Thursday 3 November 2016

MaT CaNGKuL # LiMau PuRuTKu DiMaKaN uLaT

Tiba-tiba datang minat nak jadi Mat Cangkul !

Bukan Mat Cangkul yang kejar pekerja syarikat air, tapi Mat Cangkul yang betul-betul punya. Berbudi pada tanah yang hanya dua tiga kangkang kera.

Baru sangat mula sebenarnya, dalam sebulan dua ni lah. Tanam sikit-sikit tepi rumah. Ada nangka, ciku dan aneka jenis limau. 

Kebetulan tanah macam sesuai untuk bercucuk tanam, kemudian campur dengan tanah bernutrient yang dibeli dari nurseri.

Ada masa ada modal, nak tambah sikit-sikit dan pelbagaikan variasi pokok, yang mana sesuai untuk ditanam di kawasan perumahan.

Antara tanaman yang paling awal aku tanam adalah limau nipis, limau kasturi dan limau purut. Mula-mula ok tapi bila hujan makin lebat seminggu dua ni, ulat pun makin rancak duduk menumpang. 

Paling ulat suka melepak adalah atas pokok limau purut. Sekadar melepak sahaja ok lagi, siap hore-hore sambil makan daun limau purut aku. 

Suka hati kau je kan nak makan, without permission !

Ini pic seminggu lepas ! Petang semalam makin gondol !


Comel je kan ! Tapi habis limau purut aku dikerjakan !


Mula nak guna racun serangga tapi bila fikir balik, apa guna aku tanam sendiri kalau sibuk nak guna racun serangga.

Apa beza dengan hasil mahsul petani komersial yang banyak guna racun.

Jadi aku mula browsing cari alternative lain. Tak mahu guna racun serangga tapi nak guna kaedah organik.

Petua yang aku dapat adalah seperti berikut. Campur 1/2 sudu teh pencuci pinggan, 1/4 sudu teh minyak masak dan satu liter air. Kemudian sembur pada perosak dan pokok.

Asalnya untuk halau whitefly dan mealy bug, tapi boleh juga untuk halau perosak yang lain.

Inshaa Allah akan kuchoba. Nanti aku report kat sini sama ada berkesan atau tidak dalam usaha menyelamatkan satu-satunya limau purut aku.

Kalau ada nak suggest petua yang lain, amatlah aku alu-alukan !

- Ketam Batu -

1 comment:

  1. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
    KLIK->Toto Magnum 4D 5D 6D Ki Witjaksono.

    ReplyDelete