Monday, 19 December 2016

HIPPOPO BABY SPA & WELLNESS @ Setia City Mall

Termakan dengan hasutan family friend, aku laki bini angkut anak bongsu kami ke baby spa, HIPPOPO di Setia City Mall.

HASUTAN ! Macam jahat sangat bunyinya ha ha ha ! 

Kami pun ada gugel, akan kebaikkan spa untuk perkembangan bayi. Rupanya memang banyak manafaat untuk tumbesaran bayi. 

Lupa nak habaq, HIPPOPO menawarkan khidmat urutan untuk bayi dan juga swimming ! Lain-lain perkhidmatan belum ada. 

Ada satu baby spa di AEON Shah Alam siap tawarkan perkhidmatan manicure dan pedicure untuk bayi ! Curlass bebudak sekarang !

Kalau ikutkan risalah oleh HIPPOPO, swimming bagus untuk kestabilan emosi bayi. Juga untuk menguatkan jantung, paru-paru dan bagus untuk perkembangan otot bayi.

Baby massage pula bagus untuk tidur yang lena dan cukup. Baby aku lepas kena massage memang lena tidur dan kurang meragam. Tapi sekejap sahajalah, lepas sehari dua, perangai meragam datang balik. Maknanya kena kerap massage untuk hasil berpanjangan.

HIPPOPO di Setia City Mall bertemakan pantai. Setiap cawangan HIPPOPO ada tema masing-masing. Boleh rujuk risalah dan website mereka untuk info lanjut : HIPPOPO

Pada kunjungan pertama, staf atau fisioterapi akan memberikan penerangan yang panjang lebar berkenaan HIPPOPO, kebaikkan swimming, kebagusan baby massage, apa yang akan dilakukan ke atas baby dan banyak lagi. 

p/s : aku memang tabik spring dengan service dan sikap mesra pelanggan staf HIPPOPO @ Setia City Mall. Cawangan lain pun sama kut !

Kalau bersetuju, parents boleh pilih nak ambil package atau sesi berasingan mengikut kemampuan masing-masing. Juga bergantung kepada minat baby, ada yang suka main air, ada yang takut air. Ada yang suka kena massage, ada yang meraung kalau orang lain yang pegang.

Ada beberapa jenis sesi dan packages boleh parents pilih. Untuk baby swim sahaja, harganya RM30 untuk 30 minutes. Baby massage pula RM38 untuk satu sesi selama 20 minutes. Package baby swim dan baby massage untuk satu jam atau satu sesi adalah RM88.

Ada juga package swim unlimited, RM1088 dan valid untuk tempoh 12 bulan. Maknanya dalam tempoh 12 bulan, parents boleh bawa baby untuk swimming di HIPPOPO tanpa had, nak datang hari-hari pun boleh !

Macam aku, disebabkan pertama kali, kami ambil packages baby swim dan baby massage, RM88 untuk satu jam. Nak lihat dulu sama ada baby kami ok ke tak dengan air dan massage.

Rupanya kau suka ye nak !

Ok, habis sesi tersebut terus aku sign-up packages RM359 !

Packages RM359 ini sempena dengan Christmas. Valid untuk tempoh 6 bulan, dengan 6 sesi baby spa. Setiap sesi ambil masa satu jam untuk baby swim dan baby massage. Kira untung jugalah, kalau ambil sesi tunggal kena bayar RM88, kalau ambil package RM359, kos satu sesi jadi cuma RM59++

Sementara baby aku swimming dan kena massage, aku ambil peluang untuk snappy-snappy sekitar spa.

Risalah kesihatan - mouth, hand and foot diseases.

Malaysia Book of Records - Hippopo spa bayi pertama di Malaysia.

Tema HIPPOPO Setia City Mall.

Interior spa.

Swimming pool untuk baby.

Juga untuk baby.

Massage table.

Produk yang terdapat di HIPPOPO. Pakaian bayi juga turut dijual dengan harga yang berpatutan.

Benefits of baby spa !

Actually, masa entri ini ditulis, baby aku dah 2 kali ke HIPPOPO. Kunjungan kali kedua baru aku realised, ruang dalam spa agak terhad, akan jadi sesak bila ahli rombongan terlampau ramai.

Jadi pada pendapat aku, biar parents dengan baby sahaja yang masuk ke dalam spa. Ahli rombongan lain seperti atuk dan nenek, pakcik makcik dan jiran tetangga tunggu sahaja kat luar. Ataupun pi window shopping jauh-jauh.

Kalau kurang orang, pelanggan dan staf lebih selesa, juga mengurangkan contact untuk sebarang jangkitan. Pendapat peribadi aku lah.

p/s : aku laki bini takut nak potong kuku baby kah kah kah !

- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment