Thursday 7 May 2015

BeRCuTi Ke ToK BaLi, KeLaNTaN 2015 | BaHGN 2 : NiKMaTi BaYu LauT Di PaNTai iRaMa, BaCHoK

As-Salam & Salam Sejahtera,

Sebaik sahaja selesai urusan check-in di Tok Aman Bali Beach Resort, orang rumah ajak jalan-jalan. Nak ke Bachok katanya, lebih tepat lagi ke Pantai Irama, Bachok.

Ok set GPS, kami meluncur ke Pantai Irama Bachok. On the way tinjau-tinjau Terminal Ikan Tok Bali, tapi malas nak singgah. Pernah singgah dulu, lagi pula kami tak ada niat nak beli ikan pun. Lain lah kalau malam nanti ada planning nak buat BBQ.

Tapi sempat jugalah melencong sekejap untuk ambil gambar pelabuhan ikan Tok Bali dan replika bot nelayan.


Replika bot nelayan di persimpangan jalan Tok Bali, komposisi gambar tak cantik sangat sebab ambil dari dalam kereta. 

Kalau dari Tok Bali ke Pantai Irama, Bachok ambil masa lebih kurang 30 minit. Pemandangan kiri kanan sama ada paya bakau, sawah padi dan perkampungan Melayu. Penuh juga kiri kanan dengan kedai makan sama ada gerai jual keropok, goreng pisang dan juga medan ikan bakar. 

Pendek kata, selagi ada selera, makan dan makan saja kerjanya jika bercuti ke Kelantan.


Sebaik sampai ke Pantai Irama Bachok, singgah Masjid Mahmudi dahulu untuk tunaikan solat Asar. Masjid ini letaknya di tepi jalan utama, manakala seberang jalan adalah Pantai Irama.


Nampak tak, gambar ini diambil dari dalam masjid, nun di seberang sana adalah Pantai Irama. Sesuai dengan kedudukannya sebagai salah satu masjid utama di Bachok, dan terletak di kawasan tarikan pelancong, laman Masjid Mahmudi dijaga rapi. 


Kata-kata yang agak menarik, ambe capture sebelum masuk ke dewan solat. Pada mulanya ambe betul-betul ingatkan iklan jawatan kosong. Cuba anda baca betul-betul, kreatif kan?


Jika bercanda di pantai, tidak sah jika tidak nikmati snack berasaskan seafood. Gerai sebegini setia menyambut kedatangan pengunjung ke Pantai Irama. Ada keropok goreng, sate ketam, sausage dan sebagainya. Jika haus, air kelapa yang lemak-lemak manis sedia untuk dihidangkan.

Melencong bab makan sikit, sebelah saja Masjid Mahmudi tadi, ada medan selera dan medan ikan bakar. Masa kunjungan kami beberapa tahun lepas, kami singgah makan di salah satu gerai. Antara hidangan istimewa gerai tersebut adalah masakan berasaskan belut. Paling haliow adalah sup belut, cukup marbeles. Ketagih orang rumah akan sup belut Kelantan hahahaha!!!!


Makan lagi, nak buat macam mana. Tema jika bercuti ke Kelantan adalah makan dan makan untuk penuhkan tembolok. Ini sate ikan, ada beberapa orang brade bermotor yang menjual sate ikan di Pantai Irama. Selain sate ikan, ada juga sausage ketam dan sausage udang. Harga cukup murah dan sedap!!!


Kita nikmati pula pukulan angin bayu Pantai Irama. Dipersisiran pantai, ramai muda mudi sibuk berselfie manakala yang veteran pun tidak kurang hebatnya. Seronoknya dapat dengar bunyi badai, ambe cukup suka.


Berbanding beberapa tahun yang lampau, kini sebahagian besar Pantai Irama telah dibina benteng batu untuk mengelakkan hakisan pantai. Binaan benteng ini memudahkan kaki pancing untuk memacak joran. 


Nampaknya sudah ada operator yang mengusahakan sukan air di Pantai Irama. Mungkin tidak sehebat Penang ataupun Port Dickson, tapi at least sudah ada yang berani untuk berkecimpung. Tak nampak pula pengunjung main jet ski, yang ada bot pisang yang ditarik oleh jet ski.


Father and son, dah nak sama tinggi dengan ambe dah si bambam. Cepat besar budak ni, baru masuk darjah satu tapi badan mengalahkan budak darjah enam. 

Disebabkan kunjungan ke Pantai Irama secara ad-hoc, kami tak adalah berpicnic sakan. Cuma duduk-duduk tengok gelagat pengunjung, ada yang bermain layang-layang, ada yang siap bersimpuh makan-makan. Bila tengok orang berpicnic sambil makan, kita pun terasa lapar sama. Si bambam lagilah, berbunyi-bunyi tali perut.


Bila perut lapar, gerai akak montel ini kami terjah. Beli sedikit minuman dan buah-buahan. Tempat sebegini walau lapar, kita bukanlah nak makan yang berat-berat, tapi lebih kepada snack. Kalau keropok, dua tiga pinggan pun boleh habis. Mata si bambam dah melilau ke belakang, nak beli layang-layang katanya.


Cantik kan layang-layang yang dijual, berwarna-warni. Si kurus dan si bambam dah menggeletik nak layang-layang. Nampak tak yang bentuk macam burung? Kami beli jugalah sorang satu tapi bukan dari sini. Kami beli masa menyinggah di Pantai Bisikan Bayu keesokkan harinya.


Minum air kelapa sambil mata melilau ke kiri dan ke kanan. Tetiba ternampak dua gerai kecil yang menjadi tumpuan ramai. Jom kita lihat apa yang mereka jual.


Salah satu gerai jual permainan yang boleh keluarkan gelembung buih yang besar. Nak beli boleh, nak sewa pun boleh peralatannya. Ambe tak beli untuk anak-anak sebab tetiba salah satu buih sabun melekat tepat ke muka ambe. Pedih giler bila percikan buih sabun masuk mata!!!


Jom kita gerai satu lagi jual apa. Jual air krim de, nama ais krim dia, Ais Krim Baba. Sedap ke, jom kita terjah.


Ais krim Baba ni nampak simple saja. Ais krim yang diproses sendiri, kemudian letak peanut segala macam manisan. Harga cuma RM2. Nampak tak permainan bouncy castle kat belakang tu, semenjak si bambam patah tangan masa main benda tu, si bambam dan si kurus tak berani dah nak main!!! Phobia tahap dewa dibuatnya.


Inilah rupa ais krim Baba, simple sajakan? Tapi sedap rupanya, menyesal beli untuk si kurus dan si bambam je tadi. Dapat rasa setengah sudu, lain-lain habis bebudak kerjakan sampai licin. Patutnya untuk bebudak satu mangkuk sorang, mak bapak dua tiga mangkuk baru layanz.

Minum air kelapa dan layanz ais krim Baba tepi pantai, memang ketum dibuatnya. Lama tak lepak-lepak camgini, nak masuk senja pun tak sedar. Mulanya nak makan malam kat Pantai Irama saja, nak pekena sup belut. Tapi masing-masing rasa penuh pula perut. Jadi kami tinggalkan Pantai Irama untuk balik ke Tok Aman Bali Beach Resort.

Malam nanti nak cuba nasib cari medan ikan bakar yang sedap di Tok Bali.

4 comments:

  1. Assalam ketam batu ,
    apa????patah tangan maen inflatable tu???????
    my boboboy cukup soka maen tu tau3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, ntah kat mana silapnya, jatuh sampai patah tangan.

      Delete
  2. Makan d salah satu restoren ikan bakar...kedai penuh...alhmdulillah dpt jgk meja. Pilih ikan jenahak utk stim asam..ikn kembung goreng tepung..udg tepung 1 set...sotong bakar..tapi sayang..semua seafoodnya kurang fresh...rasanya Zul kuala Besut masih yg terbaik...ikn..udang..semua fresh berkilat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm info, zul kuala besut saya belum sampai lagi.

      Delete