As-Salam dan Salam Sejahtera,
Lama tak ronda-ronda dengan motor, jadi Sabtu lepas bawa BMP (FZ150i) keluar jalan-jalan. Kasi BMP relax dan santai sikit selepas hari-hari kena lenjan pergi balik kerja.
Cadang nak ronda-ronda sedikit jauh, Fraser Hill pun dah lama tak panjat, Cameron Highland dah lama tak dijenguk, Genting - Karak tak pernah pula BMP sampai.
Tapi bila direnung balik, la ni musim hujan la noh ! Sana-sini tanah runtuh, bala jangan kita cari, mahu enjoy risiko kena selidik dahulu.
Lagi pun masa agak suntuk kerana pada hari yang sama kena jemput anak2 dari Kem Bistari Solat.
Jadi kita ronda dekat2 sahajalah.
Mula-mula bawa BMP ke Sungai Bil, Tanjong Malim. Guna jalan lama Behrang - Slim River. Jalan agak berliku tapi menyeronokkan. Tak boleh nak laju sangat, sebab jalan berpasir.
Hujan lebat sejak beberapa hari yang lepas menghanyutkan pasir ke atas jalan raya. Silap langkah, bersepai cium jalan raya.
Kena fokus, simpang masuk ke Lata Sungai Bil agak mengelirukan, akan terlepas simpang jika tidak biasa.
Kem dan chalet !
Jika diikutkan ini bukan kunjungan pertama ambe ke Sg Bil, tapi cuma pada kali ini baru perasan ada kemudahan chalet di Lata Sg Bil.
Kelihatan beberapa orang pengunjung, pada usia penuntut kolej sedang melakukan aktiviti. Mungkin program anjuran kolej mereka.
Kaunter cukai !
Entah atas izin siapa yuran masuk ini dikenakan. RM2 untuk kereta dan RM1 untuk motosikal. Pondok kutipan ini dibina tepi jalan kampung menuju Lata Sg Bil.
Jika tidak silap pondok kutipan ini jarang beroperasi, mungkin pada musim cuti umum atau ketika pengunjung berpusu-pusu datang sahaja ianya dibuka.
BMP, nak mandi tak?
Sampai sahaja ke Lata Sg Bil, hanya deruan air dan kicau burung kedengaran. Tiada umat manusia kelihatan, biasanya pada hujung minggu tempat ini akan hingar bingar dengan suara pengunjung.
Agaknya semua malas nak ber 'picnic' sebab sekarang ini kan musim hujan. Sejuk dan mungkin juga risaukan fenomena kepala air.
Pernah dengan fenomena kepala air?
Fenomena kepala air adalah keadaan di mana ombak atau air deras tiba-tiba muncul. Keadaan ini berlaku di hilir sungai, dan disebabkan hujan lebat di kawasan hulu sungai.
Borink duh !
Tak sampai setengah jam, Lata Sg Bil kami tinggalkan.
Pacu BMP ke destinasi kedua iaitu Kolam Air Panas Ulu Slim. Kena lalu jalan kampung, kiri kanan banyak lembu kambing, tengah jalan sah2 penuh dengan tahi lembu.
Kolam Air Panas Ulu Slim tidak jauh dari SK Ulu Slim, jadi jika guna Waze boleh set SK Ulu Slim jika Waze tidak dapat detect Kolam Air Panas Ulu Slim.
Nampak tak wap panas berhamburan naik?
Area Ulu Slim ini sebahagiannya dihuni oleh masyarakat orang asli. Jadi tidak hairan jika ramai dikalangan mereka berselisih dengan anda, muka bengis tapi hati ada taman de !
Paling tak boleh blah, terserempak dengan sekumpulan anak muda orang asli, style rambut punk dan mohawk. Ala yang jenis macam trojan rambut pacak2, siap kaler merah kuning segala lagik.
Nak gelak pun ada, nak kesian pun ada.
Pencemaran budaya sungguh.
Agaknya dulu tempat ni lagi cantik.
Tiada bayaran masuk, percuma de. Tapi bila benda free ni, kena redha sajalah dengan kemudahan yang ada. Tiada toilet, nak terkuchil pancut saja tepi semak berhampiran.
Kawasan sekitar pun seperti tidak terjaga, rumput2 tumbuh subur dan sebahagian laluan telah diselaputi lumpur.
Nak rebus telur seperti di KLAH Hot Spring pun ada rasa geli de !
Rebus telur ke?
Homestay pun ada sekitar sini, kut la nak lepak2 bermalam kat Ulu Slim. Pemiliknya nama Hajah Rogayah tapi tak sempat kowtim mintak nombor.
Lepak2 jap tapi tak tahan, tercium bau taik lembu !
Potong shetim sungguh.
Apa nak buat lagi? Balik rumah tido lagi baik !
Sekian.