Tuesday, 26 May 2015

JoM MaKaN : RoTi CaNai SeDaP Di TaNJoNG MaLiM




Sape suka roti canai, sila angkat kaki!!!

Roti canai kira makanan asasi masyarakat majmuk di Malaysia, tak kira untuk breakfast mahu pun minum petang.

Malahan ada juga yang lunch dan dinner pun bedal roti canai sebagai pengalas perut.

Suke bebenor dengan roti canai.

Tapi mana nak cari roti canai yang sedap? 

Definasi sedap sebenarnya bergantung kepada selera tekak masing-masing. Ambe sendiri, sukakan roti canai yang diadun nipis dan dibakar garing. 

Bila dikunyah rasa lembut je, dan ada bunyi krup krap krup sikit.

Dah nak jadi rezeki, ada satu kedai mamak di Tg Malim yang pakar melibas dan menyediakan roti canai kena dengan selera ambe.

Restoran T.K. Mohammed



Kedai mamak ini letaknya di Taman Wangsa Setia, Tg Malim. Betul-betul tepi jalan besar, sebelum stesen minyak Shell kalau anda dari pekan Tg Malim.

Mee goreng pun sedap, tapi tengok juga sape yang masak. Ada satu macha, duty dia memang melibas roti canai di T.K. Mohammed. Kalau dia yang goreng mee, kepompem sedap, kalau macha lain, tak berapa nak umph!!!

Cubalah, kut la kena dengan selera anda.


2 comments:

  1. Assalam,
    alaaaaaaaa
    dah ujan2 ni
    nengok pulop ghoti canai
    sob3
    lapor3

    ReplyDelete