Monday, 18 May 2015

TGaNuNG MuNG TuNGGu aMBe MaGHi !!!


Cuti sekolah bakal menjelang tidak lama lagi (1-14 Jun 2015). Apa perancangan anda, ke mana akan anda bawa anak-anak untuk bercuti?

Kebiasaannya, ambe jarang bercuti pada musim cuti persekolahan. Ini kerana kos penginapan dan kos-kos lain biasanya akan meningkat (school holidays and public holidays surcharge), orang pula penuh sesak dan silap gaya, aliran trafik di sesetengah tempat kurang lancar.

Tapi cuti persekolahan pada kali ini, ambe terpaksa pencen dari menjadi penunggu gua. Ini kerana ada jemputan kenduri kendara keluarga terdekat di Kuala Terengganu.

Sudah jadi kelaziman, jika kenduri kendara keluarga terdekat, ambe mewajibkan diri untuk hadir melainkan ada aral melintang atau tuntutan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Memang agak lama juga ambe tidak bercuti ke Kuala Terengganu. Jika tidak silap perhitungan ambe, paling akhir ambe bercuti ke Kuala Terengganu adalah 7 tahun yang lampau. Pada masa itu, si enchem baru berusia beberapa bulan. La ni si enchem sudah masuk tahun dua persekolahan. Lama juga tu!!!

Urusan tempahan hotel pun belum ambe buat. Ada juga browse Agoda, tapi masih belum ada idea hotel atau resort mana yang berbaloi untuk diinap. Lagi pula, kelihatan seperti kebanyakkan hotel yang agak ok seakan telah habis ditempah. Hotel yang available di Agoda pada tarikh yang bersesuaian dengan percutian ambe, sama ada terlalu tinggi harganya atau pun hotel yang kurang dikenali.

Nampak gayanya, ambe kena browse blog-blog kembara tempatan untuk mendapatkan info yang lebih, sebelum memilih hotel penginapan di Kuala Terengganu.

Update: 3.12 PM, May 18, 2015

Draf entri di atas ambe tulis pagi tadi.

Terkini, ambe dengan jayanya telah membooking Hotel YT Midtown, Kuala Terengganu. Bilik suite, RM213 semalaman termasuk tax dan breakfast voucher untuk 2 orang. Sudah semestinya tempahan dibuat melalui Agoda.

Gambar ehsan En. Google

Hotel YT Midtown ini letaknya ditengah-tengah bandar Kuala Terengganu. Menerusi pembacaan blog yang sempat ambe browse, kedudukan hotel ini agak strategik dan tak beberapa jauh dari beberapa ikon pelancongan Kuala Terengganu. 

Antaranya, Pasar Payang, hanya walking distance. Jika penat berjalan kaki, boleh saja naik beca menurut salah seorang blogger. Nak ke Taman Tamadun Islam dan China Town pun tak jauh sangat.

Maklumat berkaitan tempat makan berhampiran Hotel YT Midtown, masih belum ambe khatam. Ada kesempatan, ambe akan gali lebih lagi maklumat berkaitan.

Penginapan kedua di Kuala Terengganu yang berjaya ambe booking adalah Chalet Che Su. Chalet ini sebenarnya terletak di Marang. Menurut anak buah ambe, chalet ini pun tak berapa nak jauh dari bandar Kuala Terengganu. Kadar semalaman, RM150. 

Inshaa Allah review lengkap akan ambe tulis sekembalinya dari Kuala Terengganu nanti.


4 comments:

  1. Assalam ketam batu,
    waaaaaaaaaaa
    entry ni berguna sesangat untuk iols tau3
    ghayer ni iols sefamilia nak cotik2 ganu
    tuuuuuuuluuuuuuunnn hupdate review hotel2 ni naaaaaaaaaa
    iols tungguuuuuuuuuuuu he3
    soka3

    ReplyDelete
  2. datang lah kat ganuu.. datang ke pantaii.. mmg perghh hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang umph cuma tak de rezeki nak merasa ICT.

      Delete