Friday 4 November 2016

KoLaM ReNaNG uNiVeRSiTi PeNDiDiKaN SuLTaN iDRiS KiNi DiBuKa KePaDa uMuM !

Dulu aku selalu bawa anak-anak berenang di Bukit Beruntung Golf and Country Resort. Lama jugalah aku tak ke sana, anak-anak pun asyik tanya bila nak main air. 

Padahal aku rasa baru je bawa gi main air di Lost World of Tambun.

Katanya main air di kolam renang lain dengan main air di water park. Banyak lah kau punya konar nak oiii !

Kebetulan aku dengar UPSI baru buka kolam renang mereka, Arena UPSI untuk kegunaan umum. Jadi aku bawa anak-anak aku ke sana sambil-sambil nak tinjau kemudahan.

Boleh juga aku tulis something kat blog travel aku ni.

Blog travel la sangat !

Gelanggang renang UPSI.

Nak ke UPSI senang saja, senang sangat kalau guna Waze. Cumanya, kampus UPSI ada dua, kampus lama yang berdekatan Pau Mun Yik dan kampus baru di Proton City.

Arena UPSI ini letaknya di kampus baru UPSI, Proton City. Kalau masuk melalui pintu utama UPSI yang ada pintu gerbang, belok kiri selepas pos pengawal dan jalan terus. Dari pos pengawal pun dah nampak komplek sukan UPSI yang menempatkan kolam renang.

Nak mudah, tanya saja Pak dan Mak Guard ! Depa sedia untuk membantu.

Murah giler !


Kalau ada sedara mara kerja UPSI, lagi heaven ! Tiket semurah RM3. Public pun dah kira murah juga, cuma RM10 sekali masuk dan berenanglah sampai lebam.

Jom kita tinjau kemudahan yang ada.


Jangan sebarangan ye !


Asalkan sopan dan tak menjolok mata !


Mandi sebelum dan selepas berenang !


Kolam untuk anak kecil, paras lutut dewasa - beginners !


Kolam untuk anak sekolah, paras dada dewasa - novice !


Arena utama sedalam 2 meter - untuk kejohanan dan expert !


Kemudahan asas memang lengkap dan sesuai untuk riadah renang. Gelongsor bagai memang tak adalah, sebab tujuan utama Arena UPSI dibina adalah untuk kejohanan dan juga beriadah dengan berenang.

Masih baru jadi kesemuanya masih tip top dan bersih.

Cuma tiada Baywatch ! Ibu bapa kena awasi anak masing-masing. Laki awasi bini dan bini awasi laki masing-masing !

Cerita pasal keselamatan, anak buah aku pun hampir lemas. Baru umur 6 tahun dan kecik, macam mana boleh terlepas dari mata bapak dia, tetiba terjun kolam yang sedalam 1.2 meter.

Terkapai-kapai minta diselamatkan. Kebetulan orang tak ramai.

Nasib aku dekat dan nampak. Tapi aku biarkan dulu budak tu kelemasan dan telan air dalam segelen dua, baru aku selamatkan !

Rasakan, degil sangat. Dah berbuih mulut bapak dia larang tapi nak juga terjun. Kecik-kecik dah tunjuk modal keras kepala.

Bila dapat naik, aku bagi sedas dan terus jeran nak mandi kolam hahahahaha !


Awan mendung mendamaikan !


Berbalik pada cerita Arena UPSI. Paling aku suka background dia, banjaran Titiwangsa beb ! Kalau waktu pagi siap berkabus, rasa macam mandi kolam di tanah tinggi pula. Kampus UPSI Proton City memang cantik pemandangan dia, sebab dibina di kawasan berlembah dan diserikan dengan kehijauan Titiwangsa.

Hope kekal macam itulah, sebab dari jauh nampak kawasan seperti kena tarah. Ada saja tangan ghaib yang suka mencemarkan kesucian alam semesta !

Ok lah, konklusinya aku akan jadi regular customer Arena UPSI. Tiket murah dengan kemudahan asas yang tip top.

Opposite Arena UPSI adalah Stadium UPSI. Boleh jogging dan berolahraga kalau berminat.

Sebelum aku tamatkan entri aku kali ini, mungkin ini dapat membantu dan dijadikan panduan.

Semua wajib tahu !

- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment