Thursday, 28 August 2014

Tahun Melawat Malaysia 2014 | Trip Ke Taman Negara Sungai Relau, Merapoh

As-Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Kalau selama ni hang pa duk bacha pengalaman den dalam dunia kembara, asyik2 ke Port Dickson, asyik2 ke Kemerens, asyik2 tidoq hotel sana hotel sini.

Ini kali ada laen sikit, den and the gang berpeluang untuk mengeksplorasi hutan hujan tropika di sekitar Taman Negara Merapoh - bukan untuk tujuan memanjat Gunung Tahan tapi mendokumentasi gua2, tumbuh-tumbuhan juga fauna bagi tujuan eko-pelancongan.

Tu dia nawaitu, hebat bebenor dia punya bunyi noh!!!!

Ini bukan gebang kosong, memang betui2 punya kembara - dibuat atas dasar tuntutan kerja - alang2 kira leisure jugalah. Bak kata pepatah lama, menyelam sambil kumur2 minum ayor. 

Kerja2 dokumentasi dan eksplorasi ini dibantu oleh beberapa penduduk tempatan selaku guide. Memang deme semua ini cukhup berpengalaman dengan persekitaran tempatan.

Jika hang pa berminat dengan kegiatan outdoor sebegini - panjat gunung ka, jungle trekking ka, jangan segan jangan malu dan jangan kodukut sangat untuk keluarkan sedikit belanja bagi mengupah guide tempatan.

Jangan buduh sumbung, tanpa depa merana kita dalam hutan rimba kalau terjadi perkara2 yang tidak diingini, mampuih meragam la pendek kata.

Penginapan

Mesti hang pa tertanya-tanya nak tidoq kat mana kalau ke Taman Negara Merapoh. Hekellehhhhh, dah namanya outdoor, berkhemah la khen. Tapi kalau yang tak suka berkhemah, di Taman Negara Merapoh memang ada pengusaha2 chalet untuk kemudahan para pengunjung.

Kemudahan dorm pun ada, dibawah kendalian pihak Taman Negara Merapoh sendiri. Hang pa buleh hubungi pejabat mereka untuk maklumat lanjut;

Penolong Penguasa
Taman Negara Merapoh
27210 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur
Tel: +609-912 4894 

Malahan ada juga yang menginap di hotel2 sekitar Gua Musang. Jarak dari Gua Musang ke Merapoh pun tak ada lah jauh mana.

Den and the gang, maen tumpang asrama sekolah - kira bagi token la sikit kat pengetua. Jimat belanja jabatan, kami pun tak kisah asal ada tempat berteduh dan bermalam cukhup lah.

Local Guide

Kalau hang pa berminat hang pa boleh kontek nombor ini; 017-915 3034 atau 014-842 9005.  

Pasai harga hang pa jangan risau, dema semua ini amat bertimbang rasa dan tak berkira sangat. Tapi hang pa pun janganlah kodukut sangat. Bak kata pepatah Jawa, 'win-win situation' gitu.

Spelunking - Aktiviti Meneroka Gua

Den tak nak sembang pasal species bagai - akademik sangat bunyi dia. Cuma den nak kongsi pengalaman den meneroka beberapa buah gua yang masih wujud di sekitar Merapoh. 

Kenapa den guna kata2 'gua yang masih wujud'? Ini kerana gua2 ini terbina di pergunungan batu kapur, di luar kawasan yang diwartakan sebagai Taman Negara. Batu kapur ini pula dengan rakusnya diterokai untuk kegunaan industri pembinaan. Jadi gua2 tersebut sehingga kini masih ada, di masa depan belum tentu lagi terpulihara.

Di bawah ini adalah gambirun Gua Tahi Bintang - dinamakan sedemikian rupa kerana pada dinding gua terdapat coretan2 seperti bintang sedang berak - tahi bintang!!!

Nampak machiam tahi bintang tak? Hehehehehe, local guide yang habaq, ini machiam tahi bintang. 



Apa yang ada dalam Gua Tahi Bintang?

Stalagmite dan Stalactite - dekorasi batuan yang terbentuk akibat dari pemendapan kalsium karbonat dan lain2 mineral. Proses pembentukkan stalagmite dan stalactite ini mengambil tempoh masa ribuan tahun.





Gua kedua yang sempat den and the gang eksplorasi adalah Gua Hari Malaysia. Kenapa dinamakan sedemikian? Menurut local guide, gua tersebut ditemui pada 16 September, iaitu tarikh yang bersamaan dengan terbentuknya Persekutuan Malaysia hasil gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapore, Sabah dan Sarawak.



Berbeza dengan Gua Tahi Bintang yang pintunya terbuka luas, pintu masuk ke Gua Hari Malaysia amatlah cinonet. Sekali pandang tak nampak machiam gua pun, cher tengok gambirun di atas. Nampak machiam lubang lopak air je kan.

Gua ni best, sebab kena merangkak untuk masuk dan dalam gua tersebut ada air terjun, anak sungai dan kolam takungan air. Agaknya terbentuk dari aliran air bawah tanah, memang syiok. Airnya jernih dan dingin. Malangnya den tak bawa kamera masuk, semua tinggal kat luar, takut basah. Jadi langsung tak ada gambirun bahagian dalam Gua Hari Malaysia yang buleh den tunjuk kat hang pa semua.

Santuari Kelah

Den and the gang juga sempat meriki santuari kelah di Taman Negara Sungai Relau, Merapoh. Santuari ini khusus bagi memulihara dan melestarikan species2 ikan kelah. Di sini ikan2 kelah ini bebas berenang, mengawan, membiak, membesar dan sebagainya tanpa diganggu gugat oleh manusia.



Aktiviti yang paling syiok di Santuari Kelah adalah sesi beramas mesra dengan ikan2 kelah yang cukhup jinak. Hang pa buleh bagi makan dedak - huluq saja dedak ikan2 kelah tersebut akan berebut-rebut datang dan sambar dedak2 tersebut dari tangan hang pa. Dah machiam bagi makan burung dah.

Jinak sungguh ikan kelah di sini - hasil habituasi salah seorang penduduk tempatan yang kurang dikenali ramai dan dihargai jasanya. Diberitakan, pak chik ini hari2 turun ke Sungai Relau bagi ikan2 kelah ini makan. Mulanya ikan2 ini memang takut akan manusia, tapi lama kelamaan hasil penat lelah dan kesabaran pak chik ini, ikan2 kelah di Sungai Relau menjadi sangat jinak dan tidak takut untuk datang dekat dengan manusia.

Hasilnya kini, hang pa dengan selamber nya buleh bagi makan sambil belai badan depa. Juga kalau handal, buleh tangkap untuk didakap dan dichium. Tapi ada trick dia, bukan mudah mahu tangkap ikan kelah tersebut - bak kata pepatah Belanda "jinak2 ikan kelah" semuanya.



Gambirun kat atas tu pakat2 duk usha ikan kelah suruh mai dekat. Gambirun bawah ini hang pa perati betui2. Berderu-deru ikan kelah datang menyerbu, nampak tak?



Kalau hang pa therar chubalah tangkap barang seekor dua. Den chuba sedaya upaya dan banyak kali jugalah baru dapat. Ada geng yang langsung tak dapat, umpan dedak habes tapi ikan sekor pun tak dapat dipeluk chium.

Ini adalah salah seorang local guide yang bersama kami;



Handal dia ni, banyak tahu selok belok Taman Negara Sungai Relau. Dari dia lah den belajar banyak perkara, termasuklah chara2 yang betul untuk beramas mesra dengan ikan kelah.

Amachiam, syiok tak? Hehehehe, memang syiok der. Cuba lah sendiri pengalaman berchuti di Taman Negara Sungai Relau, Merapoh.

Cintai Malaysia, Cuti2 Malaysia.

Roger and out.

No comments:

Post a Comment