Wednesday, 13 August 2014

Wordless Wednesday # Asal-usul Nama Teluk Kemang, Port Dickson


Hari ini kita belajar Sejarah, matapelajaran yang amat ambo minati sewaktu di bangku persekolahan dulu.

Sejarah berkaitan asal-usul nama sesuatu tempat. Umum mengetahui, nama sesuatu lokasi itu seringkali berkaitan dengan peristiwa, keganjilan setempat, misteri, geo-lokasi dan sebagainya.

Contohnya Kuala Lumpur, sempena pertembungan dua buah sungai yang berkemungkinan pada masa tersebut banyak lumpur, maka lokasinya dinamakan Kuala Lumpur. 

Begitu juga Teluk Kemang di Port Dickson, dikatakan peneroka awal daerah tersebut mendapati ianya dipenuhi oleh pokok kemang dan geografinya memiliki banyak teluk, maka muncullah nama Teluk Kemang.

Mudahkan orang dahulu kala memberi nama akan sesuatu tempat yang mereka baru terokai?

Roger and out.

No comments:

Post a Comment