Wednesday, 3 September 2014

Pengalaman Ubahsuai Rumah Baru | Pemasangan Grill & Awning

As Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Bila mula masuk rumah baru, selain pemasangan lampu & kipas, kita juga perlu segerakan pemasangan grill bagi tujuan keselamatan. 

Tidak pasang kalu, silap2 penyamun dan perompak bergelandangan dalam rumah sewaktu kita di tempat kerja. Malam2 pun tidur tak lena, takut kalau2 pintu rumah kena umpil dengan perampok.

Jadi machiam orang lain juga, dapat saja kunchi rumah, terus ambo chari kontraktor untuk pasang grill. Kami maen redah saja, tanya jejiran setaman sape yang ok untuk pasang grill kat Tg Malim, terus nama Ah Meng terkeluar. Ok, set ini apek kami lantik sebagai kontraktor untuk pasang grill rumah kami.

Beriyalah si Ah Meng ni datang rumah untuk ukur dan tunjukkan design. Quotation dari si Ah Meng ni pun kami tak banding dengan kontraktor laen. Asal rasa kami mampu dan tawar menawar yang patut, terus on hehehehe.

Design yang kami pilih biasa2 saja, tak minat sangat yang jenis berbunga-bunga dan berawan larat ni. Ambo minat yang jenis simple, yang penting kukuh dan selamat. La ni ambo duk perati, ramai yang guna design jenis palang tu, orang kata machiam penjara hehehehe.

Ni dia punya gambirun;




Ini pula gambirun grill untuk tingkap;




Amachiam, ada nampak machiam penjara ka? Ekekekekeke...

Setiap tingkap dan pintu kami pasang grill. Pada mulanya ambo nak pasang grill untuk tingkap dan pintu di tingkat bawah saja manakala tingkat atas togel tanpa grill. Tujuannya adalah untuk jimat kos hehehehe. 

Sekali kena sanggah dengan Ah Meng;

"Lu ingat perampok tak boleh panjat ka, sudah pasang grill pun perampok buleh masuk, inikan pula lu tak mau pasang"

Aiyak, ok ok kasi pasang satu rumah lah.

Selain daripada grill, ambo pasang juga awning dibelakang rumah. Ada la machiam ruang kosong sikit yang akan ambo jadikan sebagai dapur basah. Dapur basah tersebut ambo tak pasang batu sepenuhnya tapi guna grill untuk lebihkan pengudaraan.

Gambirun grill dan awning untuk dapur basah;





Sila abaikan periuk belanga yang bergantungan ekekekeke. Bila dah siap nampak machiam open sangat dah dapur basah kami. Next project is kena kasi tutup sikitlah, sebab la ni kucheng pun buleh lompat masuk.

Kos untuk pasang grill dan awning untuk rumah cluster 2 tingkat

Setelah Ah Meng godek2 dia punya sempua, angka RM7000 lebih terpacul dari mulutnya. Aiyak manyak mahal la Ah Meng, kasi murah lagi lah. Tawar punya tawar - terhenti pada harga RM6800. 

Pecahan harga;

Grill untuk rumah - will be updated soon
Awning dapur basah - will be updated soon
Pintu besi & grill dapur basah - will be updated soon

Murah ka mahal ka, kami maen redah saja. Janji rumah kami terpasang grill.

Roger and out!!!

11 comments:

  1. Mahal tu bro..
    Rumah saya semi-D, 2 tingkat baru RM3200.00
    Cermin rumah mmg banyak dan besar2. Tempat Raub Pahang.
    Tp tanpa awning la.. So maybe lebih kurang juga la kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. U buat dkat mane.bro? Raub kdai nama.ape? Boleh bg share...sdg mencari jgk ni.

      Delete
    2. U buat dkat mane.bro? Raub kdai nama.ape? Boleh bg share...sdg mencari jgk ni.

      Delete
  2. Assalam.. Blackpearl Construction.. kami menyediakan perkhidmatan renovate rumah grill pagar wiring.. harga berpatutan dan berkualiti.. in shaa Allah on time.. base di meru klang.. kwsan kl dan selangor.. blh hubngi sy whatsapp or call hafiz - 01152882023

    ReplyDelete
  3. 7k mahal bro, ambo pun cluster jugok baru 5k. Ada wet kitchen jugok sekali dgn pintu 'gate'. Tp area puncak alam.. material semua ambo pilih hok jenis metal powder coating tingkat atas dan bawoh dgn gatenya sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uik murah giler 5k siap powder coating ! ambo dapat cat biasa je !

      Delete
    2. Boleh mntk no kontraktor x bro?

      Delete
    3. En Monavie, ramai yang berminat ni. Mohon respon hehehehe.

      Delete
  4. monavie.. boleh share contact buat kat puncak alam tu? sy nak buat grill & gate jugak. tq ye. :)

    ReplyDelete
  5. Monavie, kt p. alam gak ni nk buat grill. mohon share no

    ReplyDelete