Tuesday, 30 April 2013

@ Cheh Specialist Centre Tg Malim

Ini kali ke-2 dah muscle bahu ambo terkehel.... ** muscle boleh terkehel ke?**.... tempat yang sama belah kanan. Masa first taim dulu ambo telan Panadol Extend Alhamdulillah hilang rasa ngilu.... tapi seken taim macam tak ada kesan pula. 

Badan ambo dah kalis Panadol ke @ nak kena naikkan dosage? Teringat ambo akan beberapa article berkaitan bahaya paracetamol/panadol.... tak amik, sakit bahu ambo makin menjadi2, kalau amik nanti bak kata orang kampong ambo ada side effects pula.

Tetiba memori ambo terimbau rias wajah Dr Cheh ***kechingsssssss**. Ambo dulu kalau klinik lain tak berapa nak serasi dengan penyakit ambo, memang Klinik Cheh ambo tuju......


Lokasi Cheh Specialist Centre hanya bersebelahan dengan stesen bas Tg Malim, depannya ada satu parking berbumbung tapi kini dah jadi tempat untuk orang berjualan.


Tu dia rupa paras Dr Cheh dan staff2 dia... memang mesra alam  semuanya.


Nak focus pada clinic hours sebenarnya... sebagai panduan. Nak baca yang selebihnya pun ok juga.


Ambo peratikan mana2 premis Taiko Cina mesti ada benda ni... kira macam azimat le kot ye.... nak bagi masyukkkkk.

Ambo kalau jumpa Dr Cheh memang suka sangat. Bukan apa dia ni jenis mesra alam.... cara sembang pun cara orang lama banyak pengalaman. Suka bagi nasihat dan panduan pada pelanggan yang tak berapa nak tua macam ambo ni.

Masa dia dok ketuk2 bahu ambo, pusing kepala ambo kiri dan kanan, ketuk2 kepala lutut ambo (yang ni ambo musykil.... sakit bahu kenapa periksa kepala lutut.....), mulutnya berbuih dok sembang.... hahahahaha. 

Isunya pasal masyarakat Cina generasi baru.... sibuk dengan gadjets, hiburan, enjoy sana enjoy sini (rasanya sama je kot dengan ethnic lain....). Katanya.... Dr Cheh la kata.... orang Cina sekarang manjakan sangat anak2 dengan kemewahan..... kalau dulu kaya macam mana pun mak bapak tapi dengan anak2 memang kedekut tahap tangkai jering taik idung masin kecuali untuk tujuan pendidikan.

Bila dikenang2 balik kata2 Dr Cheh ada betulnya juga.... ada bagusnya sesekali taik idung masin dengan MHD & QM, bagi maika rasa macam mana susahnya hidup.... susahnya nak dapat sesuatu yang kita suka kecuali dengan cara berusaha hasil penat lelah sendiri.... ***muhasabah diri***

Back to my muscle pain..... Alhamdulillah lepas telan obat yang dibekalkan oleh Dr Cheh beransur baik. Boleh lena tidur dan nak bangun dari tilam pun dah tak rasa ngilu sangat. Nak elok lagi kena p masat agaknya....... ***kechingsssss****

Thursday, 25 April 2013

@ LHDN Plaza Perangsang

Memandangkan dah bertahun tak declare cukai pendapatan (atas alasan yang amat logik pada fikiran ambo....) pagi tadi dengan gegehnya singgah sekejap @ LHDN, Plaza Perangsang Shah Alam.... baik serah diri sebelum penguatkuasa @ pegawai pendakwa LHDN serbu opis ambo....


Ambo parking sebelah Maybank Section 14 Shah Alam... dah parking baru perasan kat bawah Plaza Perangsang pun ada parking, lagi dekat dan mudah. Bila parking sebelah Maybank kena menapak la sikit, kasi berpeluh ketiak seawal pagi......

Plaza Perangsang Shah Alam.... LHDN letaknya di Tingkat 9-13. Kaunter setempat semua di Tingkat 9 (pertanyaan, urusan percukaian, duti setem etc) manakala nak pohon no. pin e-Filing kena panjat LHDN Tingkat 11 tapi ambo buat muka seposen jadi semua urusan selesai di Tingkat 9 tanpa perlu panjat Tingkat 11.

Kaunter setempat LHDN - letaknya di Tingkat 9 Plaza Perangsang Shah Alam. Masuk pintu belah kanan anda ada kaunter pertanyaan, anda boleh inform apa tujuan anda dan petugas akan beri no giliran. 

Macam ambo, sepatutnya kena pergi dua tempat iaitu Kaunter Setempat di Tingkat 9 dan satu lagi LHDN di Tingkat 11 tapi Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan di sini sahaja.

Pegawai yang melayan karenah ambo.... penuh sopan-sintun dan banyak  membantu ambo yang sudah bertahun tak hantar borang BE.... p/s: Suziy Sabtu, nama anda masuk blog ambo!!!! hehehehehe..... motip?

Amik ko... sekali rupanya dari 2005 ambo tak declare cukai. Kali terakhir ambo submit borang BE tahun 2004 kata pegawai bertugas. 

Uik macam tak betul je rekod LHDN ni... balik rumah ambo geledah kotak2 kat bilik store, rasanya ambo masih simpan salinan fotostat borang BE 2005-2007.

Nasib baik ada potongan PCB jadi tak banyaklah tunggakan ambo kena bayar.... RM13 saja tunggakan ambo lepas tolak PCB.... moga2 tak banyak kompaun sebab lambat submit BE, dari tahun 2005 tu!!!!!!

Wednesday, 24 April 2013

@ Tasik Embayu Proton City, 21/4/2013

Another awesome Sunday morning for us..... 

Keheningan pagi @ Tasik Embayu... perfect location for some  gedik-santai activities... p/s: kaki pancing sememangnya tidak dialu-alukan (apa salahnya memancing kat sini, hmmm....), kalau datang untuk jogging bolehlah ^_^

Masih awal pagi.... kami antara pengunjung terawal, gegeh sungguh!!!!!

Antara banglo yang menghuni sekitaran Tasik Embayu.... masih ada beberapa unit available dengan harga di antara RM600k - 1 million.... ko mampu? p/s: teringat kata2 warga Shah Alam, 'banglo tepi tasik RM1 juta? murah giler.... kat sec 7 Shah Alam harga semi-D dah menjangkau RM1.6 million........ nasib ko lah Labu!!!!!

Ni punca utama kami ke Tasik Embayu... MHD nak prektis skate boarding hasil pengaruh Kick Buttowski!!!!!

Tergolek bak cempedak buat pertama kalinya bersama roller blade.... hahahaha satu pengalaman baru buat QM.

Belum apa2 dah mengah.... take 5 untuk minom2 dulu.

Sementara MHD & QM sibuk bereksperimentasi with their new toys, mari kita tinjau keindahan Tasik Embayu dari lensa S3....

Pepohon renek yang menghijau.... sejuk mata memandang. p/s: pix black n white tak mencerminkan situasi sebenar, harap maklomat!!!!

Berlatarbelakangkan banjaran Titiwangsa.... 

Antara kemudahan awam yang disediakan... tapi malangnya.....

Hasil nukilan jejari gatal tidak bertempat.

Merasa nama kowrang masuk blog Ketam Batu!!!!

5000 tahun yang akan datang, batuan ini menjadi saksi ketamadunan masyarakat Proton City/Tg Malim pada abad ke-21.... hehehehe

Tidak puas hati dengan pak polisi ye.... UMNO pun dicalit sama.....

Taman mainan kanak2 pon hado tapi kurang penjagaan.... maintenance oh! maintenance antara kelemahan warga kita!!!!

Aik dah nak balik.... ok chow!!!!!

Monday, 22 April 2013

Short Trip To Ipoh, 20/4/2013

@ Saturday morning.....

Ipoh destinasi kami... walau berkali menuju Ipoh ini kali pertama berhasil capture  signage IPOH berlatarbelakang langit yang membiru.... biasa kelam saja!!!

Apa istimewanya RTC Perak? Dari highway nampak bangunan Agro Mall & Mydin.... tak sempat singgah tapi Inshaa Allah in the next trip to Ipoh akan jenguk apa yang ada kat RTC Perak..... 

@ Jusco Kinta City... nak cari screen protector untuk D3100 tapi tiada stok.... sudahnya bagi peluang MHD dan QM pilih hadiah 'bird' day in advance.

MHD dah jumpa habuan 'bird' day 2013.... skate board. Ini semua gara2 pengaruh siri Kick Buttowski @ Astro.... QM masih tengah pilih roller blade, cari saiz yang bersesuaian.

Makan time... @ Johnny's Kinta City

Kitchen staffs mostly foreigners..... mana local?

Noted..... hehehehe

Deco lampu @ Johnny's.... unik!!!!

Habuan perut saya.... nasi goreng belacan!!! Serious sedap....

Lain2 layan NAH ~ Nasi ayam hainan tapi sos kicapnya terlampau masin.... 

Steamboat + tomyam.... marbeles menjilat ibu kaki!!!! Kuah tomyamnya just nice tak terlalu pedas..... 

@ Bata sebab AT nak beli kasut.... 

QM pun nak cuba juga.... sudahnya MHD dan QM dapat kasut baru  sorang sepasang!!!

OTW balik rumah singgah sekejap di Agro Bazaar Tapah, bersebelahan saja dengan RnR Tapah menuju selatan.... singgah untuk beli buah2an segar...

Tak banyak pilihan.... buah2an pun tak banyak.... rasanya RnR Tapah menuju utara lagi bagus, tak pun singgah saja di gerai jalanan Pekan Bidor/Tapah.

Alang2 dah singgah beli jugalah buah potong.... jambu batu + mangga.

End of our journey for today..... yoshhhhh!!!!!

Tuesday, 16 April 2013

Karnival Koop Bersama Orang Muda ~ FR + Pixs

Berakhir sudah Karnival Koop Bersama Orang Muda yang berlangsung dengan jayanya dari 12-14 April, 2013.


Karnival anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan kerjasama Kelab Sukan Komuniti DUN Kuang ini dirasmikan oleh Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 

Antara pengisian karnival ini pada hari kedua (13/4/2013)....


Kejohanan Futsal & Netball bawah 12 & 16 tahun bertujuan mencungkil bakat2 baru disekitar DUN Kuang.... p/s: sila abaikan brader pakai baju kaler purple dalam foto di atas!!!!


Road show Jom Masuk U oleh UiTM dan UIA..... program Mengubah Destini Anak Bangsa oleh UiTM menarik perhatian ramai pengunjung.....


SMK Seri Kundang muncul juara Inovasi Akar Umbi anjuran UiTM dengan rekaan mereka 'I Love Gravity'..... manakala inovasi 'Perangkap Lalat Buah' juga dari SMK Seri Kundang menyandang tempat kedua.....


Kejohanan gusti lengan pun ada.... merah padam muka peserta dalam usaha untuk menumpaskan pihak lawan....


Bakat2 terpendam dan terendam DUN Kuang mempamerkan kemerduan suara masing2 dalam pertandingan karaoke.... abang rockers ini mendendangkan lagu Hukum Karma, nyanyian asal oleh kumpulan WINGS.... tarik bang jangan tak tarik!!!!!!!


Lupa judul lagu yang didendangkan oleh akak baju merah ini... tapi penuh perasaan dan penghayatan....


VOG pun ada sama.....

Senario sewaktu majlis perasmian di sebelah petang.....


Para VIP mengambil tempat masing2... kelihatan Datuk Nik dan YB Abdul Sukor bersama isteri.....


Adik2 dari Tabika Kemas Selangor pun mengambil bahagian sewaktu majlis perasmian.... nak tahu apa bakat yang mereka tonjolkan?


Tengah bersedia untuk menunjukkan kebolehan mereka berkungfu di depan Datuk Nik dan YB Abdul Sukor.... 


Persembahan tarian naga... 


Pertunjukkan kebudayaan oleh kaum India....


Bro Isa dari Yaman.... pemain import Kelab Sukan Komuniti Kuang menunjukkan kemahiran menimang bola ala pemain profesional.....


Ucapan alu-aluan oleh YB Abdul Sukor.....

Hari ke-3 khabarnya lagi meriah dan hebat.... antara yang dijayakan pada hari ke-3 adalah Muay Thai dan auto-show.... 


Instagram dan pertandingan makan burger kelolaan Saudara Zulkifflie Rodzli.... wawasan dan cara kerja brader muda kita ni memang saya respek...... muda2 lagi dah keluar masuk pejabat VIP.... selamat maju jaya saudara!!!!!

Malangnya saya tidak dapat turut serta pada hari ke-3 disebabkan masalah tertentu..... bertemu lagi di lain tahun.... yoshhhhhh!!!!!