Dataran ini kerap aku kunjungi jika datang keinginan untuk bersarapan selera pantai timur. Ada satu kedai makan menu pantai timur yang bagi aku sedap dan murah.
Tapi pada kunjungan aku kali terakhir, tukang masak masih bertungkus lumus di dapur. Mungkin aku tiba terlalu awal, jam 7 pagi !
Kedai-kedai makan yang lain pun masih tutup pintu. Sebahagiannya hanya dibuka bila menjelang tengah hari dan pada waktu malam sahaja.
Aku pernah makan di sini, Asam Pedas. Hanya dibuka untuk makan tengah hari.
Aiman Tino !!! Kegilaan anak muda zaman kini. Tino yang satu ini dah buka gerai char kuew teow tapi tak inform abang kawasan pun !
Disebabkan kebanyakan gerai di Dataran Kuala Kubu Baru masih belum ready untuk menerima kastemer, aku bergerak ke depan sikit dan parking depan pejabat JKR Hulu Selangor. Sebelahnya balai polis KKB dan ada satu gerai kecil diantaranya.
JKR Hulu Selangor.
Masih lengang ! Tukang masak masih sibuk di dapur !
Tak habis sebab sikit sangat letak sambal ! Aku kalau nasi sesenduk, sambal kena seperiuk, baru naik selera !
Kebanyakkan kastemer gerai ini adalah anggota polis dari balai sebelah, juga kakitangan kerajaan setempat.
Aku pula pagi-pagi ke sini tanpa arah tujuan !
- Ketam Batu -
No comments:
Post a Comment