Monday 14 November 2016

WORKING HOLIDAYS TRIP - BeRCuTi SaMBiL BeKeRJa Ke iMPiaNa HoTeL iPoH (2016)



Alamat :
Impiana Hotel Ipoh
18, Jalan Sultan Nazrin Shah
30250 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Phone : +605-255 5555
Fax : +605-255 8177
Email :info.ihi@impiana.com
Website : Impiana Hotel Ipoh

Nama asal hotel ini adalah Casuarina Hotel Ipoh. Tukar nama selepas berlakunya pertukaran pengurusan.

Hotel ini menawarkan beberapa jenis bilik penginapan antaranya;

Deluxe Room (Number of rooms : 99)

  • 1 King Bed
  • 32" LCD TV
  • in room internet access
  • in room coffee and tea
  • daily 2 bottles mineral water
  • free car park
  • 24 sq.m

Premier Room
(Number of rooms : 16)


  • 1 King Bed
  • 32' LCD TV
  • in room internet access
  • in room coffee and tea
  • daily 2 bottles mineral water
  • free car park
  • 16 sq.m

Royal Suite


  • the one and ONLY !
  • fasilities memang kebaboom le kut !

Disebabkan kunjungan aku ke Impiana Hotel Ipoh atas dasar kerja dan disponsor sepenuhnya oleh kompeni, sah-sah aku tak menginap di Royal Suite.


Menginap dalam mimpi sajalah !

Penginapan untuk aku adalah di bilik Deluxe. Itu saja bajet yang mampu kompeni aku keluarkan. 


Pic cilok dari website Impiana Hotel Ipoh

Sebelum tiba ke mana-mana hotel, memang aku gugel dulu untuk cari info seperti kemudahan dan juga keluasan bilik.

Ini kerana jika terpaksa bekerja di hujung minggu, memang aku akan angkut seisi bala tentera ! Melainkan memang tak boleh sangat, baru aku tinggalkan kat rumah. 

Bini aku memang cerewet dengan pemilihan bilik, kena ada karpet, internet kena laju, jamban kena berkilat (bontot dia tak boleh berak kalau tandas duduk berkerak) etc. Anak-anak aku pulak kalau pergi hotel, wajib yang ada swimming pool.

Tengok pic dalam website macam lepas ISO. Maka bertolaklah kami seisi kapal ke Ipoh untuk WORKING HOLIDAYS TRIP - aku bekerja, anak bini seronok santai bercuti !

Guna Waze memang senang nak jumpa Impiana Hotel Ipoh. Betul-betul tepi jalan sebelum tiba ke pusat bandar. 

Landmark dia Bangunan UMNO Perak !

Bersebelahan saja dengan Bangunan UMNO Perak. Aku rasa hotel ini sering jadi istana hinggap untuk ahli UMNO yang bermesyuarat di Ipoh.

Masa aku tiba pun banyak kereta dengan jata UMNO parking melata sekitar hotel.

Minus point pertama bila aku tiba, adalah kesukaran untuk mencari parking. Aku tidak pasti, Impiana Hotel Ipoh ada parking basement atau tidak. 

Yang pasti semua pakat parking di tepi jalan dan pinggir hotel sahaja. 

Jadi aku buat kesimpulan parking adalah limited di Impiana Hotel Ipoh !


Full ! 

Plus point adalah attitude bell boy ! Kita sampai saja depan entrance, tak kisah kereta mewah atau kereta buruk, depa tetap tolong bukakan pintu kereta.

Lama dah aku tak rasa orang tolong bukakan pintu kereta, rasa macam diva le pulok ! Ha ha ha ha !

Plus point kedua, aku suka struktur tambahan depan hotel. Ada unsur tradisional dan unsur kemelayuan. Jika tidak silap struktur tambahan tersebut menempatkan bilik mesyuarat.



Bilik mesyuarat katanya !

Dipendekkan cerita tiba masa untuk check-in. Cepat dan pantas oleh dua orang staf front office yang agak veteran dan berpengalaman.

Masa check in anak-anak aku dah menjeling ke arah kolam renang. Dekat saja pun dengan reception area, boleh dengar bunyi kebaboom air merecik !


Check in, orang tak ramai !


Waiting area ! Tak nampak welcome drinks, tak ada kut !

Dapat kunci, terus naik ke bilik untuk berehat. Tapi atas masalah teknikal, aku tiada gambar gambir bilik penginapan !

Apa yang aku boleh katakan, tiada isu besar yang merobek hati anak bini aku. 

Bilik cukup bersih. Ku selak-selak cadar dan selimut, tiada sisa-sisa peninggalan rambut dan bebulu pengunjung terdahulu.

Jamban duduk pun nampak berkilat, jadi boleh berak dengan penuh nikmat dan kusyuk.

Cuma satu sahaja yang aku nak komen, iaitu perabot teramatlah oldies dan old-fashioned. Lebih tua dari usia anak aku kut !

Seriyus, pada pendapat aku hotel ini perlu make over yang teramat dari segi penampilan. Lain-lain aku angkat ibu jari menongkah langit.

Selesai tugasan yang diamahkan, aku bawa anak-anak untuk berenang. Swimming pool juga aku puji, dijaga rapi dan bersih. Tidaklah nampak air berkeladak atau tercium bau klorin yang berlebihan.


Kiri kolam cetek, kanan agak dalam !

Orang pun tak ramai, mana pergi ntah. Mungkin jalan-jalan, tak kan datang Ipoh nak memerap kat hotel kan ?

Maka beraja di mata bersultan di hati lah anak-anak aku main air. Seperti swimming pool ini depa yang punya ha ha ha ha ketawa jin !

Apa lagi nak gebang ? Pendek kata aku tak banyak komplem, boleh kata puas hati dengan kondisi hotel kecuali parking dan perabot usang.

Makan pun ok, cukup rasa dan variasi seadanya. Cuma makanan untuk event aku kerap tak cukup. Tapi aku agak bukan silap pihak hotel. Tapi staf kompeni aku yang silap bajet jumlah staf yang akan menghadirkan diri.

Sebelum aku tamatkan entri, sedikit info tambahan berkenaan harga bilik. Impiana Hotel Ipoh agak kerap membuat promosi. 

Contohnya bilik deluxe ditawarkan dengan harga serendah 120 ringgit semalaman termasuk voucher sarapan untuk 2 orang.

Tapi harga serendah itu memang tak dapatlah untuk hujung minggu. Biasanya weekdays atau hari Ahad.

Tambahan juga info berkaitan fasiliti hotel untuk yang berkenaan;


Kecix la pulok !


- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment