Friday, 8 May 2015

BeRCuTi Ke ToK BaLi, KeLaNTaN 2015 | BaHGN 3 : MeNiTi SeNJa Di PaNTai BiSiKaN BaYu, PaSiR PuTeH

As-Salam & Salam Sejahtera, 

Pantai Bisikan Bayu letaknya di Cherang Ruku, Semerak, Pasir Puteh. Dulu kalau tak silap, ianya lebih dikenali sebagai Pantai Semerak.

Pantai ini cukup dekat tempat penginapan kami, Tok Aman Bali Beach Resort.

Jadi ambe curi-curi masa untuk menikmati pemandangan sun-set di Pantai Bisikan Bayu.

Pada hemat ambe, Pantai Bisikan Bayu tidak se 'happening' Pantai Irama yang kami kunjungi sebelum ini. Cukup bagus jika anda inginkan suasana privacy.


Ini kawasan pantai yang terbuka untuk public. Ambe tidak singgah sini, sekadar menjenguk dari dalam kereta sahaja.


Jalan pantai, bahu jalan meriah juga sebenarnya dengan gerai-gerai kecil menjual snack dan layang-layang. Si bambam terbeliak mata bila nampak ATV, eh ada orang sewakan ATV katanya. Tapi malangnya, as usual kanak-kanak bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan untuk menaiki ATV.


Ini kawasan Pantai Irama yang berhampiran dengan entrance ke Tok Aman Bali Beach Resort. Tidak pasti jika kawasan ini telah dimilik peribadikan oleh pihak resort. Tapi ambe suka suasana di sini kerana lebih bersih dan tidak ramai pengunjung.


Nampak kan tak ramai orang. Makan bertinggunglah ambe di sini menunggu sun set. Mashaa Allah, cantik sungguh ciptaan Mu.

Bagaimana mahu ke Pantai Bisikan Bayu?

Pantai Bisikan Bayu letaknya Cherang Ruku, 16 km dari pekan Pasir Puteh. 

Jika anda berkereta sendiri tak ada masalah, on saja Waze. Tapi jika menggunakan kenderaan awam, boleh naik bas ataupun teksi ke Cherang Ruku. Tambang bas dari Pasir Puteh ke Cherang Ruku cuma RM1.50 manakala teksi pula RM2. Tapi untuk ke kawasan pantai, anda kena naik kereta prebet sapu, dari Cherang Ruku ke Pantai Bisikan Bayu, tambangnya cuma seringgit satu kepala.


Lokasi ini betul-betul bertentangan dengan entrance ke Tok Aman Bali, sebab itu dijaga rapi. Nak main bola tampar pantai boleh, nak main futsal pantai pun boleh.

Tapi nak main dengan siapa waktu Maghrib cam gini?

2 comments:

  1. Assalam ketam batu,
    dedolu zaman kekanak
    family selalu cotik2 kat pantai irama
    ohhhhhhhhhhhhhh rindu sob3

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi, ajak emcek hubby bercuti kat sana hehehe

      Delete