Monday, 11 August 2014

Trip Kerja Ke Port Dickson 2014 : Grand Lexis & Lexis Port Dickson

Gara-gara prebet swimming pool punya pasal, asal nak buat konperens atau family day, semua pakat teruja nak sajes agar Grand Lexis dipilih sebagai venue. Selera masing2, selera naga semuanya. Maklumlah nak pigi sendiri tak mampu, kalau konperens atau hari keluarga, kompeni tanggung A to Z..... na na na na, itik gembo2....

Tahun 2013 tempat den keroje menchari dua tiga suap nasi pernah anjurkan konperens di Grand Lexis, dapat spesel price hasil kebijaksanaan komiti merundingkan harga (sila klik). Jadinya untuk tahun 2015 yakni tahun hadapan, munchul lagi suara2 sumbang agar Grand Lexis kembali menjadi habitat buat melepaskan tensen dalam sehari dua, tak puas nak berendam kekdahnya masa pestaim datang dulu. 

Jadi den merangkap kuli boss telah diarahkan oleh boss besar untuk mengendap dan mengskodeng harga terbaik yang boleh diberi oleh pihak Grand Lexis jika kompeni kami berminat untuk menganjurkan konperens dan hari keluarga di sana. Nak dijadikan cherita, ramai pula yang nak mengikut sama ke sesi mengskodeng tersebut, ini kes tak sabo2 nak jengah Grand Lexis la ni.  Maka tanggal purnama pertengahan tahun nan lalu, berangkatlah den berempat ke Grand Lexis dalam misi melengkapkan impian rakan sekerja untuk berhanimun dengan biaya kompeni sepenuhnya.

Setibanya kami di sana, salah seorang opiser Grand Lexis di tengah panas terik mentari telah setia menunggu kedatangan kami. Machiam biasa, lepas salam2 peluk chium, pekena dulu 'welkaming dring' berupa jus limau nipis dan sirap yang agak sedap rasanya. Den kalau ke Grand Lexis memang bergelas-gelas welkaming dring den sebat, bukan ada sapa nak marah pun, ekekekeke!!!! Sedap wei wa cakap lu.....

Belanja gambirun dulu.....

Mula2 opiser tersebut bawa kami ke ballroom nak tunjuk setting kompeni anual dinner. Ok set, pass ISO. Gilo ko tak pass, bila lagi nak pow kompeni makan2 kat tempat machiam Grand Lexis!!!


Nak habaq mai, hotel dibawah Lexis Group ada dua, Grand Lexis dan Lexis. Grand Lexis bilik dia semua ada swimming pool kat bilik depa manakala bilik2 di Lexis cuma ada bath tub. Jadi hang pa jangan buat lecey kalut2 booking tak tentu pasai. Kalau nak rasa buka mata nampak swimming pool kat bilik hang pa, sila booking bilik2 di bawah kendalian Grand Lexis..... diulangi Grand Lexis!!!

Ini adalah gambirun bilik2 di Grand Lexis. Mula2 water chalet dengan daftar nomboq 2123.


Angin memang sepui2 bahasa, angin bayu dari laut. Water chalet le katakan, kedudukkan water chalet semua mengunjur nun jauh ke laut lepas sana. Kalau hang pa pi booking atau dapat chalet paling hujung, haru la nak menapak sebab memang jauh. Tapi jangan risau na, ada perkhidmatan buggy untuk angkut hang pa sekeluarga, tak payah menapak pun.


Buka saja pintu water chalet, semua pakat2 buat mata kagum mulut melopong.....

Katil memang empuk dan selesa...


Hang pa jangan pula angkut tong gas sama, memasak rasanya memang dilarang tapi pantry water chalet di Grand Lexis memang luas.


Hak ni yang buat ramai gila bayang bila sebut Grand Lexis, swimming pool kat dalam bilik.....


Memang gile kentanglah, bukak mata nampak swimming pool, tutup mata gelap gulita, bukak mata nampak swimming pool balik. Yeehaaaaa, anak2 memang suka sangatlah. Tapi bapak2 budak buat muka sedey sebab harga semalaman di Grand Lexis dah boleh bayaq sewa rumah sebulan!!!

Satu lagi, kalau hang pa jenis mabuk laut atau takut pepagi hang pa mamai terjun laut tapi masih teringin nak ada kolam mandi sendiri, hang pa boleh booking Garden Pool Villa. Ini pun sama machiam water chalet, cuma dah namanya garden, memang kat daratlah letaknya. Malangnya opiser tersebut tak dapat bawa kami tinguk Garden Pool Villa sebab semuanya fully occupied.

Sembang pasal harga, water chalet dan villa dibawah kendalian Grand Lexis adalah disekitar RM600++ sehingga RM1000++ semalaman.

Deluxe Suite - RM600++
Garden Pool Villa - RM650++
Sky Pool Villa - RM700++
Executive Pool Villa - RM750++
Premium Pool Villa - RM800++
Grand Pool Villa - RM950++

Ini harga Agoda ye geng. Harga korporat ada murah sikit, bergantung kepada bilangan bilik yang kompeni hang pa bermurah hati nak sponsor. Kalau hang pa kerja gomen, cubalah ushar2 price untuk kakitangan gomen.

Tutup cherita pasal Grand Lexis, kita sembang pasal Lexis pula. Sebelah menyebelah je pun. Machiam den dah habaq tadi, bezanya di Grand Lexis dalam bilik ada swimming pool, di Lexis cuma ada bath tub. Jadi kalau bajet ada sedikit kurang, kompeni pun berat hati nak booking Grand Lexis, bolehlah jenguk2 Lexis pula.

Mula2 opiser bertugas bawa kami ke Deluxe Water Chalet di bawah kendalian Lexis. On par dengan water chalet Grand Lexis cuma tanpa swimming pool saja....


Kalau kompeni tak mahu sponser Grand Lexis dan cuma mampu biaya bilik di Lexis sahaja, hang pa tak perlu susah hati. Nak berenang hang pa boleh guna outdoor swimming pool, lagi besaq tapi secara berjemaah lah, privacy memang tadak la. 

Machiam Grand Lexis juga, Lexis turut menawarkan bilik di atas daratan kalau hang pa tak suka tidur atas laut. Mana tau kot ada yang risau terjatuh dalam laut sebab malam2 mengigau. Oleh yang demikian, hang pa boleh rikues Premium Tower Seaview.


Kondishen Premium Seaview Tower memang sama dengan Deluxe Water Chalet. Tapi yang syioknya dari Premium Seaview Tower hang pa boleh menikmati pemandangan yang menusuk qolbu sambil menghirup udara segar.


Harga bilik di Lexis kalau ikutkan Agoda adalah sekitar RM400++ hingga RM600++ semalaman.

Premium Tower Seaview - RM400++
Deluxe Water Chalet - RM470++
Executive Water Chalet - RM500++
Premium Water Chalet - RM600++

Harga koperat yang den dapat, memang jauh lebih murah hehehehe. Tapi untuk Premium Tower Seaview dan Deluxe Water Chalet sajalah. Itu pun sebab kompeni den bersetuju untuk ambil pakej konperens dan dinner koperat.

Untuk maklumat lanjut hang pa boleh contact direct;

Grand Lexis Port Dickson
Batu 2 Jalan Seremban
71000 Port Dickson
Negeri Sembilan.
Tel: +606-653 2000
Fax: +606-651 5330
Email: reservations@grandlexispd.com

Lexis Port Dickson
Batu 2 Jalan Seremban
71000 Port Dickson
Negeri Sembilan.
Tel: +606-653 2000
Fax: +606-651 5330
Email: reservations@lexispd.com

Berbalik kepada kisah skodeng harga tadi, habis bincang2 pasal sebut harga dan kemudahan yang pihak GLPD boleh tawarkan, dengan murah hatinya tuan tanah kedaung menaja makan tengah hari kami di Duyung Restaurant, Grand Lexis.

Mula-mula semua buat malu2, takut dikira rasuah la apa la..... SPRM bla bla bla. Sekali bunyi perut lagi kuat, terus hilang nama SPRM hahahahaha. Hasil air tangan kakitangan dapor Duyung Restaurant memang marbeles. Menu lokal ada, menu ala-ala barat pun ada, pendek kata memenuhi citarasa semua pengunjung.

Senduk jangan tak senduk.....


Kerja pun selosai, perut pun kenyang dijamu dek tuan tanah kedaung. Maka den berempat pun beranut pulang ke habitat asal. Inshaa Allah awal tahun hadapan (lambat lagi der!!!) maka berkampunglah ahli keluarga kompeni kami di Grand Lexis Port Dickson dalam sehari dua.

Tapi sanggup ke menunggu? Khabarnya sudah ada yang bercuti sendiri kerana tahun depan tu lambat lagi, kah kah kah!!!

Roger and out.

2 comments:

  1. fuhhhhh, boleh tahan harganya ya ...
    kumpul duit bebanyak dulu...

    ReplyDelete