Wednesday 9 November 2016

TRIP IPOH MALI (NOVEMBER 2016) - 01 : WoNDeR ZoNe 9D CiNeMa @ iPoH PaRaDe

Ipoh Parade


Agak lama juga aku sekeluarga tak menyinggah ke Ipoh Parade walau kerap juga turun Ipoh.

Pernah lepak-lepak lama dulu, rasa sendu sangat ! Sekali dua saja kemudian tak ada napsu dah nak repeat !

Lebih-lebih sejak ada Jusco atau AEON. Nak lagi AEON Klebang !

Tapi memandangkan penginapan aku dekat sangat dengan Ipoh Parade, iaitu Syeun Hotel, seberang jalan je pun, nak tak nak aku gagahkan kaki juga ke Ipoh Parade untuk makan dan cari barang keperluan.

Sekilas lalu bagi aku yang dah lama tak hadap Ipoh Parade, shopping complex ini dah berubah wajah. Banyak kedai-kedai baru, tapi suasana masih tak berapa nak happening bagi aku. 

Cuma yang terlebih excited adalah anak aku ! Sebab dia nampak papan tanda 9D. Aku ingatkan adik beradik Magnum 4D, rupanya pusat hiburan keluarga.

Lebih tepat lagi pusat hiburan keluarga Wonder Zone nama dia, yang mana 9D Cinema adalah sebahagian daripada Wonder Zone.

Pinjam pic dari Google !

Apa ke benda 9D Cinema?

Carian aku di Google menemukan maksudnya iaitu a moving simulator ride, plus exciting 3D animated movies with surround sound and coupled with dramatic effects such as rain, fog, lightning, wind, water and more !

Kata anak aku dia pernah menonton movie kat 9D Cinema, best sangat katanya ! dan nak repeat !

Aku just.....

OK cuba try test !

Kena beli tiket dulu, 15 ringgit dewasa dam 10 ringgit kanak-kanak. 

Kemudian naik ride kena pasang safety belt, takut tercampak kata apek operator.

Ada banyak movie untuk dipilih tapi awal-awal lagi apek tersebut dah pilihkan untuk kami ! Cerita bagus katanya dan agak panjang iaitu kira-kira 10 minutes. Movie lain sekitar 3 hingga 6 minutes saja.

Movie roller coaster ! Belasah je lah !

Pakai spek 3D siap-siap dan dimulakan dengan bunyi zinnNNNGGGG ! ride mula bergoyang kiri kanan atas bawah mengikut jalan cerita.

Memang real, masa roller coaster menurun curam, aku boleh rasa kecuraman landasan roller coaster tersebut. Begitu juga sewaktu menaik atau terlambung sana sini, rasa macam real sangat.

Kalau terjun lopak air, boleh rasa percikan air ke muka ! Ini memang real sebab ada tube untuk sembur air ke muka penonton, sebahagian daripada effects 9D.

Tapi sebab dah tahu itu semua hanya simulation, curam macam mana atau ngeri macam mana pun jalan cerita, jantung aku santai saja berdegup !

Langsung tak nervous hahahaha ! Lama-lama jadi boring jadinya, berjanggut rasa nak tunggu movie tamat.

Anak aku memang seronok sangat, menjerit tak hingat, entah hape-hape hehehe ! 

Aku pula tak berapa nak enjoy akhirnya, lagipun goyangan simulator tersebut membuatkan kepala aku pening dan mata berpinar. Goyang gerudi ala Inul ok juga !

Habis movie terpaksa cari kerusi untuk duduk sekejap. Kalau tak mahu aku tumbang sambil muntah ijo !

Pening berpinar mata semua ada, gelak sakan anak aku. 

Tobat lepas ni aku tak mahu naik dah. Tapi tobat aku ni belum sampai tahap nasuha ! Ngeeeee !

- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment