As-Salam & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah kami sekeluarga selamat kembali dari pakej balik kampung dan percutian singkat ke negeri Kelantan Darul Naim.
Agenda utama sudah pastilah untuk menziarahi ibu yang semakin uzur di kampung serta meraikan adik bongsu yang baru menerima cahaya mata ke 4.
Sebahagian besar masa habis di kampung, cuma dua hari terakhir digunakan sepenuhnya untuk melapangkan minda di Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh, Kelantan.
Penginapan - Tok Aman Bali Beach Resort
Kali ini kami berkesempatan untuk menginap di Tok Aman Bali Beach Resort. Resort ini merupakan antara resort terbaik dan terbaru di negeri Kelantan. Mula dibuka pada tahun 2011, saban minggu dan setiap kali cuti umum, ia akan dibanjiri dengan pengunjung dari segenap pelusuk negeri dan juga dari luar Kelantan.
Untuk kami seramai 4 dewasa dan 2 kanak-kanak, ambe telah booked 1 unit bilik deluxe triple. Ada satu katil queen, satu katil single dan satu sofa yang boleh dijadikan tempat tidur. Kadar untuk 2 hari 1 malam yang ambe dapat melalui Agoda adalah RM284.70 termasuk tax.
Alhamdulillah rezeki Allah untuk kami menginap di sini.
Bilik deluxe triple, cukup selesa untuk keluarga besar.
Agenda wajib untuk anak-anak - mandi kolam.
Jika anda berjiwa outdoor, pilih saja mana-mana aktiviti yang berkenan di hati.
Bacaan lanjut sila klik SINI
Bacaan lanjut sila klik SINI
Pantai Irama, Bachok
Hatta sayang untuk meninggalkan bilik di Tok Aman Bali Resort, sesekali kena keluar juga untuk ambil angin segar. Tidak jauh dari Tok Bali, kami menuju ke Pantai Irama di Bachok.
Jaraknya cuma kira-kira 30 km. Ambil masa sekitar 20-30 minit bergantung kepada keadaan trafik.
Lagun buatan di Pantai Irama, Bachok sesuai untuk mandi-manda.
Pesisiran Pantai Irama meriah dengan gerai menjual makanan ringan, ais-krim dan cenderamata.
Bacaan lanjut sila klik SINI
Pantai Bisikan Bayu, Tok Bali, Pasir Puteh
Pantai Bisikan Bayu pada hemat ambe tidak semeriah Pantai Irama. Tapi ini adalah pantai yang paling hampir dengan Tok Aman Bali Beach Resort. Pesisiran Pantai Bisikan Bayu lebih privacy dan lebih bersih dikawasan resort berbanding dengan pantai untuk orang awam.
Pantai Bisikan Bayu - ini pesisiran yang dibuka untuk orang awam.
Pantai Bisikan Bayu - pesisiran yang terletak di kawasan Tok Aman Bali Beach Resort.
Bacaan lengkap sila klik SINI
Ibunda Ikan Bakar
Ada banyak medan ikan bakar di sekitar Tok Bali tapi kami hanya berkesempatan untuk mencuba Ibunda Ikan Bakar. Pilihan yang kurang tepat sebenarnya pada selera tekak kami. Juga kerana satu insiden kecil yang meranapkan selera orang rumah.
Ibunda Ikan Bakar di Cherang Ruku, Pasir Puteh.
Bacaan lanjut sila klik SINI
Terminal Ikan Tok Bali
Jika mahu mencuba ikan yang fresh dari laut, silalah berkunjung ke Terminal Ikan Tok Bali. Ikan dan hidupan laut yang lain dijual cukup murah jika anda berjaya berurusan secara langsung dengan nelayan. Tapi jika melalui orang tengah atau peniaga, harganya tidaklah semurah yang anda harapkan.
Pelabuhan ini tidak dibuka kepada orang awam, tapi anda boleh borong ikan segar di pasar basah Tok Bali atau dikenali juga sebagai TIBA (Terminal Ikan Bali).

Assalam ketam batu,
ReplyDeletepool dia memang busat nooooooooooooo
memang busat, kuak lentang boleh lenguh lengan dari hujung ke hujung!
Delete