Wednesday, 14 December 2016

GALERIA # Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru


Umum menganggap Kuala Kubu Baru sebagai pekan mati atau pekan yang membosankan. Fungsinya tidak lebih sebagai pekan terakhir disinggahi sebelum berkunjung ke Fraser Hill.

Tetapi sebenarnya, Kuala Kubu Baru banyak menyimpan cerita dalam sisipan sejarah tanah air. Antaranya;

1. Perang saudara di antara kerabat DiRaja Selangor (1867-1874)
2. Banjir besar yang mengorbankan pegawai British (1883)
3. Pembunuhan Sir Henry Gurney (1951)

Kuala Kubu Baru sebenarnya sebuah bandar tinggalan kolonial British, dibina pada akhir kurun ke 19 selepas bandar lama Kuala Kubu musnah sepenuhnya oleh trajedi banjir besar pada tahun 1883.

Banjir tersebut berpunca dari pecahnya empangan, dan menenggelami bandar lama Kubu Baru sepenuhnya. Seramai 33 orang terkorban dalam trajedi tersebut termasuklah pegawai daerah berbangsa British, Sir Cecil Ranking.

Kini lokasi asal bandar Kuala Kubu dikenali sebagai Ampang Pechah, sempena pecahnya empangan air yang menyebabkan banjir pada tahun 1883.

Cerita setempat mempercayai, trajedi banjir tersebut berpunca dari perbuatan Sir Cecil Ranking yang menembak mati seekor buaya putih. Buaya putih tersebut dikatakan penunggu empangan Kuala Kubu.

Hanya tangan Sir Cecil Ranking berjaya ditemui, manakala jasadnya hilang sehingga kini. Tangan beliau dikebumikan di perkuburan Rumah Rehat Kuala Kubu.

Info lanjut : Kuala Kubu Baru

Aku berpendapat, Kuala Kubu Baru amat menarik untuk dikunjungi terutamanya oleh pencinta sejarah, dan juga mereka yang berminat dengan senibina zaman kolonial.

Entri ini aku tumpukan kepada Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru. Sebenarnya ada banyak lagi bangunan menarik dan unik di Kuala Kubu Baru, Inshaa Allah akan aku kongsikan dalam entri yang seterusnya.


Buat masa ini aku tercari-cari akan info sejarah berkenaan bangunan mahkamah/majistret Kuala Kubu Baru. Aku percaya kewujudan entiti ini bermula dari zaman kolonial British lagi.

Inshaa Allah akan  aku kongsikan jika mempunyai bahan-bahan yang boleh dipercayai nanti. 

Info semasa yang aku perolehi, majistret terkini mahkamah Kuala Kubu Baru adalah Zulhelmy Bin Hassan. Kini mengendalikan kes-kes sivil, jenayah dan juga kesalahan trafik.

Kamar perbicaraan.

Pertanyaan dan bilik hasil.

Etika menghadiri perbicaraan.

Waktu pejabat Mahkamah Kuala Kubu Baru.

Jika reader/s mempunyai apa-apa maklumat terutamanya berkaitan sejarah mahkamah Kuala Kubu Baru, mohon jika sudi untuk dikongsi-kongsikan.

TQVM

- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment