Wednesday 16 November 2016

WORKING HOLIDAYS TRIP - BeRCuTi SaMBiL BeKeRJa Ke MaRiNa CoVe ReSoRT LuMuT (2016)

Pic cilok dari website Marina Cove Resort.

Alamat:
Marina Cove Resort
Jalan Teluk Batik
32200 Lumut
Perak

Tel : +605-683 6666
Email : reservation@marinacoveresort.com.my
Website : Marina Cove Resort

WORKING HOLIDAYS TRIP ke 3 untuk bulan November tahun ini. Sekali lagi hujung minggu dikorbankan atas nama tuntutan kerja.

Kerja hujung minggu, famili dilupa jangan. Tetap aku angkut segala bala tentera yang ada di rumah, kecuali bini aku yang berhujung minggu di KL.

Destinasi kali ini adalah daerah Manjung dan kompeni bermurah hati untuk taja penginapan di Marina Cove Resort, Jalan Teluk Batik.

Pertama kali aku menginap di Marina, masa anak sulung aku berusia kurang setahun. La ni budak tu dah darjah 3, umur 9 tahun.

Panjang gile sela masa tersebut !

Aku mulakan dengan bilik-bilik penginapan yang ada di Marina Cove Resort;

Superior room - rates RM133.00 - RM233.00
Superior family - rates RM177.00 - RM297.00
Studio deluxe (1 bedroom apartment) - rates RM163.00 - RM253.00
Premier deluxe (2 bedrooms apartment) - RM261.00 - RM441.00
Premier suite (3 bedrooms apartment) - RM339.00 - RM659.00
Penthouse (4 bedrooms apartment) - RM767.00 - RM977.00

Hotel types !

Apartment !

Sebenarnya kompeni cuma tempah bilik superior. Tapi nak jadi rezeki, masa aku check in sekitar jam 9 malam, bilik semua penuh kecuali Premier Suite (apartment 3 bilik).

Jadi secara otomatik penginapan aku telah di upgrade kan !

Suka tak?

Suka.... suka.... suka !

Jangan galak sangat. Bersuka-suka duluan, berduka-dukaan nanti !

Nak cerita juga, kenapa jam 9 baru aku sampai. Disamping lama menyinggah dalam perjalanan, cuaca juga amat buruk dengan hujan lebat. 

Perabun ayam macam aku memang bermasalah jika memandu dalam keadaan hujan lebat ditambah dengan keadaan gelap.

Aku jadi disoriented. Penglihatan jadi kurang jelas, berpinar-pinar bila disuluh cahaya dari kenderaan lain dan juga sukar untuk menganggar jarak.

Tambah pula aku guna jalan lama dan bukannya lebuhraya Plus.

Terpaksalah aku memandu dengan halaju jauh di bawah had laju kebangsaan.

Kadang kala cuma 40-50 km/h.

Gila bapak slow ! Kenderaan belakang aku pun naik tension !

Aku lagilah rimas kena hon dan high beam. Bertenang dan bawa banyak bersabar.

Akhirnya berjaya juga aku tiba berpandukan Papa Go dan Waze.

Check in ambil masa sikit. Bukan sebab ramai tapi check in cara manual. Maksud aku segala informasi diisi dengan tangan dan bukannya komputer.

He he he ! Klasik gile. Tapi bukan ambil masa lama sangat, ambil masa sikit je !

Sambil tunggu urusan check in aku selesai, mata jeling-jeling dengan anak-anak muda yang ramai melepak di lobi, menunggu kenderaan. Depa semua macam dari kolej atau universiti. Ada aktiviti barangkali.

Mat-mat motor pun ramai menginap di sini. Geng kapcai ada, geng superbike pun ada, otai HD pun ramai juga.

Dapat kunci sahaja, terus mahu naik ke bilik sebab badan dah penat sangat.

Anak aku dah tuding-tuding swimming pool, sebelah sahaja dengan reception area. Tunggu esok sajalah nak, agak-agak le nak swimming memalam, dengan hujan lagi !


Reception - pic ke 'esok' kan pagi !


Kunci bilik sudah di tangan !

Complimentary breakfast voucher and Marina Water Park voucher ! 

Hatta bilik aku telah upgrade dari superior kepada premier suite oleh receptionist, aku tetap hanya terima complimentary vouchers hanya untuk dua orang ! sama seperti untuk pelanggan superior dan deluxe.

Daily breakfast vouchers untuk 2 orang, juga 2 complimentary vouchers untuk masuk Marina Water Park. Details boleh rujuk carta yang aku sertakan seperti di atas.

Masuk lif, tekan butang 10 !

Bilik aku di tingkat 10 !


Mencari-cari bilik, kerana bilik tak mahu cari aku !

Kemudahan Wi Fi !

Jumpa pun !

Luas terbentang !

Satu kampung boleh masuk !

Jangan ngengada nak masak-masak ! Tidak dibenarkan !

Daily complimentary !

Lapo tak ?

Master bedroom !

Mula-mula masuk ok. Lantai bersih, tiada kesan-kesan berpasir. Aku tarik napas lega.

Kemudian.....

Freddy's nightmares aku pun bermula !


Homestay aku boleh terima, tapi kalau hotel bagi katil koyak rabak memang lahanat sangat !

Sofa bukan setakat koyak, bila aku duduk, bontot aku tenggelam terus, sofa buruk der !

Penutup jambans hampir relai satu persatu !

Lahanat, katil penuh dengan rambut dan buluz !

Jamban berkecai aku boleh tolerate, tapi bila atas cadar penuh dengan rambut memang lahanat sangat lah. 

Sah-sah bukan rambut aku, sebab aku tiada rambut. Rambut anak-anak aku pun pendek-pendek. Mesti house keeping tak tukar cadar selepas pelanggan terdahulu check-out !

Aku selongkar dan amati lagi cadar. Kali ini aku jumpa tompokan kuning ! Air kencing ke hapa ?

Kemudian nampak beberapa urat rambut kerinting semacam ! Aku tak rasa itu bulu kepala atau bulu ketiak !

Aku belek-belek, sah bulu pubik. Dari pengamatan akan kepanjangan bulu pubik tersebut, pemiliknya aku duga dah berbulan tidak mencukur bulu kemaluan.

Serta-merta darah aku menyirap call house keeping !

Tak sampai 10 minit, 2 orang Bangla datang !

Bukan racist atau pandang rendah dengan Bangla. In fact aku pernah ada kawan rapat dari Bangladesh masa zaman belajar dahulu.

Cuma dari pengalaman peribadi aku, kalau Bangla yang kerja housekeeping di hotel bajet atau separa mewah, memang jenis buat kerja cincai atau kurang terlatih.

Aku tunjuk bulu pubik atas cadar, dan Bangla tersebut ketawa geli hati !

Lahanat !

Aku follow mamat Bangla tersebut ke trolley untuk pastikan dia betul-betul ambil cadar dan gebar yang baru. Cadar baru pun, walau wangi bau sabun masih lagi kekuningan dan usang.


Belakang sofa pun aku selongkar ! Nampak ?

Tak mahu ganggu mood, aku cuci mata lihat pemandangan sekitar di waktu malam. Best view dari tingkat 10, menghadap Marina Water Park dan pulau buatan.


Salah setting ! View waktu malam memang cantik, lampu-lampuan dari bot dan perumahan di atas pulau buatan !

Ini view dari bilik aku pada waktu siang hari;


Pangkor dan pulau buatan. Penambakan laut masih rancak berjalan !

Marina Water Park !

Laguna dan kolam air masin !

Bon-app-etit : Breakfast @ Lupa aku nama coffee house, ke memang tak ada nama ?

Awal pagi lagi kena turun sarapan sebab aku ada kerja. Sebelum jam 7 am aku dan anak-anak dah terpacak depan coffee house. 

Disebabkan aku cuma dibekalkan dengan 2 vouchers, sepatutnya aku kena bayar untuk satu lagi kerana kami bertiga.

Tetapi abam Bangla yang jaga coffee house bermurah hati untuk membenarkan anak aku yang berusia 8 tahun untuk masuk percuma !

TQVM abam Bangla ! Sejuk hati aku lepas insiden bulu pubik malam tadi.

Seleksi makanan tidak banyak tetapi memenuhi selera anak-anak aku.

Nasi lemak wajib ada, meehun atau mee goreng, meehun atau mee rebus dan roti-rotian.


Candid malu-malu kucheng !

Rebus-rebusan.

Gula pasir letak dalam mangkuk gitu je, sempoi !

Abam Bangla murah hati cuma pada hari pertama !

Menu untuk dua pagi berturut aku tengok tidak banyak berubah !

Yang berubah cuma hati abam Bangla !

Hari pertama dia bagi anak aku masuk percuma. Tapi hari kedua aku kena bayar tol !

Buat muka charming macam mana pun masih tak lepas.

13 ringgit plus-plus untuk satu kepala kanak-kanak bawah 12 tahun.

Bagi aku, sarapan di Marina Cove ok jugalah. Tidak banyak pilihan tapi menyelerakan. 


Swimming @ Marina Water Park and hotel's swimming pool

Voucher pun ada jadi aku bawa jugalah anak-anak ke Marina Water Park.

Nanti aku buat entri khusus untuk Marina Water Park.

Kat sini aku kongsi sedikit sahaja berkenaan Marina Water Park. Nama memang gah, tapi jangan pula imaginasi melampaui batas.

Tidaklah sehebat Lost World of Tambun mahu pun Lake Town Resort. Tapi kira ok kalau management renovate atau buat make over.

Kondisi semasa terlalu usang ! Paling aku tak suka, air nampak kehijauan dan keruh ! Katanya sebab berpasir, tapi tetap aku tak suka.

Cepat-cepat minta anak-anak keluar dari kolam water park !

Menariknya sini juga ada kolam mandian air masin tapi ditutup sebab air lambat penuh ! Kolam lambat diisi dengan air masin, jadi tiada sesiapa yang mandi di situ.

TQVM juga aku nak ucapkan pada akak yang meniaga cafe di Marina Water Park ! kerana bagi minum milo ais percuma.

Kisahnya akak tersebut tersalah bancuh, aku order nescafe ais tapi dia bancuh milo ais.

Tak mahu membazir, dia bagi free je air yang silap bancuh ! Lagi pun dah nak tutup kedai katanya.

TQVM sekali lagi.

Nak masuk sini juga aku kena bayar lebih sebab vouchers cuma ada 2. 

7 ringgit sahaja harga tiket untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Lepas minum-minum, anak-anak aku sambung swimming kat Marina Cove. Swimming pool dia nampak lebih jernih dan bersih.

Aku pun tak geli-geli nak berendam sama.

Vouchers Marina Water Park untuk hari ke 2 aku hibahkan kepada budak-budak yang aku jumpa kat swimming pool. Suka dia dapat vouchers free !


Apa lagi nak habaq ?

Parking aku kira agak terhad jika tiba musim cuti sekolah. Kalau hari minggu biasa ok lagi kut. Sepanjang 2 hari aku kat sana, tak pernah pula sampai berpinar mata cari parking.

Basement parking memang tak ada. Open air gitu, malam-malam kereta bermandikan embun.

Eh ! aku ada nampak parking berbumbung depan Marina Water Park. Tak mahu kereta sejuk berembun, korang boleh parking situ kut !

Tak jauh dari Marina Cove, ada partment baru ! nama dia Marina Height ! Katanya sebahagian daripada Marina Cove juga, management yang sama.

Masih baru tapi malam-malam aku tengok tak banyak unit yang lampunya menyala. Jadi kalau malam-malam agak sunyi dan scary le kut !

Marina Height juga menempatkan karaoke dan seafood resto ! Happening !!!


IMHO

Pada aku, dengan kondisi semasa, Marina Cove memang sesuai untuk mereka yang tak cerewet dan sukakan penginapan murah dengan size bilik yang agak besar (apartment).

Peserta konvoi ke, family dengan ahli keluarga yang besar (jenis tak banyak songeh !) atau bajet travellers seperti golongan pelajar.

Lain-lain baik ko booking sahaja Damai Laut !

- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment