Tuesday, 26 August 2014

Kad Debit MasterCard CIMB Bank

Petang semalam den ke CIMB, Bangunan UMNO Shah Alam untuk tukar kad ATM den yang dah uzur bebenor. Seingat den lah, kad ATM tersebut den guna sejak zaman undergrad dulu lagi. 

Maknanya dah lebeh 10 setahun kad tersebut bersama den. Nostalgia sungguh, tapi sayang machiam mana pun den pada kad ATM tersebut, terpaksa jugalah den pencen kan ia sebab bila den chelop saja ke mesin ATM, bukan duet yang keluaq tapi statement kata 'device failure'.

Hampa sungguh den, jadi dengan berat hati den pun bercherai talak 3 dengan kad ATM CIMB lama den;

Ehsan Google: Ini contoh kad ATM CIMB

Masa den sampai ke CIMB Bangunan UMNO Shah Alam, kastemer tak ramai, yang nak berurusan dengan seksyen kastemer servis ada dalam 5 urang kat depan den.

Tapi walau tak ramai, lama jugak la nunggu sebab berurusan dengan kastemer servis tak sama dengan urusan kat kaunter biasa. Makan masa sikit sebab perlu validate, perlu pengesahan itu ini, semak sana semak sini dan sebagainya. Bukan salah CIMB pun, memang itu lah prosedur kat mana2 bank pun.

Maka den pun setia menunggu penuh sabar. Tapi den semalam pakai full riding gear - riding jacket, glove dan helmet pulpes. Ada awek duk jeling2 den, ingat den naek mutu besaq le tu ekekekeke. Padehal den tunggang FZ je pun hehehehe.

Upssssss, ukies. Ting tong nombor den dah naek - kaunter nombor 13.

Nak tukaq kad ATM prosedur dia kena isi borang - borang ni akan diberi siap2 masa hang pa amik nombor giliran. Isi lah apa yang patut - tak banyak pun kena isi - nama hang pa ikut IC, nombor buku akaun, nombor kat ATM, apa masalah hang pa, isi tarikh dan sign.

Jangan lupa bawa sama IC dan kat ATM lama (kalau hilang, tick hilang dalam borang tadi). Buku akaun CIMB pun den bawa, tapi staf tak minta pun. Ada baek hang pa bawa sama, mana le tau, lagi pun hang pa kena ingat nombor akaun hang pa.

Nanti staf CIMB akan buat pengesahan identiti, IC dan chap ibu jari. Kemudian ada la dia duk klik komputer depan dia tu, tau la dia apa nak buat, memang keje dia seharian dah, hang pa tunggu saja.

Kalau hang pa nak tukar atau ganti kad ATM, hang pa kena bayaq RM12. Tapi kalau hang pa upgrade dari kad ATM CIMB kepada kad debit CIMB Mastercard, yuran proses adalah perchuma, manakala yuran tahunan adalah RM15 setahun.

Hang pa pikior la mana2 yang paling sesuai. Den terus upgrade kepada kad debit CIMB Mastercard, sebabnya kalau membeli-belah di mana2 den tak perlu bawa duet tunai. Asalkan vendor tersebut ada pamer pelekat Mastercard, hang pa buleh huluq saja kad debit CIMB untuk urusan pembayaran.

Ehsan Google: Kad debit CIMB Mastercard

Tapi ingat ini kad debit bukan kad kredit - maknanya dalam akaun hang pa kena ada duet, tak ada duet menchukupi kalu memang mampuih lah hang pa. Bagusnya hang pa akan berbelanja mengikut kemampuan dan bukannya mengikut napsu sepertimana kad kredit.

Lepas dapat kad debit tersebut (pada hari yang sama, 10 minit berurusan kad debit den dah siap), hang pa kena tukaq nombor pin sementara dalam masa 24 jam di mana2 mesin ATM. Mudah saja, masukkan kad dalam mesin ATM, masukkan pin sementara yang pihak bank bagi - akan terpapar skrin pada mesin ATM minta hang pa masukkan nombor pin (6 digit) pilihan hang pa sendiri.

Lagi satu kalau hang pa ada akaun CIMB Click, lepas hang pa dapat kad baru, kena update kat CIMB Click - mudah saja. Log in CIMB Click hang pa - masukkan kata nama dan password - keluaq paparan minta no kad ATM/debit yang baru serta no pin kad hang pa - klik agree - log in balik CIMB Click hang pa machiam biasa. 

Mudah kan?

Den juga terjumpa satu website membandingkan kelebihan/kekurangan kad debit yang dikeluarkan oleh beberapa bank tempatan. Kalau hang pa berminat buleh jenguk sini.

Sekian, roger and out!!!

5 comments:

  1. Tahun ni kena tukar kad debit CIMB yang baru lagi yang ada logo MYDEBIT sebab selepas 1 Julai 2017, kad debit yang lama tidak lagi diterima di mesin pembayaran.

    ReplyDelete
  2. Apa beza buka akaun baru dan buat kad debit..sama ehh..org noob besalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. buka akaun baru, terus minta buat kad debit.... senang nak beli barang tanpa bawa wang (selain fungsi cucuk duit kat ATM)..... dgn syarat kaunter ada card reader. Eh! menjawab soalan ke tak ni ?

      Delete
  3. Mmg kena cas annual fee rm15 ye😅

    ReplyDelete
  4. Haah dengar katanya untuk maintainace la katanya..tapi biasa wajib 8.00 tpi sebab ade WAVE die kne bayar 15...

    ReplyDelete