Pinjam gambar dari Gugel. Mohon kebenaran pemilik asal untuk guna.
Ustaz Kopi merujuk kepada jenama perniagaan yang diusahakan oleh sekumpulan guru agama untuk meraih pendapatan tambahan.
SOP mereka cukup mudah. Berniaga kopi dan sandwich di persimpangan lampu isyarat.
Cerita mereka ini sememangnya sudah lama viral.
Cuma aku yang selama ini sekadar jadi pemerhati. Seronok melihat kreativiti mereka dalam mencari rezeki lebih.
Sandwich sardin !
Sehinggalah dua minggu lepas aku berhasil menjadi pelanggan mereka.
Saja nak cuba-cuba keenakkan sandwich dan kesegaran kopi mereka.
Tapi kopi ustaz cepat nau sold out !
Selama ini pun bila aku tiba ke lokasi mereka berniaga, cuma sandwich yang masih berbaki.
Sandwich ada dua, sama ada sandwich telur ataupun sandwich sardin. Cuma 2 ringgit untuk satu paket berisi dua keping roti sandwich yang dipotong dua.
Sedap tapi sekejap saja aku telan. Lekat celah gigi sahaja. Tengok saiz perut aku, kurang-kurang lima paket sandwich kena beli dari ustaz baru terasa perut tidak kosong.
2 ringgit kali 5 packet, 10 ringgit !
Banyak nau la pulok ongkos untuk breakfast ! Beli 1 sekadar untuk rasa bolehlah, kenyang pasti tidak.
- Ketam Batu -
No comments:
Post a Comment