Tuesday 8 November 2016

AEON CaRD ReDeMPTioNS

@ AEON Rawang

Aku dulu tak kisah sangat pasal nak redeem segala jenis kad keahlian. Tapi aku cukup suka daftar keahlian dan collect point hahahaha !

Segala kad keahlian aku ada. Antaranya kad AEON, Bonus Link, Tesco, Caring Pharmacy dan aneka kad syarikat minyak termasuklah Petronas dan Petron.

Pantang orang offer aku untuk daftar keahlian, aku ok je asalkan free muahahahaha ! Lahanat betul perangai.

Dah memang hobi aku kumpul kad dan collect point, tapi itulah macam aku kata awal tadi. Kebanyakan point luput gitu je sebab aku malas dan unaware cara nak redeem.

Selalu jugak aku terima SMS dari AEON minta pergi collect gift voucher. Aku delete dan lama-lama lupa.

Lagipun tak banyak, kadang kala 5 ringgit, kekadang 10 ringgit. Nampak kecik nilainya jika dibandingkan masa yang terbuang nak tunggu giliran depan redemption counter.

Tapi itu dulu !

Kini aku rajin pula check point segala macam kad dalam wallet aku, kalau boleh ari-ari nak meredeem je kejenya, timbul rasa seronok.

First time aku redeem point kad AEON aku, dapat 30 ringgit. Gift voucher 30 ringgit tu aku tak ingat aku buat apa, tapi tetiba rasa berbaloi sangat.

Lagipun aku redeem waktu lunch hour, mostly orang bertumpu di food court jadi redemption counter tak ramai orang. Cepat je sampai giliran aku. 

Point Bonus Link pun pernah aku redeem di Caring Pharmacy. Aku kira antara pelanggan tetap Shell dan Caring Pharmacy, jadi cepat saja point Bonus Link aku naik. 

Asal cukup saja aku redeem di Caring Pharmacy, jimat jugalah kos nak beli ubat-ubatan dan segala macam vitamin.

Sesetengah kad kredit pun ada plan kumpul point dan kau boleh redeem setelah cukup tempoh. Biasa bank tak declare, ko kena pandai-pandai cari info sendiri.

Tapi jangan pula korang berlumba-lumpa buang duit shopping memanjang semata-mata nak kumpul point. Itu dah kira lahanat sangat perangai, membazir sedara syaiton !

Berbelanja ikut keperluan, point yang dapat kumpul dan redeem kira bonus dan rezeki tambahan.

Sebelum aku akhiri entri ini, sedikit info berkaitan kad AEON;

1. 1 mata untuk setiap 1 ringgit yang dibelanjakan.
2. Mata ganjaran mungkin lebih tinggi sewaktu promosi.
3. Mata ganjaran luput pada setiap 31 Disember.
4. 1500 mata ganjaran bersamaan 10 ringgit jika redeem.
5. Info lanjuk boleh klik SINI

Sekian.

- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment