung tepi jalan di Batu 4 Si Rusa. Kira oklah walau tak sehebat makanan di rumah, lauk pun masih ada dikala jam menunjukkan hampir pukul 3.

Burpssss exkius mee, Alhamdulillah. Selesai menjamu halwa perut, taiming pun dah shantek untuk sesi mengskodeng tempat tidur pula. Machiam yang ambo gebang awai2 tadi, kami ke PD memang tanpa buking bilik sebab memang dah target nak chari apartment di Corus Paradise/Paradise Lagoon. 

Corus Paradise/Paradise Lagoon memang senang nak cari, letaknya di KM3.5 Jalan Pantai, Port Dickson. Corus Paradise Resort Port Dickson sememangnya hotel tapi kami bercadang nak amik apartment milik persendirian yang bukan di bawah pengurusan Corus Paradise Resort.

Corus Paradise Resort Port Dickson.

Sepertimana yang diriwayatkan oleh rakan2 bloggers yang terdahulu, masuk saja ke perkarangan Corus Paradise Resort, kereta ambo diserbu oleh para ulat/ejen apartment persendirian. Mudahkan nak chari apartment di Corus? Hehehehehe...... gelak lagi. Bergantung kepada kemahiran anda berpidato, mungkin anda boleh tekan harga dengan ejen, tawar menawar untuk mendapatkan harga terbaek.

Harga buka ejen yang datang kepada kami adalah RM250 semalaman untuk apartment 2 bilik. Harga hujung minggu katanya, kalau hari biasa RM130. Dah memang kemahiran pidato ambo tadak, sampai kesudah harga kekal pada RM250 tak boleh kurang ekekekeke. 

Satu lagi, anda boleh tengok dulu apartment sebelum setuju untuk ambil, memang ejen benarkan pun. Tapi jangan sekadar tengok sepintas lalu saja machiam kami, kena perati betul2. Salah pertimbangan dapat apartment usang/buruk machiam kami hehehehe. Malaslah nak cherita kat sini, nanti ambo buat review dalam entry yang lain (Review Paradise Apartment). Hehehehehe..... gelak lagi.

Misi seterusnya setelah berhasil mendapat apartment 2 bilik yang tak seberapa memenuhi citarasa, kami berganjak ke misi seterusnya iaitu menchari lokasi extreme park di PD. Berhampiran Corus Paradise ada satu extreme park tapi bila kami susur masuk, bayangnya pun langsung tak kelihatan. Kami google, kami on GPS, buka Waze haramput tak sampai2. Munchung je budak kenit berdua tu, ambo lagi hangen sebab pantang tuk nenek sesat ke barat ni dek GPS.

Jadi lompat ke misi seterusnya untuk jumpa BFF di The Avillion Admiral Cove. Malangnya jalan masuk ke The Avillion ditutup kerana PD International Triathlon 2014. Kami pun malas nak menapak ke The Avillion, BFF kami tu pun kena kejar masa untuk briefing etc, jadi memang sampai ke sudah tak dapat jumpa. Dua misi telah gagal nampaknya, tak boleh jadi ni.....

Tak pe, tak pe..... kita buat bekap plan. Apa kata kita ke Tanjung Tuan tengok rumah api? Tanpa menunggu persetujuan yang lain ambo dengan kuasa veto terus henjut Vios ke Tanjung Tuan. Disamping rumah api, Tanjung Tuan sebenarnya sebuah santuari hidupan liar serta lokasi burung migrasi untuk menyinggah. 

Tiket masuk chuma RM1 seorang, bawah 12 tahun adalah perchuma. Disekitarnya juga ada banyak resort2, memang dah aimed next taim kami akan menginap sekitar sini pula Inshaa Allah.

Welkam To Tanjung Tuan.

Kena menapak naik bukit 800-1000 m untuk sampai ke rumah api.

Berehat amik napas, air jangan lupa bawa.

Hampir tiba.

Chaiyuk chaiyuk!!!

Berjaya ke puncak tapi rumah api adalah kawasan larangan.

Memang berpeluh jugalah untuk sampai, stamina kena ada. Tapi tidaklah sesukar mana pun sebab kiri kanan penuh dengan kehijaun hutan dara. Rumah api dilarang masuk tapi kita boleh meninjau dari luar.

Jangan lupa juga untuk ke bahagian belakang, kita boleh skodeng lautan luas - Selat Melaka. Panorama dia Mashaa Allah, sungguh chantek. Lautan luas membiru, saujana mata memandang. Tapi cenuram tempat skodeng lautan ini agak skeri dan denjeres la sikit. Apa kata pihak berkuasa tempatan sediakan laluan kayu ke, pletform ke, apa2 lah asalkan sesuai & selamat.

Sunset mesti marbeles.

Bila mana namanya santuari hidupan liar, sudah semestinya hutan di Tanjung Tuan dihuni oleh para mergastua termasuklah beruk kera. Ada kejadian sendu berlaku semasa kami dalam perjalanan turun, tiba2 ada seekor monyet melepak tepi jalan dan hampir menerkam si Sulung dan si Bongsu. 

Ini gara2 nak tunjuk terer, ada ka nak pegang monyet liar. Memang cari nahaslah, terjerit-jerit aki dan neneknya ekekekekee. Kuatnya jeritan sampai didengari oleh 3 orang awek yang tak sempat untuk ambo berkenalan. Mereka bertiga terpaksa membatalkan niat untuk meneruskan pendakian. Takut diperkosa monyet2 liar katanya hehehehe.

Turun dari rumah api Tanjung Tuan, kami singgah sekejap di Pantai Tanjung Biru. Airnya jernih dan bersih berbanding pantai di belakang Corus Paradise dan area sekitarnya. Disebabkan tak bawa baju mandi, kami chuma bergambiran dan sesi menghirup udara pantai.

Pantai Tanjung Biru.

Chup chup...... Tanjung Tuan milik N9 ke Melaka? Hehehehe, teringat kata-kata pembantu makmal masa zaman student dulu, Tanjung Tuan dalam N9 tapi milik Melaka, machiam mana tu? Buktinya...

Simpang 4 jadi sempadan N9-Melaka. Ke depan adalah Tg Tuan, ke kanan adalah Pantai Tg Biru.

Opsssssss....... Asar hampir habis suda bah!!! Kita singgah Masjid Qariah Teluk Kemang dahulu untuk solat Asar. Selepas itu baru jalan2 chari makan malam.



Alhamdulillah berchuti tanpa meninggalkan kewajipan kepada Yang Maha Esa. 

Kemudian kewajipan kepada perut pula, kami singgah di Sabaidi Seafood, Teluk Kemang. Makanan dia memang marbeles, pada tekak kami lah, tak tahu pula tekak orang lain ye dok? Kami order siakap masak shetim, kangkung belachan, tomyam seafood, tomyam poh tek dan kerabu seafood. Nyum2 memang menyelerakan, dah la sedhap, pelayan pun come lote hukallohhhhh!!!!

Merembes ayor lio.

Harga pun tak adalah key ell sangat, kira ngamlah dengan bajet. Total kami kena dalam RM77.60

Ekseptebel la dia punya harga.

BFF kami yang kununnya teringin sangat nak bertentang mata sampai kesudah tak evailebel, jadi malamnya kami tak ada aktiviti apa2 kecuali zzzzzZZZZZZzzzzzz. Masing2 penat agaknya, lepas Isha' terus semua kebungkang.

Lena diulit intan.
Inilah ending hari pertama. Esok endak tau lagi apa dia punya pelen. Koboi lagilah agaknya, edisi main terjah2 saja. Setat kereta dan jalan tanpa arah, asal jumpa tempat menarik kita singgah hehehehe.

Ukies, nokhtah di sini dulu, events hari kedua akan menyusul dalam masa terdekat. Wassalam.

Roger and out.

No comments:

Post a Comment