Sunday, 18 December 2016

BON-APP-ETIT # Secret Recipe Taman Anggerik 2, Tanjong Malim

Miss, take away please !

Cappuccino cheesecake, RM8.80

Blueberry cheesecake, RM8.80

Moisture chocolate, RM8.80

Chocolate indulgence, RM8.80


Secret Recipe @ Tanjong Malim
No. 20 Jalan Cahaya
Taman Anggerik 2
35900 Tanjong Malim
Perak

Tel/Fax : +605-458 4996

- Ketam Batu -

Saturday, 17 December 2016

BON-APP-ETIT # Teppanyaki @ Setia City Mall


Lama nau aku tak menyantap teppanyaki. Teppanyaki bukanlah makanan peberet aku, sesekali bila teringin baru aku mencari. Mencari pun bukanlah serius sangat, kalau jumpa, makan. Kalau tak jumpa, makan benda lain pun tak membangkitkan kempunan.

Dulu masa zaman belajar, aku kerap berkunjung ke The Mines sebab ada satu kiosk teppanyaki yang menepati selera aku. Masa kat Perth dulu pun, ada satu Japanese Restaurant yang kerap aku singgah untuk melahap teppanyaki.

Terbaru, aku menchoba teppanyaki di food court Setia City Mall. Nampak macam lazat, berdesing bunyi minyak semasa chef menggoreng ayam. Terus naik selera aku nak makan.....

Beef teppanyaki untuk aku, RM10.00++

Chicken teppanyaki untuk bini aku, RM10++

Presentation totally out, tapi siapa peduli ye tak. Benda nak makan, bukan nak buat perhiasan !

Tapi ada orang kata, presentation penting untuk bangkitkan selera. Bagi aku pula, perut lapar yang membuatkan selera aku mencanak !

Rasa sesudu, dua sudu, tiga sudu dan licin satu pinggan. Bini aku tanya, sedap sangat ke sampai menjilat sudu !

Aku tengok pinggan bini aku, langsung tak luak. 

Jadi, sedap ke tak sedap ?

Ini pendapat aku la, pada selera aku. Teppanyaki dia tak berapa nak sedap, tak berapa nak juicy. Beef digoreng sedikit garing dan kering.

Dah tu kenapa melahap sampai licin kalau tak sedap !

Aku lapar sangat masa tu, since masih diterima oleh selera tekak, aku pulun sampai habis. Tak nak membazir pun ye juga.

Magic Wok - claypot chicken rice dia memang sedap !

Next visit ke Setia City Mall, aku tak makan teppanyaki dah. Aku cuba claypot chicken rice di Magic Wok ! 

Serius menepati selera tekak aku. Tak tau pula tekak korang boleh terima ke tidak.

Ikan masin yang ditambah pun just ngam-ngam, tak terlalu masin dan tak juga terlampau kurang rasa.

Gabungan semua ramuan just nice !

Maknanya mulai sekarang, aku kena jadi pelanggan tetap Magic Wok !

- Ketam Batu -

Friday, 16 December 2016

GALERIA # AEON Mall Shah Alam

Hari-hari aku lalu AEON Mall Shah Alam, tapi singgah je tak pernah. Bini aku kepoh minta bawa ke sana, sebab dia memang suka lepak-lepak AEON. Aku pula, AEON tetap AEON, mana-mana lokasi pun akan tetap sama ! Bini aku tetap berkeras, AEON Shah Alam tak sama dengan AEON Rawang, jauh berbeza dengan AEON Klebang ! Tak paham aku !

Akhirnya aku bawakan juga dia ke sana, itupun sebab kebetulan bawa baby aku ke baby spa di Setia City Mall, jadi alang-alang masih dalam satu kawasan aku singgah sekejap di AEON Shah Alam. Boleh juga aku snappy-snappy.

Parking luas dan boleh bayar guna Touch n Go !

Basement parking pun ada, tapi penuh masa aku datang. Musim hujan le katakan !

Port kegemaran aku, boleh redeem point AEON member card !

Terus tak jadi aku nak guna lift !

Al-Ikhsan oH! Al-Ikhsan dimanakah kamu?

Kids restroom, pertama kali aku jumpa mall yang sediakan kemudahan jamban untuk anak-anak kecil.

Sedih aku melihat nilai currency kita. Tapi bila mengenangkan saving aku di UK, Europe, Ostolia dan serata alam, aku kembali ceria !

Pinkish ! Akan jadi port untuk aku bayar hutang moto !

Event ape ntah !

Memanchor-manchor !

Ke Jepun kita main salji !

Tadi winter, ini autumn la pulop !

Penat jalan-jalan, kita makan-makan pula. Aku dapati ada beberapa cafe yang agak unik dan menarik di AEON Mall Shah Alam.

Teh Tarik Place

Segamat Rel

Ice cream Bucket

Perut melayu macam kami tetap akan mencari nasik kalau lapar sangat. Jadi kami ke food court saja, pun banyak pilihan untuk dipilih.

Nyonya oleh abam-abam Bangla !

Alhamdulillah !

Seat masih banyak kosong !

Buat-buat tak nampak !

Lepas makan balik semula ke Jepun !

Datang nampak matahari, balik nampak bulan ! Kata nak singgah sekejap saja, tapi sampai ke malam juga akhirnya. Itu pun sebab aku dah buat muka nak pitam dan anak-anak aku buat muka kepenatan. Kalau tidak, selagi belum tutup selagi itulah bini aku akan window shopping ! Suka nau dengan AEON !

- Ketam Batu -

BON-APP-ETIT # Gerai Burger Meleleh Taman Wangsa Tanjong Malim - PPP KKLW


Meleleh tang mana bro ?

Tersengih-sengih brade burger bila aku bertanya begitu. Nama gerai dia memang ada perkataan 'meleleh' !

Bukan lelehan dia atau burger aku nak sembang tapi gerai brade tersebut dibiayai oleh KKLW melalui Program Peningkatan Pendapatan.

Menarik !

Program Peningkatan Pendapatan oleh KKLW ini bertujuan mengeluarkan kumpulan sasar dari belenggu kemiskinan. 

Bantuan kewangan dan pengurusan disalurkan melalui agensi KKLW dan agensi kerajaan yang lain seperti Felcra, Felda, Risda, Giat Mara, Kemas dan sebagainya.

Bantuan kewangan maksimum RM10,000 diberi kepada mereka yang layak, juga bantuan latihan bernilai RM1500.


Agak ramai juga pelanggan brade burger tersebut, bertali arus tak putus-putus. Aku kira pendapatannya semalaman agak lumayan juga. Semoga beliau terkeluar dari belenggu kepayahan hidup.

p.s : burger biasa yang brade tersebut jual RM3.20 sebiji, sedap dan meleleh jugalah !

- Ketam Batu -

Thursday, 15 December 2016

GALERIA # Dataran Kuala Kubu Baru


Dataran ini kerap aku kunjungi jika datang keinginan untuk bersarapan selera pantai timur. Ada satu kedai makan menu pantai timur yang bagi aku sedap dan murah.

Tapi pada kunjungan aku kali terakhir, tukang masak masih bertungkus lumus di dapur. Mungkin aku tiba terlalu awal, jam 7 pagi !

Kedai-kedai makan yang lain pun masih tutup pintu. Sebahagiannya hanya dibuka bila menjelang tengah hari dan pada waktu malam sahaja.

Aku pernah makan di sini, Asam Pedas. Hanya dibuka untuk makan tengah hari.

Aiman Tino !!! Kegilaan anak muda zaman kini. Tino yang satu ini dah buka gerai char kuew teow tapi tak inform abang kawasan pun !

Disebabkan kebanyakan gerai di Dataran Kuala Kubu Baru masih belum ready untuk menerima kastemer, aku bergerak ke depan sikit dan parking depan pejabat JKR Hulu Selangor. Sebelahnya balai polis KKB  dan ada satu gerai kecil diantaranya.

JKR Hulu Selangor.

Masih lengang ! Tukang masak masih sibuk di dapur !

Tak habis sebab sikit sangat letak sambal ! Aku kalau nasi sesenduk, sambal kena seperiuk, baru naik selera !

Kebanyakkan kastemer gerai ini adalah anggota polis dari balai sebelah, juga kakitangan kerajaan setempat.

Aku pula pagi-pagi ke sini tanpa arah tujuan !

- Ketam Batu -

Wednesday, 14 December 2016

GALERIA # Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru


Umum menganggap Kuala Kubu Baru sebagai pekan mati atau pekan yang membosankan. Fungsinya tidak lebih sebagai pekan terakhir disinggahi sebelum berkunjung ke Fraser Hill.

Tetapi sebenarnya, Kuala Kubu Baru banyak menyimpan cerita dalam sisipan sejarah tanah air. Antaranya;

1. Perang saudara di antara kerabat DiRaja Selangor (1867-1874)
2. Banjir besar yang mengorbankan pegawai British (1883)
3. Pembunuhan Sir Henry Gurney (1951)

Kuala Kubu Baru sebenarnya sebuah bandar tinggalan kolonial British, dibina pada akhir kurun ke 19 selepas bandar lama Kuala Kubu musnah sepenuhnya oleh trajedi banjir besar pada tahun 1883.

Banjir tersebut berpunca dari pecahnya empangan, dan menenggelami bandar lama Kubu Baru sepenuhnya. Seramai 33 orang terkorban dalam trajedi tersebut termasuklah pegawai daerah berbangsa British, Sir Cecil Ranking.

Kini lokasi asal bandar Kuala Kubu dikenali sebagai Ampang Pechah, sempena pecahnya empangan air yang menyebabkan banjir pada tahun 1883.

Cerita setempat mempercayai, trajedi banjir tersebut berpunca dari perbuatan Sir Cecil Ranking yang menembak mati seekor buaya putih. Buaya putih tersebut dikatakan penunggu empangan Kuala Kubu.

Hanya tangan Sir Cecil Ranking berjaya ditemui, manakala jasadnya hilang sehingga kini. Tangan beliau dikebumikan di perkuburan Rumah Rehat Kuala Kubu.

Info lanjut : Kuala Kubu Baru

Aku berpendapat, Kuala Kubu Baru amat menarik untuk dikunjungi terutamanya oleh pencinta sejarah, dan juga mereka yang berminat dengan senibina zaman kolonial.

Entri ini aku tumpukan kepada Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru. Sebenarnya ada banyak lagi bangunan menarik dan unik di Kuala Kubu Baru, Inshaa Allah akan aku kongsikan dalam entri yang seterusnya.


Buat masa ini aku tercari-cari akan info sejarah berkenaan bangunan mahkamah/majistret Kuala Kubu Baru. Aku percaya kewujudan entiti ini bermula dari zaman kolonial British lagi.

Inshaa Allah akan  aku kongsikan jika mempunyai bahan-bahan yang boleh dipercayai nanti. 

Info semasa yang aku perolehi, majistret terkini mahkamah Kuala Kubu Baru adalah Zulhelmy Bin Hassan. Kini mengendalikan kes-kes sivil, jenayah dan juga kesalahan trafik.

Kamar perbicaraan.

Pertanyaan dan bilik hasil.

Etika menghadiri perbicaraan.

Waktu pejabat Mahkamah Kuala Kubu Baru.

Jika reader/s mempunyai apa-apa maklumat terutamanya berkaitan sejarah mahkamah Kuala Kubu Baru, mohon jika sudi untuk dikongsi-kongsikan.

TQVM

- Ketam Batu -