Bird Watching !
Birding - A hobby in which individuals enjoy the challenge of bird study, listing or other general activities involving bird life.
Birder - A person who seriously pursues the hobby of birding
Bird Watcher - A person who watches birds for any reason at all, and should not be used to refer to the serious birder.
Gugel suke-suke untuk cari apa makna dan maklumat lanjut berkaitan aktiviti skodeng burung.
Summary yang aku boleh buat, kalau serius skodeng burung, orang tersebut digelar BIRDER.
Kalau tak berapa nak serius, skodeng burung pun sekadar cukup syarat, orang itu dipanggil BIRD WATCHER !
Mohon betulkan kalau aku salah.
Jadi aku dan anak-anak jatuh dalam kategori Bird Watcher ! sebab skodeng burung sekali-sekala sahaja dan bukan serius mana pun.
Tahun ini pun baru dua tiga kali buat aktiviti bird watching. Kalau kat rumah memanglah tiap-tiap hari skodeng burung bertenggek atas tiang lampu.
Itu tidak dikira sebagai bird watching kut !
Entri ini aku nak cerita berkaitan aktiviti skodeng burung di Vale Eco Centre.
Menurut petugas VEC, station untuk skodeng burung di Hutan Simpan Teluk Rubiah dikenali juga sebagai Bukit Oren.
Oren sebab kawasan tersebut gondol tanpa tumbuhan dan sedikit berbatu. Tanah merah terdedah dan menjadi ke 'oren' an disebabkan reflex cahaya kut !
Untuk ke station tersebut (Station 9 dalam peta pandu arah) tidaklah sesukar mana. Kalau dari pintu masuk VEC, follow sahaja kayu pandu arah.
Aku dan anak-anak buat gear reverse, mula dari Pantai Teluk Batik. Konpius juga pada mulanya, tapi jumpa cari jalan juga akhirnya.
Kalau ikutkan, terdapat beberapa species burung yang agak menarik di VEC.
Antaranya enggang ataupun hornbill. Tapi sayang, tiada rezeki untuk aku bertembung mata dengan si enggang.
Antaranya enggang ataupun hornbill. Tapi sayang, tiada rezeki untuk aku bertembung mata dengan si enggang.
Burung yang menjadi iconic VEC adalah white bellied sea eagle, yang mudah dicerap di Station 9. Rezeki aku untuk melihat sepasang white bellied sea eagle, walau melayang agak tinggi.
Bukit Oren, oren ke ?
Dikenali juga sebagai stesen hutan 9 !
Info berkaitan ahli keluarga sang helang !
Nampak jugalah sepasang white-bellied sea eagle. Betina lagi besar dari jantan ! Pic ini cuma nampak yang jantan, sebab betina suka merewang out of range !
Bukit Oren atau Station 9 ini agak unik jugalah. Keliling hutam rimba, tetiba bukit ini secoet gondol-gondolan.
Rasanya gondol secara alami.
Gugel kenapa, tidak jumpa jawapan. Mungkin sebab area sini agak berbatu, jadi tumbuhan sukar untuk hidup ?
Expert tolong bagi pencerahan !
Terima kasih.
- Ketam Batu -
No comments:
Post a Comment