Kembara kami ke utara diteruskan menuju Padang Besaq. Alang2 dah sampai Langkawi dan Kuala Perlis, sayang kalau tak menjengah ke Padang Besaq. Bukan niat nak shopping cuma nak tengok macam mana rupa Padang Besaq yang kepoh di stori mori kan oleh kaki2 shopping.
Disebabkan lepas sampai di Kuala Perlis dari Langkawi dah masuk tengah hari dan kami belum makan lagi. Jadi lepas ambil kereta kami cadang nak singgah mana2 untuk makan tengah hari.
Ambo tak pasti lokasi sebenar tapi kalau tak silap tak jauh mana pun dari Kuala Perlis..... kami berhenti makan tengah hari di Kedai Makan Kak Na Terangkat. Apa yang terangkat? Bukan Kak Na yang kena angkat..... tapi menu dia tu yang dikatakan terangkat....
Specialities kat Kak Na Terangkat adalah nasi ayam, ayam percik dan pulut ayam. Ada juga ayam masak hitam..... sedap katanya.
Lapar punya pasal kami order nasi ayam dengan ayam seekor..... makan untuk 4 dewasa dan 2 si kenit. Tambah satu mangkuk sup ayam.....
Bagai dikata..... nasi ayam kat sini memang terangkat..... kena pula perut memang tengah lapar......
Menu terangkat tapi harga masih berpatutan..... malahan cukup murah jika dibandingkan dengan apa yang kami makan.
Gendang gendut tali kechapi..... kenyang perut kita solat dulu.
Selesai tunai kewajipan di masjid berdekatan, perjalanan diteruskan ke Padang Besaq berpandukan GPS..... entah mana2 GPS bawa kami. Yang pastinya untuk ke sana dari Kuala Perlis langsung kami tak guna highway.
GPS bawa kami mengikut jalan lama..... ladang tebu Chuping pun sipi2 kami lalu.....
Kalau tak ada GPS pun Inshaa Allah boleh sampai sebab signboard memang cukup dan jelas..... kalau jumpa check-point UPP maknanya dah dekat sangatlah dengan komplek bebas cukai Padang Besaq.
#Tahukah anda?
Padang Besar merupakan sebuah bandar di Perlis yang bersempadan dengan Wilayah Songkla, Thailand. Letaknya cuma 35 km dari Kangar dan 57 km dari Hat Yai.
Nak masuk ke kawasan kompleks kena bayar RM2 untuk parking..... agaknya masuk sekejap ke lama ke tetap kena RM2.
As usual tempat sebegini dibanjiri oleh makcik2 yang sibuk nak borong periuk belanga dan pinggan mangkuk. Dah macam Pengkalan Kubur @ Rantau Panjang di Kelantan.
Ada deretan kedai2 dan ditengahnya arked niaga....
Kami...... masih dengan misi memburu beg Deuter..... hahahaha. Memang jumpa dan agak murah tapi ambo amat tidak berpuas hati dengan mutu jahitan...... hahahaha. Nak murah tapi banyak songeh!!!!!
Pujuk hati....... tak payahlah beli Deuter ciplak, beli yang ori baru puas hati.....
Lain-lain...... cuma cuci mata sebab tak ada idea nak beli apa. Keluar masuk kedai dan arked niaga. Mulanya nak beli jersi untuk si kenit tapi tengok kualiti kain macam tak kena dengan harga.
Orang kata Padang Besaq syurga membeli belah..... tapi kami macam rusa masuk kampung..... hahahaha. Sebabnya Padang Besaq macam tak ada apa..... harganya pun macam boleh tahan mahal.... maklumlah skill nego dan bargain kami tahap newbie.
Bersusah payah kami ke sini..... apa hasilnya? Beberapa paket ikan bilis goreng dan keropok..... hahahaha. Macam tak berbaloikan?
Nampak macam tak berbaloi sebab kami tak shopping hapa pun...... tapi untuk pengalaman dan tengok dengan mata kepala sendiri macam mana rupa Padang Besaq..... its priceless kata orang kampung ambo.
Kadang kala sesuatu pengalaman lebih bererti jika kita sendiri alami berbanding dengan cuma dengar dari mulut orang lain. Ada juga bahan untuk ditulis dalam blog.....
Kalau orang lain berjam-jam pun tak cukup.... kami tak sampai sejam dah masuk kereta untuk beransur pulang...... hehehehe.
Masa balik GPS bawa kami ikut jalan lain pula..... kali ini lalu UNIMAP dan ladang tebu yang luas terbentang. Masa ni army tengah buat latihan penerjunan..... penuh tepi jalan kereta berhenti nak tengok army terjun dari kapal terbang. Siap ada yang buka gerai minuman..... pandai buat duit.....
Merasa juga memandu melalui ladang tebu yang seluas mata memandang..... tapi masa ni tebu sudah kena tuai..... rumput dan lalang saja tinggal.....
Bukit berkembar...... huhuhuhu
Bukti dah sampai ke Chuping, ladang tebu terbesar di Tanah Melayu.....
Dari Chuping ambo sekeluarga meneruskan perjalanan balik ke Tanjong Malim tanpa singgah dimana2 lagi dah. Kalau singgah pun untuk solat dan kalau ada rasa nak terkucil..... juga untuk hilangkan lenguh2 dan pekena kopi pekat bagi buang rasa mengantuk.
Alhamdulillah perjalanan balik lancar dan jauh dari kesesakkan walau bilangan kereta atas highway agak banyak.
Sekitar 9 malam sampai rumah..... ending pengembaraan ke utara tanah air merangkumi Kuala Perlis - Langkawi - Padang Besaq.
Adiyosssssss........