As-Salam & Salam Sejahtera,
Bagi rakyat Kelantan, sebut sahaja nama Tok Bali, fikiran pasti terbayang akan hasil laut yang masih segar bugar. Terminal Ikan Tok Bali merupakan pelabuhan pendaratan hasil laut utama di Kelantan.
Ikan, sotong, udang dan ketam yang baru didaratkan oleh nelayan akan dijual kepada peraih, dan kemudiannya dijual kepada orang ramai di pasar basah Tok Bali.
Tapi jangan sesekali mengharapkan harga yang super duper murah. Pengalaman peribadi ambe beberapa tahun yang lampau, harga yang dijual tidaklah semurah mana. Melainkan anda berjaya berurusan secara terus dengan nelayan yang baru pulang dari laut.
Kunjungan ambe pada kali ini langsung tidak menyinggah di pasar basah Tok Bali. Cuma meninjau-ninjau dari luar sahaja. Selain pasar basah, ada beberapa unit gerai yang menjual makanan berasaskan hasil laut.
Ambe cuba melencong ke pelabuhan milik LKIM tapi pada hemat ambe, ia tidak dibuka untuk kunjungan oleh orang awam.
Replika bot nelayan di simpang masuk ke pelabuhan perikanan LKIM Tok Bali.
Gambar Jambatan Tok Bali - ehsan cutikelantan.com
Jika anda adalah kaki pancing, Tok Bali mungkin destinasi yang tepat untuk anda. Muara dan perairan Tok Bali kaya dengan pelbagai spesis ikan. Anda boleh menyewa bot dari penduduk tempatan.
Jika tidak mahu ke laut pun, anda boleh melontar joran dari atas Jambatan Tok Bali. Illegal atau tidak, itu ambe tidak pasti. Semasa dalam perjalanan ke Bachok, ambe lihat ramai kaki pancing memacak joran di atas Jambatan Tok Bali.
Jambatan Tok Bali itu sendiri menjadi ikon kepada Tok Bali. Ianya dibina dengan bentuk melengkung ke atas, panjangnya kira-kira 300 meter dan tingginya kira-kira 100 meter. Tujuan ia dibina secara melengkung ke atas, adalah bagi membolehkan bot-bot melayan lalu di bawah jambatan tanpa halangan.
Wassalam
Wassalam
No comments:
Post a Comment