Thursday 21 May 2015

PeRCuTiaN 3 HaRi 2 MaLaM Di SHaHZaN iNN, BuKiT FRaSeR | MaY 2015




Pestaim dalam hidup ambe bermalam di Fraser's Hill. Trip-trip yang lepas biasanya balik hari. Kenapa kali ini perlu bermalam? 

Ini kerana, ia merupakan business trip, ditugaskan ke Fraser's Hill pada hujung minggu. Haruslah angkut family sama, dan kompeni pula sanggup membiayai segala kos penginapan. Tqvm boss.

Beberapa hari sebelum ketibaan, gigihlah ambe membrowse Agoda dan memblogwalking dalam usaha memilih hotel yang bagus di Fraser's Hill.

Majoriti pengunjung memilih untuk bermalam sama ada di Puncak Inn ataupun Shahzan Inn. Ada segelintir pula menginap di banglo-banglo dan rumah peranginan milik agensi kerajaan mahupun swasta.

Banglo, terlalu besar untuk ambe. Kami cuma bertiga, lagi pula terbaca pula kisah-kisah menakutkan, entiti yang suka mengganggu pengunjung yang bermalam di sesetengah banglo. Terus kensel nak booking banglo.

Hotel pula, Puncak Inn telah habis dibooking. Available di Agoda cuma Shahzan Inn. Baca review, cukup memberangsangkan. Terus booked Shahzan Inn untuk 2 malam, bilik garden view. Total untuk 2 malam RM396, termasuk breakfast voucher untuk 2 orang.

Proses check-in cukup pantas dan cukup mudah. Kenalkan diri, hulurkan IC, tuliskan nombor kenderaan jika ada dan access card sudah ditangan anda. Lagipun kami check-in sudah lewat petang, hari Jumaat. Kami satu-satunya customer yang check-in pada waktu tersebut.

Lobi hotel tidaklah luas tapi cukup selesa. Boleh duduk-duduk bersantai sementara menunggu urusan check-in selesai. Tapi kalau tak ramai orang, belum sempat duduk lagi access card sudah berada di tangan.

Jom kita ke bilik, bilik kami di aras 3. Kalau dari lobi, nak naik guna lif boleh, nak guna tangga pun boleh. Tapi kita boleh drive sebenarnya untuk ke aras 3, disebabkan hotel ini dibina di lereng bukit. Kawasan parkir di sebelah kanan hotel sama tinggi dengan aras 3 hotel. Kami parking dan cuma berjalan kaki ke bilik kami.

Laluan ke bilik, masa melalui lorong sunyi inilah kami terdengar rengekan suara misteri. Bukan rengekan kepiluan, bukan rengekan kesakitan tapi rengekan kesedapan hahahaha!!!!!

p/s: sama ada sound system amoi tersebut terlalu kuat ataupun sememangnya bilik di Shahzan Inn tidak kedap bunyi sepenuhnya.

Ok sampai pun, access card dengan sape? Kecoh je si bambam nak buka pintu. Lupa nak habaq, trip kali ini, abang si bambam iaitu si enchem tidak ikut serta. Cuma ambe, my wife dan si bambam.

Jom berebut katil. Kami bertiga tapi bilik cuma ada 2 single bed. Tak perlu berebut pun, kami cuma rapatkan katil. Maka dapatlah kami tidur dengan selesa. Syiok tidur rapat-rapat waktu malam, Fraser's Hill malam-malam boleh tahan juga dinginnya.

Bilik tak adalah besar mana, jika dibandingkan dengan kadar semalaman hampir mencecah RM200. Ini rate untuk hujung minggu ye, hari biasa mungkin murah lagi. Lagi murah jika booking awal-awal.

Garden view, ada juga golf view. Ambe sengaja booking garden view, pepagi boleh nampak hutan dan dengar burung-burung berkicauan. Golf view buat apa, tengok rumput dan padang sajalah.

Basic tea/coffee set. Malam-malam sejuk boleh bancuh, dan minum kopi panas. 

Toiletries cukup terhad limited edishen. Nak buat koleksi pun tak bernafsu. Masa muda-muda dulu ambe cukup suka collect sabun dan syampoo hotel, kemudian susun cantik-cantik dalam bilik air kat rumah.

Tandas tiada cop SIRIM, dan masih basah masa kami masuk. Agaknya house keeping baru bersihkan bilik kut. Kebersihan tandas, acceptable dan masih lawas untuk membuang.

Ini tricky sikit, kami tercari-cari mana suis untuk hot shower. Terkial-kial kami cari tak jumpa. Tak ada hot shower, memang tak mandilah kami sebab sejuk yang amat. Rupanya butang untuk ON hot shower ada kat luar bilik. Pestaim menginap di hotel yang suis hot shower berada kat luar.

Satu lagi, tekanan air amat rendah. Anda kena adjust posisi pili hot shower baru air meluncur deras. Tapi tak deras mana pun, pendek kata mandi tak berapa nak puas. Controller panas sejuk air pun tak berapa nak berfungsi, pusing ke kiri terlalu sejuk, pusing ke kanan terlalu panas. Susah nak adjust bagi ngam-ngam dan suam-suam.

Selesai sembang pasal bilik, kita sembang pasal breakfast pula. Kami cuma dapat breakfast voucher untuk 2 orang, jadi untuk si bambam kena tambah RM10. Tak mahal kan?

Pilihan makanan tak banyak, tapi seriyes sedap pada tekak ambe. Dua hari berturut-turut, kami turun breakfast awal. Orang tak ramai, dan boleh lepak lama-lama kat cafe. Breakfast di Shahzan Inn memang something, tak reti nak describe. Rasa santai dan cukup relax.

Hari pertama, main courses adalah nasi goreng dan meehun goreng. Manakala hari kedua mee goreng dan nasi lemak. Seriyes sedap ko, especially sambal nasi lemak. Lain-lain, ada roti dan buah-buahan.

O-me-let atau omputeh panggil telur dadar. Hari pertama ada, hari kedua brade kita tutup kedai da!!!

Ini ambe tak cuba. Tengok menu tertera kat dinding macam happening je.

Pure fruit juice, hari pertama dah terkena. Manis giler dia punya grape juice. Kena tambah mineral water, baru boleh lalu tekak. Fresh orange ok.

Open space, tapi tak tahan angin sejuk. Kami duduk dalam, ok sikit.

Nak yam seng pun boleh, tapi masa kami breakfast Puteri Bongsu Lounge masih belum dibuka.

Apa lagi nak dikata?

Ambe cukup berpuas hati dan amat merekomen untuk anda semua menginap di Shahzan Inn Bukit Fraser. Harga at higher side le juga terutama pada hujung minggu dan public holidays. Tapi sesekali melabur untuk rejuvenate bagus juga.

p/s: Rejuvenate le sangat, ambe tidur sini pun sebab kompeni sponsor hahahaha!!!!

Shahzan Inn Fraser's Hill
Jalan Lady Guillemard
49000 Bukit Fraser
Pahang
Tel: +609-362 2300.


6 comments:

  1. Assalam ketam batu,
    rege bilik dia boleh tahan jugak kan3
    tapi bab rege bekpes tu bapak murah he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kopak kejap, nasib baik kompeni sponsor hehehehe

      Delete
  2. macam menarik jugak hotell nii.. huhu

    ReplyDelete
  3. saya pernah bawa press utk training kat c tu awal 90an, lama tak pergi dah. esok nak pergi rejuvenate le konon. i like ur review hotel shahzan. memula nak puncak inn tapi fully book, teruih book shahzan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sudi singgah. Weekend panjang ni memang bagus g rehat-rehat di Fraser's Hill.

      Delete